Wednesday, June 29, 2011

:: UJIAN BUKAN UNTUK DITANGISI.. KITA BUKAN SENDIRI ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-



ujian datang dalam pelbagai bentuk.. bukan hanya  musibah.. malah rahmat juga mengandungi ujian disebaliknya..

lalu sebagai seorang hamba.. kita seharusnya sabar, tabah serta kuat menghadapi apa jua yang mendatang..

dengan keredhaan dan kesabaran menghadapi ujian, insyaAllah akan terhapus dosa dan noda silam..

~~~

ujian bagai badai yang tak berhenti melanda..
namun.. bersyukurlah setiap kali ia menyapa..
itu tanda ingatan dariNYA yang esa..
insyaAllah terkandung hikmah berjuta..

~~~

there are up and down moments in life that we have to face everyday. what we can do is to believe with all our heart that things happened for reasons. 

Allah merancang dengan cintaNYA, sedang kita merancang dengan cita-cita kita..

Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang”

~~~

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

~~~


p/s : cik nurussalwa will be away for 4 days.. take care peeps..

out~


8 comments:

al_hakim said...

tq atas peringatan ini..jage diri ye..=)

Cik Tim said...

di situ juga kita dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan kita sebagai seorang khalifah dan juga hamba. :)

Cik Aqilah Wardah said...

pssst.. hakim.. kahkahkah...

dear adik.. ^_^
jaga diri ye...... :)

teringat kisah jiran sebelah rumah... bila mana ibu & ayah dia nak tunaikan haji ke Makkah, bila ditanya, "ajira nak tinggal sorang2 kat rumah??" jawabnya, "Allah kan ada..."

subhanallah... sayu hati denga bila seorang kanak2 berumur 11 tahun, mengungkapkan sebegitu apatah lagi dia seorang perempuan..

take care, may Allah ease ur way.. ^_^

Unknown said...

nice entry
Allah sentiasa bersama kita cuma kita je yg sering terleka =.=''

Diari Si Froggie said...

Allah sentiasa ada bersama kita..cuma kita yang sentiasa menjauhkan diri dari Allah..
nice sharing dear.. :)

fieha said...

diberi ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan di jiwa..tanda Allah masih sayangkan kita..memberi peringatan atas kealpaan kita..setiap ujian ada hikmahnya tersendiri..semoga kita sama2 tabah menghadapi ujian yg diberi oleh Nya..amin..

deena farhana said...

slm kenal dr pena farhana:)

The Black Jubah said...

Kuching, dua ekor, baru umur 3 bulan hilang semalam. Menangis n tak dapat tidur lena, tak Redha ke? Allah jua yang tahu dan telah tersurat setiap yang berlaku.