Sunday, May 1, 2011

:: SeGmEn ToKoH WaNiTA IsLaM : Siti Asiah (isteri firaun) ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


InsyaAllah saya akan mulakan sendiri segmen saya ni dengan kisah Siti Asiah iaitu isteri firaun..

(klik banner untuk maklumat lanjut)

:: SeGmEn ToKoH WaNiTA IsLaM : Siti Asiah (isteri firaun) ::

- - - - - - - - - - - - - - - - - - 

kenalkah anda dengan Siti Asiah? beliau adalah isteri kepada pemerintah kejam yang mengaku dirinya tuhan iaitu firaun.

Siti Asiah merupakan seorang wanita yang menjadi sebutan pemuda pada zamannya disebabkan oleh kejelitaan dan ketinggian sasiah yang dimilikinya. cerita tentang beliau sampai kepada firaun iaitu raja yang memerintah pada zaman terbabit. pinangan yang dihantar oleh firaun ditolak oleh Siti Asiah, ini menyebabkan ibu bapa Siti Asiah ditangkap dan disiksa oleh firaun. sebagai seorang anak yang taat, Siti Asiah akhirnya menerima lamaran firaun dengan beberapa syarat.

syarat-syarat yang diberikan oleh Siti Asiah:
1. firaun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus menyediakan rumah yang indah lengkap dengan segala perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri firaun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama firaun.

walaupun enggan tidur bersama suaminya (Siti Asiah sering berdoa supaya dirinya tidak disentuh oleh firaun) Siti Asiah tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dengan sempurna sehinggakan firaun amat kasihkan beliau. firaun sangat cinta akan Siti Asiah sehingga disediakan buat Asiah sebuah istana.



walaupun Asiah diberikan pelbagai kemewahan, beliau tetap taat kepada Allah SWT. beliau enggan membenarkan kata-kata suaminya yang mengaku diri sebagai tuhan. 

ketika keimanan Siti Asiah terbongkar, firaun menjadi sangat murka kepadanya. ada kisah yang menyebut bahawa beliau ditangkap, dipenjara dan diseksa.
sepanjang diseksa oleh firaun, Siti Asiah tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah swt.


Sementara Firaun memerintahkan untuk memperhebat siksaan itu. Tak sepatah katapun keluar dari mulut Asiah selain munajat kepada Allah swt yang diabadikan dalam al-Quran:

"Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim". (QS. 66:11).

Setelah itu Asiah pun pergi menuju Tuhannya sebagai wanita syahidah.

Ayat al-Quran ini dikuatkan lagi dengan sepotong hadis iaitu
“Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. telah berkata:  
“Firaun memukulkan kedua tangan dan kakinya (Asiah) dalam keadaan terikat. Maka ketika mereka (Firaun dan pengikutnya) meninggalkan Asiah, malaikat menaunginya lalu ia berkata: Ya Rabb, bangunkan sebuah rumah baginya di sisimu dalam syurga. Maka Allah perlihatkan rumah yang telah disediakan untuknya di syurga sebelum meninggal"

sejarah menyebut yang Siti Asiah meninggal dunia dengan wajah yang tersenyum walaupun beliau mati diseksa.

note : Siti Asiah juga merupakan ibu angkat kepada Nabi Musa AS yang akhirnya menjatuhkan bapa angkatnya iaitu firaun.


wallahualam~


tag :


Mohamad Hakim


Syukri Kamaruddin


Farah Hanim

20 comments:

Unknown said...

asiah yg menyelematkan nabi musa dari hanyut di sungai kan..chii masih ingt lg kisah nabi musa..

asiah ,ratu syahadah...chii ske dgr lagu in-team :)

Farah Hanim Mohd Alwi said...

dah siapkn entry utk segmen ni. ustazah farah ckp, 'asiah' tidur dgn firaun. tp 'asiah' yg tidur dgn firaun tu act syaitan. Allah peliharan kesucian asiah ^^,

ejulz said...

gud segmen + info menarik.. :)

cik sakdi said...

cerita assistant asiah pon syok juga. hehe

cik sakdi said...

nak join, tapi lom post lagi. :)

Nazrul Ashraff said...

cool la! nak join la!

~Setanggi Syurga~ said...

"Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah disisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
(Surah At-Tahrim (66):11)

~Setanggi Syurga~ said...

Ibnu Athir berkata, "Asiyah isteri Firaun adalah seorang wanita yang merahsiakan keimanannya. Ketika Masyitah terbunuh, maka Asiyah melihat malaikat naik ke langit dengan membawa roh Masyitah. Setelah ia melihat malaikat itu, maka bertambah kuatlah keimanan Asiyah dan bertambah pula keyakinannya akan kebenaran ucapan Musa.

@tiF said...

wah.. menarik segment ne.... info yg berguna..

ucu keyna said...

mantop!!

Anonymous said...

dekat dinding istana firaun ada lukisan seorg wanita yg telah di kikis.. mungkin ukiran tu ada kena mengena dengan isteri firaun. terima kasih atas info 2.. =)

As Yusra said...

As-salam...wahh,xramai yang tahu cite neh.^^,

nama as diambil bersempena dengan nama isteri firaun.. sgt suke cerita neh, tapi xmampu lg na jadi seperti Siti Asiah sebenar.. ^^,

cik Anggur said...

tQ sbb wat entry pasai asiah nie.....buat cik AngguR trkedu & insaf....hope kita semua boley jadik setabah asiah insyaAllah ~

MEKAR said...

Salam.
Dah lama tak baca kisah nabi2. tiba2 ada artikel ini mengimbas kembali kisah yg pernah di baca dulu. tq

Diya Edhayaa said...

entry menarik...

http://diyaedhayaa.blogspot.com/2011/05/jiwa-pbsm-sedang-meresap-masuk.html

boxhousestudio said...

assalamualaikum cik nurussalwa

BHS menurut perintah...^_*...

http://boxhousestudio.blogspot.com/2011/05/salam-ukhuwah-cik-nurussalwa.html

laini said...

Terima kasih...menarik cite nih...

laini said...

Menarik kisah ni...terima kasih...

laini said...

Terima kasih...menarik cite nih...

laini said...

Wanita yg bijak dan berani...Asiah isteri firaun..