Sunday, October 2, 2011

:: saya budak TESL dan saya tetap hamba ALLAH ::


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


tadi masa online facebook..terjumpa status ni :


"Yes, I am a Teslian. I am a Melayu. and I am a MUSLIM.so, what is wrong?
budak tesl tak boleh cakap pasal agama kah?
budak tesl tak boleh pakai tutup2 kah?
budak tesl mesti pakai bahasa @#$&# kah?
budak tesl semuanya tidak elok kah???"



ouch!
taching i..


so.. saya yang menulis pasal agama kat blog ni bukan student TESL kah?
saya yang pakai tudung labuh ni bukan student TESL kah?
saya yang anti-bad-words ni bukan student TESL kah?
awat saya teruk kah sebab saya ni student TESL?


ouch!
taching sekali lagi..
*menangis-meraung-meratap*
-ok.itu.over-





saya tahu saya tak sempurna.. dan saya juga tahu yang semua manusia tu tak sempurna.. dan saya juga tahu.. bukan semua pun yang kata budak TESL macam ni.. bukan semua pun yang kata budak TESL ni teruk.. kan? kan?


yee.. bagus-bagus..


ok.. sekarang kita buang la apa-apa title pun.. TESL ke.. BM ke.. P.ISLAM ke.. tinggal kejap ye title tu semua..


~


kita ni siapa ye?
"manusia.."


aha.. pandai..


kita manusia.. dan manusia ni siapa ye?
"hamba ALLAH.."


aha..pandai kuasa 2..


dan tugas hamba ALLAH ni apa ye?
"sebagai abid (ahli ibadah) dan khalifah.."


wah..advance learners la korang ni!




jadi.. hanya ustaz ustazah saja yang boleh bercakap pasal agama?
hanya ustaz ustazah, budak sekolah agama, budak tahfiz etc sahaja yang kena pakai tutup-tutup?


"hmm..tak.."


aha! hampa bijak!


~


agak-agak la.. agak je la ye..
kalau hanya ustaz ustazah sahaja yang layak untuk bercakap pasal agama, mak ayah kita macam mana ye?


ouch!
"hmm..hm..hm.. tapi.. diorang tu 'mak' and 'ayah'"


eh.. tapi diorang bukan ustaz ustazah!


ouch!


~




saya cuma nak kata tanggungjawab kita untuk menyampaikan.. setiap seorang dari kita menggalas satu tanggungjawab.. iaitu menyampaikan kebaikan.. dan mencegah kepada kemungkaran..


ala yang ustaz ustazah kita ajar dalam kelas P.Islam dulu tu.. "amal ma'ruf nahi mugkar"


ingat lagi?
"ingat....."


aha bagus!


~


jadi..


sama-samalah memperbaiki diri.. dan membaikkan orang lain jugak..
menyampaikan peringatan.. dan juga beringat-ingat..


kalau nak tunggu semua jadi ustaz ustazah baru semua orang baik.. hancurlah dunia ni..




Dari Imam Hassan Al Basri;

"Sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".






~~~
p/s : maafkan saya kalau ada yang tersinggung..  (^_^)
*peace!



renung-renungkan.. dan selamat beramal!





8 comments:

FasiHaH SupiaN said...

agree with u wa.....i am accounting student, so what??

Marniey said...

tak tersinggung pun. :)

Fadhlia said...

nice sister.. :)

+.^ said...

ha ah, sorry to say..TSEL students in my college is exactly what you just said, and that make up most of my bad my bad perspective towards TSELians..sorry.

PUCCAnis said...

SELALU KENE KALAU KES2 TIMBUL MESTI NAMA TESL NAIK SEKALI...HURM...DAH KALIS..TP SABO JELE..:)

syaza hamid said...

selagi kita nie org ISLAM..kita wajib cakap pasal agama..manusia ni mcm2 ragam.maybe kebanyakan yg agak sosial tu dr kalangan budak TESL.,tu yg ada berpendapat mcm tu..apa yang penting kita tahu siapa kita..=)

cik nurussalwa said...

+.^ : saya dengan rasa rendah hati nak mintak maaf kalau ada antara kawan2 TESL awak yang macam disebutkan kat atas.. cuma.. saya nak mintak satu je.. letak tepi title n..start fikir siapa kita.. that's all.. sekali lagi.. maaf.

Shorim Kasih said...

salam..lama tak jenguk blog ni akibat ketiadaan broadband..huhu..ok le, ttg entry ni, ada sestengh org mnganggap urusan agama hnya org alim atau yg tertumpu kpd bdg agama sj yg layak bckp or beri nasihat, sdgkn sbgai manusia, msti mlibatkn diri dlm hal agama cumanya kdg2 alpa..apa pun, apa taraf pun kita atau siapa kita, slgi mana pngtahuan agama kita mampu mmberi manfaat..bckpla..janji bkn ckp tak srupa bikin plk..