Saturday, October 15, 2011

:: malu dengan laut ::


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

semalam ada la pergi picnic dekat days bay, wellington..
nak pergi tu kena naik ferry dari wellington habour..
lupakan part pening-pening lalat naik ferry tu..
nak kongsi satu analogi best tentang laut yang seorang sister ni kongsi dengan saya..

(^_^)~

~~~

saya ada tulis status kat FB sama macam tajuk entri ni.

"malu dengan laut"

ada la yang tanya awat? and kenapa?

so, rasa macam best je kalau dikongsikan tentang kenapa saya malu dengan laut ni..
and, of course ini berkait rapat dengan analogi yang sister yang saya sebutkan itu kongsi.
(^_^)

p/s : nama sister ni kak munal ;)












~~~

masa berada dalam ferry tu kak munal shared kenapa dia sangat sukakan laut..
kalau tanya kat orang, kebiasaan jawapan yang diberi adalah sebab laut tu biru..
laut tu tenang.. laut tu luas.. kan?

nak tahu kenapa kak munal sangat suka dengan laut?

sebab..

laut yang sangat luas dan dalam tu boleh disamakan dengan berlapang dada..

tak faham maksud berlapang dada?

meh cik nurussalwa nak cerita apa itu berlapang dada..

ianya berkaitan rapat dengan hati yang berasa lega, tenang dan sabar..
tak kiralah apa pun yang mendatang samada ujian, kesedihan, kesakitan, teguran, kena marah dan yang sebagainya.. bagi hati yang lapang, ia tetap akan berasa lega..tenang..dan sabar..
in PEACE gitu.. (^_^)


samalah macam laut.. luas sangat.. dan dalam sangat.. 
tuanglah apa pun kat dalam laut tetap macam tu jugak..
tak berubah.. 


kalaulah laut tu macam saya ni..
dengan orang yang suka buat onar, buang sampah apa bagai dalam laut..
buat maksiat atas cruise.. bersukaria di tepi pantai sampai lupa arahan Tuhan..
sah la saya terkesan.. mau saya bawak ombak besar menghempas pantai..


tapi.. laut tak macam tu..
dia still tenang, dan sabar.. sehinggalah Allah yang menurunkan arahan supaya menghempas pantai.. kira tsunami tu salah satu dari arahan Allah pada laut untuk memberi peringatan pada manusia.. itu pun dengan kerjasama plat plat bumi yang bergerak.. bukan sesaja dia nak bawak ombak besar..


haih~
malu la dengan laut..
Allah suruh dia bersabar dan bertenang, dia sabar je..
kita?
kadang-kadang tu siap bubuh limit pada tahap kesabaran kita..
sebenarnya, kesabaran tu ada tahap ke?
jawapannya tak ada ye.
dan..
Innallaha ma'assobirin = sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.
sweet!


so, kesimpulannya, saya ni malulah dengan laut yang sangat luas dan taat tu..


saya ni?
hmm.. terasa sana, taching sini, down sana, stress sini..
aih~
so, jom la belajar dari laut..
berlapang dadalah dengan apa pun..
dan hati akan menjadi tenang :)
dapat ujian sabar, dapat niknmat bersyukur..
BAHAGIA sangat!


"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - 
(Hadis riwayat Muslim)



days bay, wellington


~~~


out



6 comments:

Unknown said...

best2

terokai seni said...

dah malu juga la pulakkkk

pelangi hafyza said...

nice entry wa...
wa..cantik sgt pantai kat sane...

fie-lieyya dreams said...

saya dah jatuh cinta dengan blog awak...:))) terima kasih saling mengingatkan...

Ainul Hayat said...

Awak,
First time berkunjung ke blog ni. Sukalah entri ni.

Anonymous said...

interesting.:D