Sunday, June 26, 2011

:: LIFE IS ABOUT MAKING DECISIONS & CHOICES ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-


:: LIFE IS ABOUT MAKING DECISIONS & CHOICES ::

setiap hari kita perlu untuk melakukan pilihan dan mengambil keputusan dalam apa jua yang kita lakukan.. dari sebesar-besar hal seperti nak membina masjid sampai sekecil-kecil hal sepeti nak pakai baju apa pergi kelas..

kalau koranglah kan.. apa garis panduan korang dalam membuat keputusan dan pilihan?

ikut hati?

ikut kawan?

ikut kata mak pak?

hmm~ mungkin..


ok, kali ni saya nak kongsi 3 wasiat Nabi Adam AS.. cuba korang baca baik-baik dan fahamkan ye..

~~~

Menurut riwayat dalam kitab Syarah Al-Arba’in Al-Nawawiyah, bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia berpesan:
1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu (khuldi), hatiku telah bergoncang dan gelisah.
2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang akibat daripada makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.
3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang-orang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepadaku supaya jangan memakan buah yang terlarang itu.
~~~

dalam riwayat di atas dapat kita simpulkan 3 garis panduan dalam membuat keputusan dan juga pilihan dalam hidup kita.. 

1. pilihlah sama ada sesuatu itu kebajikan ataupun dosa.. macam mana nak tahu?
Daripada an-Nawwaas bin Sam’aan r.a, daripada Nabi s.a.w. baginda telah bersabda ; “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya.
[ Hadis riwayat Imam Muslim]

jika menimbulkan ragu dalam diri.. itu adalah dosa.. maka tinggalkanlah..

2. fikir dalam-dalam apakah akibat pilihan dan keputusan yang kita buat.. apa hasilnya.. insyaAllah pilihan dan keputusan yang harus kita ambil akan nampak lebih jelas lagi..

3. berundinglah dengan orang-orang TERTENTU dalam membuat perkiraan yang berkenaan.. maksudnya kat sini bukan hanya dengan sebarangan orang.. dalam konteks masa kita, mustahil untuk berunding dengan malaikat kan.. makanya, carilah orang-orang yang fasih tentang hukum fasih tentang agama.. ustaz ustazah, mungkin juga pada sahabat yang arif dalam agama..

kisah Nabi Adam AS, hanya dengan pilihan untuk memakan sebiji buah telah menimbulkan murka Allah kepada baginda.. semoga dengan wasiat yang baginda tinggalkan untuk anak-anaknya yakni kita sendiri.. kita mampu menggapai redha Allah dalam kehidupan kita.. InsyaAllah..

wallahualam~

jadi, apa pilihan anda sekarang??

baju mana nak pakai keluar tu? buku apa yang korang baca tu? layan youtube tengok apa tu? 

fikir-fikirkanlah ye..

~~~

anyway, :: SEGMEN : LETS LEARN FROM THE BEST :: masih dibuka..


klik banner untuk maklumat lanjut..


out dulu~

29 comments:

Trx said...

belajar dari pengalaman Nabi Adam.. keputusan yg mengubah nasib manusia keseluruhannya .

al_hakim said...

tq awk..ikut hati..ikut naluri..then berfikir..

Niena Muhammad said...

syukran ya ukhti.. nice sharing
tpi syg xsmpat bca smpai habis.. bctri kritikal :/

syafa said...

bkn sng nk buat keputusan ;(

arituarini said...

info yg amat berguna..tq..

p.shbr said...

pilihan terbaik, bukan perkara yang main2...trima kasih 4 da info

Anonymous said...

thanx sharing...sgt3 brmanfaat...XD

FF said...

nice entry

thanks :)

Hamba Tuhan said...

Buatlah pilihan mengikut fitrah manusia yang sentiasa mahu sesuatu yang baik demi keredhaan Allah dan bukan atas dasar nafsu semata-mata.

far byieb said...

nice info..

so pilihan saya untuk follow belog awak yg infomataik ini..heee ;]

Puan Nurussalwa said...

t.kasih atas pilihan anda semua untuk komen entri ni..

Alhamdulillah..

Faizal Ismail said...

dalam hidup ini , kita harus gunakan 4 jenis mata .
1) mata masa hadapan
2) mata masa belakang
3) mata akhirat
4) dua pasang mata
insyaALLAH , kita akan berjaya

Cik Aqilah Wardah said...

info ini menarik!! ^_^

Anonymous said...

best ye entri ni.. time kasih.. ^^

mohdhazlan Dreadlock said...

xsemua org blh membuat pilihan dgn tepat dan keputusan terbaik ....tapi berani lah utk membuat pilihan dan keputusan ...semua kita tentukan ...allahualam ...

MIQA said...

Sama seperti komen di atas ^

Nice entry btw

Mohamadazhan.com said...

selalu lupa...lupa belajar dari kesilapan lalu...sentiasa lakukan benda sama...moga Allah beri kekuatan untuk bergerak ke arah lebih baik...amin

Unknown said...

nice entry :)

Sabella Mohamad said...

suka sgt entry ni !
^_^

Student uniSZA said...

syukran awak ..

sama sama muhasabah diri ke arah lebih baik :)

Unknown said...

perkongsian yg sgt menarik...

hindarilah sikap terburu-buru

pelindung_kebanggaanku93 said...

salam..hai..menarik poat anda...hmm.. lw boleh nk share boleh?

Puan Nurussalwa said...

terima kasih semuanya..
and, feel free to share any entry from this blog..
=)

ibn suhaimi™ said...

USAH jemu berdakwah dari saya to ukht..

Dakwah itu luas dan Indah bangatt taww~~

Salam Rejab dari lembah syam~

harrazdani said...

terima kasih kerana berkongsi info yg sangat berguna ni.....

syafiqa said...

selalu fikir berkalai2 sebelum
buat keputusan.

apa apa pun, tak kan ikut kawan.
lebih ikut kata hati dan ibu bapa.

Shah Rizar said...

its always start with choice

Dila Sarbini said...

memang ssh kalau kita mempunyai byk pilihan..tambah2 lg bl kt sendiri tak nmpk apa kesudahan slps kt mbuat pilihan..

adan said...

thanks nurussalwa dengan info ini.. sebab tu kita kena berfikir akibat sesuatu perkara sebelum melakukannya..