Saturday, September 28, 2013

Langkah PERTAMA yang Kedua

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

its been a while since the last time I shared something in this blog kan?
bukan senang sebenarnya nak menulis, lagi-lagi bila kita nak sampaikan sesuatu dari hati.
blog ni, blog melankolik, blog jiwang karat, sentimental, jadi, of course la menghadirkan hati itu sesuatu yang penting setiap kali nak menaip. tapi entahlah ke mana dah menghilang 'hati' itu.

telah tiba masanya untuk duduk sebentar dan beriman sejenak.
telah tiba masanya untuk lebih kerap ijlis bina nu'min sa'ah.
untuk selalu merenung diri, dan bermuhasabah.
untuk lebih mengingatkan hati tentang hakikat diri.

kita 2:30, kita 51:56.

(2:30 = khalifah; 51:56 = abid)

namun kehidupan dunia seringkali membuatkan kita lupa siapa sebenarnya kita.

merenung kembali saat mula diri disapa manisnya tarbiyyah; manis.. namun kemanisan bukanlah satu-satunya rasa yang ditawarkan oleh tarbiyyah, kadangkala rasanya akan menjadi sedikit pahit, kadangkala juga boleh menjadi terlalu pahit, dan ada masanya ia tawar tanpa rasa. memang..

tetapi, kenapakah kita berada atas jalan ini pada mulanya? adakah kerana manisnya tarbiyyah? atau kerana Allah semata? reflek pada diri. mungkin titik permulaan kita sudah salah sejak dari mula lagi. namun..

namun, tiada salahnya untuk kita refresh kembali niat, dan tak salah juga untuk kita memulakan kembali langkah pertama itu, all over again. kerana, yang lebih dasyat dari bermula kembali adalah mencair hilang dari perjuangan ini. 


coretan ini hasil muhasabah bersama akhwat fillah yang dicintai. kerana D&T di oversea hanya fantasi. kerana D&T di oversea hanya medan tamhidi. kerana itu, kita perlu memulakan segalanya kembali. sendiri. kerana tarbiyah dzatiyah itu yang bisa mengerakkan diri, membasahkan hati.

pilihan ditangan kita, untuk mujahadah, atau untuk tertapis rebah.

pilih.

Allah berfirman (maksudnya):"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (As-Syam 91:8-10)

wahai diri, 

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." (Al-Hadid : 16)

T__T

tolong ingatkan aku, doakan aku, kerana aku hanya manusia biasa yang sering terlupa.
Jazakumullahu khairan katheera.

sekian.