Wednesday, July 23, 2014

#PrayForHumanityToStayAlive

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


MH 370 masih belum ditemui,
MH 17 pula ditembak jatuh,
Palestin cuma tinggal Gaza,
namun masih terus tertindas,
masih menerima hujanan peluru,
sahur di Gaza, iftar di syurga..

entah apa jadi dengan kemanusiaan,
esok lusa mungkin hilang dari kamus-kamus dewan,
dilupai kerana kehilangan erti..

dunia makin tenat,
aku makin penat,
entah esok?
entah lusa?
akhir yang pasti datang,
pasti akan datang..

-nh '14-

Thursday, December 26, 2013

Biarlah Rahsia

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

entahlah ini entry ke berapa untuk tahun ni, tapi yang hampir pasti, ini bakal jadi entry terakhir untuk tahun ni..

berakhir sudah 5 1/2 tahun pengajian ni peringkat ijazah..
alhamdulillah..

secara kasarnya, kalau nak di muhasabahkan tahun 2013 ini, terlalu banyak yang terjadi, terlalu banyak juga yang perlu diperbaiki.. namun, saya sangat pasti dan yakin bahawasanya segala sesuatu yang telah terjadi itu adalah berada kemas dalam perancangan Allah swt.. dan pasti adalah yang terbaik, dan ada hikmahnya..

apabila mengintai masa hadapan, yang masih belum pasti akan menjadi milik diri, timbul satu pengharapan mega dalam diri..

buat masa ini.. apa azamku..

biarlah rahsia..


:)