Thursday, May 26, 2011

:: SaYa NaK AwAk, AnDa & KaMu TaHu & FaHaM.. ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.

 

tiada mukadimah panjang yang merapu kali ni.. cuma.. teruskan tersenyum sambil terus membaca ye.. (^_^)


tahu apa erti cintakan manusia kerana Allah?


maksudnya tak sama macam niat dalam solat tu.. "sahaja aku bercinta dengan si fulan kerana Allah taala".. bukan macam tu ye.. atau lebih tepat lagi, bukan berhenti disitu.. sedangkan selepas kita niat untuk solat, kita akan mengerjakan ibadah itu dalam bentuk perbuatan.. makanya kalau kata bercinta kerana Allah, juga harus terzahir dengan perbuatan..


bila kita sebut cinta manusia.. secara rasionalnya cinta yang macam mana datang dalam kepala kita? kalau nak ikutkan trend sekarang, rasanya ideology cinta yang dimaksudkan adalah cinta romeo & juliet.. cinta yang sanggup berkorban nyawa tu.. korban and terkorbanlah semuanya kalau macam tu gayanya..


apa yang lagu-lagu cinta dan filem-filem romantik tunjuk tentang cinta? demi cinta tak mengapa kalau menentang kata ibu ayah.. kerana cinta di bolehkan untuk memutuskan silaturrahim sesama sahabat dan saudara.. disebabkan oleh cinta maruah dan agama tak mengapa tergadai.. cinta kah itu?


hai.. hidup ni bukannya sebuah filem hindustan.. 


secara logik akal la.. fikir baik-baik yang ni ye.. secara logiknya.. suci ke cinta yang go against the nature of the love itself?


nature of love = perlunya restu.. mengikat silaturrahim.. menyumbang dan menyubur maruah juga agama.. bak kata orang cinta tu suci..

 


lalu.. apa erti cinta dan mencintai kerana Allah itu?


ertinya.. apabila mencintai seseorang itu mampu membawa Allah dan islam itu megah..

cinta kerana Allah itu bukan bila cinta buat islam nampak hina.. mengerti?

begini.


kalau kita bercinta tapi melawan kata ibu ayah, i.e ibu ayah tak restu tapi kita nak jugak, apa yang orang akan kata tentang agama yang kita pegang?

"nama sahaja islam, sedang ibu ayah sendiri dibelakangkan!"

kerana khilaf kita, islam dipandang enteng.


kalau kita bercinta tapi memutuskan tali silaturrahim. apa pula kata orang?

"katanya islam mengajar memutuskan silaturrahim itu berdosa.. tapi 2 orang saudara seislam bertelagah merebut cinta"

korang tahu apa yang berlaku masa peristiwa hijrah? betul, kaum mujahirin dan ansar dipersaudarakan.. silaturrahim juga adalah asas kebangkitan islam dahulu.. tahu apa yang sesetengah mereka korbankan demi saudara mereka? mereka korbankan cinta.. tapi demi silaturrahim dan redha Allah.. pengorbanan itu jadi indah.. malah islam jadi megah. itulah cinta kerana Allah.


kalau bercinta tapi menggadai maruah?

owh. jelas. cinta kerana Allah itu tak mengajar kepada kemaksiatan. nanti yang di judge bukan hanya anda yang dah hilang kehormatan, malah nama islam dibawa bersama.


kalau mencintai insan kerana Allah.. harusnya begini..

 

alt


menjaga dan memelihara nama baik diri, keluarga dan yang penting islam itu sendiri..


cinta kerana Allah itu.. mendidik diri untuk menghormati agama.. mendidik diri menjadi hamba yang taat dalam beribadah.. mendidik diri menanam cita-cita mewujudkan baitul muslim yang menghasilkan putera puteri yang memperjuangkan agama..


dulu saya tak faham kenapa ustaz mesti nak pilih ustazah buat jadi isteri.. habis yang kurang didikan agama ni siapa yang nak buat isteri? tapi.. betullah tu.. hanya dengan 2 jiwa yang faham dan mengerti tentang agama dapat melahirkan generasi yang cintakan agama.. betul tak?


jadi, yang kurang serba serbi ni macam mana? jawapannya, carilah pengertian dalam beragama. kalau semua orang faham tentang asal kejadian dan tujuan manusia diciptakan.. semuanya akan bisa mengecap cinta kerana Allah..

 

hidayah itu datang dan pergi.. kalau nak kita kena cari..


sebenarnya apa yang cik nurussalwa nak korang tahu harini adalah.. 

~perbaikilah diri.. hanya dengan itu, cinta hakiki dapat kita rasai.. hanya dengan itu.. cinta kerana Allah dapat disemai dan dibaja dalam hati..


jangan terlalu mengikut rasa dan nafsu.. nanti hati akan mati dibunuh noda dan dosa..

 
Memang dugaan kalau hati kita diuji dan teruji dengan perasaan.. susah untuk diterjemahkan.
Manusia tidak dihalang bercinta, bahkan cinta suci adalah antara jalan-jalan ke syurga.
Apabila seorang lelaki menyukai  seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah-(DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Panduan Membeli Cincin Pernikahan

wallahualam~

 

5 comments:

qurratul qalb said...

suka2.. sgt meaningful.. thnx for reminding!

terokai seni said...

eee... malu juga bila ingatkan bebudak bercinta sanggup bertumbuk (tak kira laki pompuan) berebutkan sesorang...

memang betui le cinta itu buta sampai langgar mak ayah, agama, etika, pantang-larang hatta lautan api pon nak dilanggarnya

Ceiler Mun said...

insyaALLAH.. nice entry :D

wildorchid said...

cinta kpd Allah nikmatnya tidak dpt diterjemahkn melalui bahasa..hanya rasa yg mengenal rasa...cinta pd manusia haruslah berpaksi pd kasih dan sayang anugerah Allah...isteri atau kekasih bukan hak milik!..tetapi hanyalah anugerah dari yg Maha Pencipta..

.plastic roses. said...

nice entry :) and a very gud writing. msj pun sampai :)