selama setahun saya berblogging ni, macam-macam komen yang saya terima.. dan sangat banyak yang membina.. di sini saya nak kongsi 10 komen yang bagi saya sangat menarik.. and, untuk para komentor ni, ada antara komen-komen kalian yang saya copy & paste kat status Facebook.. kita kongsi-kongsi takpe kan?
presenting :
madah uncle cemomoi :
1. cinta kalimah suci
jangan ia dinodai
cinta hanya wasilah
jangan jadikan ia punca masalah
cinta hanya alat
jangan ia diperalat
bila cinta didakap
insyaallah hidup jadi lengkap
2. malunya rasa diri walaupon Dia sayang pada saya tapi saya tak penah sayang kat diri sendiri apatah lagi pada kasing sayang-Nya.. kalu saya sayang pada diri sendiri tentu saya tak pilih jalan yang merosakkan diri saya untuk menuju jalan yang penuh dengan kasih sayang-Nya
madah senpai azrai :
3. salam ziarah..
selangkah demi selangkah kita memimpin iman menuju ke destinasinya..ke puncak mulia atau ke lembah hina? DIA tahu kita tak tahu.. kerna tak tahu itulah kita bangun di sepertiga malam berusaha untuk terus bermunajat kepada-Nya
4. kalaulah insan insaf hakikat lidah lebih tajam dr mata pedanG, pasti perkara cam nie ley dibendung..banyak faktor yG boleh dilihat dan diperbaiki, semuanya datanG dr hati.. sifat dengki, buruk sangka, memandang hanya diri yG betul, memandang dunia secara negatif..selagi sifat2 ini bertakhta, selagi itu akan ada yG menikam & ditikam..
5. salam ziarah..
hmM.. jangan salahkan apa yG dilihat, tapi salahkan bagaimana kita melihatnya..InsyaAllah, andai benar pandangan kita tentang dunia & seisinya, ketenangan pasti mGisi relung hati.. =)TC urself
madah secret admire :
6. musibah sebenarnya tanda Allah cintakan kita.ada sorang kwn ni,setiap kali dia sakit,dia akan suka sgt.sbb dia tau Allah tgh rindukan dia.only machines live without challenges.we are not machines.we are human.and human life full of challenges.agree with wawa.we should take the challanges or problems
7. setuju.:) Allah dah ciptakan kita dengan begitu cantik sekali.Kecantikan yg bukanlah utk paparan org lain.Penggunaan kosmetik biasanya sebab kita nak kelihatan cantik pd pandangan manusia.Bagaimana dgn pandangan Allah? Sangat best topic ni.
madah uncle pacifist :
8. seorang ulama salaf ada menukilkan bahawa "dunia ini adalah kerisauan dan dukacita,jika terdapat kesenangan di dlmnya,itu bererti keuntungan"
begitulah sifat dunia-semoga kita semua diberi ketabahan utk mengharungi sifatnya itu,amin..
madah sissyira :
9. menangis adalah ubat yang terbaik..maka menangis lah ketika perlu, namun simpan lah sedikit air matamu itu, barangkali masih ada kegembiraan setelah duka itu kamu tempuhi...
madah KELI OH KELI :
10. kekesesalan itu sementara..tapi bila terus menerus menyesali tanpa berbuat apa2..penyesalan itu kekal dan abadi.
~~~
masih banyak lagi madah-madah yang ingin saya kongsikan.. tapi.. buat masa ini, inilah antara madah yang memberi kesan pada diri saya.. yang buat saya terus berfikir dan berfikir..
terima kasih atas sokongan yang kalian berikan.. pada semua yang melawat, membaca dan memberi komen.. juga kepada silent readers out there.. thank you very much for everything..
(komen penting bagi menyemarakkan semngat berblogging.. kan?)
until next entry,
out~
5 comments:
owh hoo rmai yg pndai bmadah upernye kt sini :)
komen cik ika??huhu..cik ika bce je..mls nak cmmnt2 nih..cik ika cmnt direct face 2 face trus..huhu...
rase mcm banyak kali komen.mane sy punye!..sob2..
sangat puitis .. madah berhemah . kadang2 setiap kritikan adalah yang terbaek buat kita =)
salam ziarah..
InsyaAllah..
apa yang baik sama-sama kita kongsikan..betul, komen rakan-rakan blogger penting dalam menaikkan semangat..syukran atas penghargaan =)
Post a Comment