....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.
macam biasalah ye.. senyum dan baca sampai habis..
rasanya siapa yang biasa baca blog ni mesti selalu jumpa frasa ni :
"hidayah itu datang dan pergi, kalau nak kita kena cari"
perasan tak? tak? tak biasa baca blog ni? first time mai? aigo~~ baru ingat blog ni fofuler.. uhuk~ ok, teruslah membaca ye..
Rasulullah saw:
“Jika Allah swt memberi hidayah kepada anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari” (H.R. At Tabrani)
kadang-kadang lah kan.. kita tak sedar yang hidayah dah ada depan mata.. yang kita dah dapat 'sinaran mentari' tu.. kadang-kadang pulak.. kita sedar.. tapi.. kita tak endah..
dari elok-elok cerah.. tak pasal-pasal bergelap..
faham ke?
tak?
owh ok.. takpe.. teruskan membaca lagi ye..
hidayah datang dalam pelbagai bentuk.. mungkin dari melihat perubahan kawan-kawan ke arah kebaikan.. mungkin datang dari 1 'klik' pada link tazkirah yang orang share kat facebook.. mungkin juga datang dari kata-kata orang-orang di sekeliling kita..
hidayah seringkali datang mengetuk pintu hati kita.. samada kita sedar ataupun tidak..
TAPI!
yang menjadikan HIDAYAH itu satu HIDAYAH kepada kita adalah samada kita terima atau tidak HIDAYAH itu..
korang, brothers and sisters..
HIDAYAH itu adalah salah satu tanda CINTA dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA.. rasanya benda ni basic je.. mesti korang tau.. kan?
sampai bila kita nak biarkan CINTA yang satu ini datang dan pergi? bila lagi kita nak start menyambut dan menjaga HADIAH dari ALLAH ini?
bila kita rasa terdetik dalam diri.. yang HIDAYAH telah datang mengetuk pintu hati.. sambutlah ianya dengan jiwa yang penuh keinsafan dan kesyukuran.. pasti akan terasa bagai ada 'sinar mentari' yang menyinar diri tika dalam kegelapan..
bayangkan cinta yang kita hulurkan bersambut.. indah sungguh perasaannya.. kan? macam-macam kita nak bagi kepada orang yang menyambut cinta kita.. kan?
bayangkan pula apa yang ALLAH ada untuk DIA bagi kepada kita.. wah~ macam-macam! DIA memiliki segala-galanya.. korang tak nak? nak biarkan CINTA dariNYA sepi tak bersambut? lah.. sayangnya.. sayang sangat-sangat..
"hidayah itu datang dan pergi, kalau nak kita kena cari"..
kalau dah jumpa.. kenalah sambut.. and jaga..
Allah berfirman: "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!" (Surah Az-Zumar, 59)
kita taknaklah jadi orang yang kufur ingkar ni kan? kita nak jadi macam orang yang disinari mentari.. so, bila terasa diri disapa HIDAYAH.. maka cepat-cepatlah menyambutnya.. takut nanti hidayah itu berlalu pergi.. dan tak akan kembali lagi..
bila lagi dah buat transformasi diri untuk menjadi hamba yang lebih baik?
jangan tunggu esok.. kerana kita tak akan bisa menjamin yang esok akan ada untuk kita.. semakin hari usia kita kian meningkat.. maknanya hayat kita semakin berkurang.. kalau tak sekarang kita mula menyambut cintaNYA.. alangkah ruginya.. tersia hayat kita begitu sahaja..
jadi.. renung-renungkan.. dan selamat beramal!
wassalam~
7 comments:
salam, ukhtifillah..alhamdulillah, post yang sangat bererti.. terima kasih, semoga Allah mengurniakanmu dengan kebaikan yang banyak! (amin!) :D
doakan kite ye :)
alhmdllah .. bagus post ni .. mekasih ye share :)
seronok baca entry yang ni.. ;)
salam ziarah..
hmM..da lama tak diketuk hidayah ni..
selalu jumpa 'hidayah' yang tak dapat hidayah jew.. ;0
saya baca da:)) nk share la..
mnx izin ye..:))
sy share kat fb:))
baca blog ni, is one of the hidayah ke? who knows, kepada saya mungkin. hee.
banyak hidayah yg saya jumpa..tp yg mane satu ye =P..
hehe..nice entry awak..
Post a Comment