Saturday, November 17, 2012

Gaza : Allah sebaik-baik perancang



....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


salam jihad ya akhi ya ukhti.

   

sejujurnya, mulanya saya rasa sangatlah terkilan atas serangan di Gaza yang bermula pada 1 Muharram, pada hari kebesaran umat islam, rasa sangat dironyok dan dipijak-pijak  oleh pihak zionis. sedih! marah! benci! semua rasa ada.

tapi, semalam, ada seorang ukhti ni share, katanya:

"memanglah kita rasa terkilan sebab saudara mara kita diserang pada 1 muharram, tapi sebenarnya itulah perancangan Allah and perancangan DIA lah yang terbaik."

kenapa? sebab..

"pada 1 muharram inilah semangat untuk berhijrah tu tengah membuak-buak dalam diri umat islam"

kalau kita tengok balik realiti, 1 muharram ni selalunya kita sebut sebagai maal hijrah kan? selalunya kita kaitkan dengan perubahan ke arah pembaikan diri kan?

"mungkinlah Gaza diserang, tapi mereka yang gugur itu adalah syahid insyaAllah, dan sebenarnya ada je spark2 sentuhan hidayah dan kebangkitan untuk berjihad pada hati-hati insan lain di seluruh dunia."

kalau tengok kempen boikot mcD, nestle, loreal dan yang sewaktu dengannya pun amat mengharukan, mengharukan sebab, sampai kat post free breakfast kat fan page mcD pun orang duk berkempen. Allahu Akbar, moga Allah redha dengan setiap usaha kita. insyaAllah. 

"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." [Ali Imran 54]

kadang-kadang ada antara kita yang rasa hopeless and helpless tak dapat nak buat lebih untuk saudara mara kita kan?

tapi sebenarnya..


"pertolongan yang paling besar yang kita boleh buat ialah dengan kembali kepada ajaran islam yang sebenar. palestine adalah palestine yang hari ini kerana kita yang tidak cukup berpegang kepada ajaran islam yang sebenar hingga mereka yang terpaksa menanggung kesakitan. trust me, we can do MORE disamping 
doa+derma+boikot. masukkan islam ke dalam hati dan dalam setiap juzuk kehidupan, bukan pada waktu2 tertentu sahaja, and palestine will be free.. insyaAllah." -quoted



"Dan orang-orang yang BERIMAN dan MENGERJAKAN KEBAJIKAN serta BERIMAN KEPADA APA YANG DITURUNKAN KEPADA MUHAMMAD, dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka; Allah menghapus kesalahan-kesalahan mereka, dan MEMPERBAIKI KEADAAN MEREKA."  [47:2]



don't make the Palestinians wait too long.. it's not a silent wait, it's a wait full of blood and tears. WE can change it. start now. start with ourselves.

pesan Assyahid Imam Hassan AlBanna. "Jika kamu tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya kamu mampu menegakkan islam di tanah airmu" 


jom! sikit-sikit kita usaha, kesakitan atas dunia ini ada kerana yang haq masih tertindas oleh kebatilan. hanya apabila yang haq tertegak akan terhapus segala kesakitan, penindasan, kezaliman dsb.

ayuh muhajid ayuh mujahidah! Palestine will be free insyaAllah!