....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
Istikharah? Mencari jodoh ke? Haaaaaaaaaaa..... ini la yang salahnya.. istiharah sering dikaitkan dengan isu pemilihan pasangan hidup. Bukan nak kata salah. Tapi, istikharah ni bukan hanya untuk memilih pasangan hidup. Nak pilih rumah pun orang buat istikharah jugak. Pilih bidang pengajian pun sama. Tak kira apa situasi pun, BERGANTUNGLAH PADA ALLAH yang satu.
Istikharah sebenarnya adalah satu cara yang ALLAH kurniakan kepada kita untuk membantu kita mencapai ketenangan dalam hidup. Melalui istiharah ini kita menyerahkan diri dan tunduk kepada kekuasaan ALLAH.
Apa yang penting dalam istikharah?
Yang penting bagi kita yang memohon adalah KEPERCAYAAN, KEYAKINAN dan KEBERGANTUNGAN kita pada ALLAH s.w.t.
Jawapan istikharah bukan sahaja datang dalam bentuk mimpi macam yang ramai orang percaya. Ia mungkin datang dalam bentuk gerak hati atau mungkin juga dengan ditunjukkan secara terang-terangan oleh ALLAH dalam situasi kehidupan kita.
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Kenapa nak kena istikharah dalam pelbagai hal dalam kehidupan?
Kenapa tak terus sahaja buat keputusan? Bukankah ALLAH dah kurniakan kita akal?
Ye.. memang kita punya akal. Tapi akal kita ni ada batasnya. Tidak sempurna. Sebab itulah kita kena bergantung ,kepada ALLAH yang maha MENGETAHUI yang SEMPURNA.
Pendek kata, kalau ada apa-apa, mintalah dari ALLAH. BERDOALAH padanya..
Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153) (Albaqarah)
“Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan”
Wallahualam~
=)
May ALLAH bless,
Cik nurussalwa, out~
5 comments:
lama tak buat solat istikarah~
ishtikharah untuk pilih, dah pilih tu solat hajat la pulak supaya istiqamah
amin :)
sy pon dh lama x buat...emm entry ni mengingtkan..tq...
suka entry ni =) memberi kesedaran kepada kita, istikharah bkn dilakukan utk cari jodoh saja.
Post a Comment