Sunday, May 22, 2011

:: KhAs BuAt PeNuLis PuiSi CiNta-NYA unTuKku ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.



aku adalah aku yang mencari
kamu adalah dai'e kurniaan Illahi..


tika bait kata tersusun dalam baris puisi cinta
nukilan kamu buat aku
hati ini masih dalam kelam pencarian


seringkali diri mengeluh memarahi hati
yang seakan telah mati


ada virus barangkali


aku mad'u yang tak mengerti
masih cuba menentang gelora dalam diri
sabar denganku ya wahai dai'e..


atas tunjuk ajarmu
menitislah titisan mutiara taubat
Allah.. aku leka..
Allah.. aku alpa..
Allah.. aku lupa..
ampunkan aku ya Tuhan..


wahai pejuang Islam,
terima kasih kerana tumpuan dan kasih sayangmu,
terima kasih atas butiran kata-katamu,
atas jerih perih usahamu..
hanya untuk membuat aku mengerti,
tujuan hidup seorang mukmin sejati..


2:30 (khalifah)
51:56 (ibadah)


maaf bila aku gagal memahami..
jangan putus asa bila aku lemah..
mad'u mu ini memohon..
bimbinglah aku..
sokonglah aku..
untuk bisa kuat dan terus kuat..
untuk thabat pada jalan yang satu ini..


asif..
bila utaian kata dalam puisimu tiada jawapannya,
sungguh aku malu kerana gagal menghalusi kata-katamu dulu..


jazakillah khairan ya ukhti..


insyaAllah.. 
syurga balasan buatmu..
wahai dai'e ku..


nurussalwa hilmi
1:22 PM
23 Mei 2011
Wellington, New Zealand


 


4 comments:

terokai seni said...

jauh daie berjalan
luas pengalaman
makin jauh makin kerdil
makin banyak tahu dan kenal
maha luasnya kuasa tuhan

... orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakkur "tidaklah Allah jadikan semua ini sia-sia..."

kay_are said...

terlalu dalam maksud puisi ni.. sampai nak komen ape pun xtau sangat.. tapi cukup indah dan menginsafkan kite manusie2 yang selalu lupe ni..

entri time kasih untuk cik nurussalwa =) harap sudi membace

http://kazreal.blogspot.com/2011/05/poscard-from-new-zealand.html

Unknown said...

poskad dh dpt~ lama dh sampai tp x sempat nk bgtau sbb xde internet..huhuhu. btw, tq ^^

wildorchid said...

best!