Wednesday, August 17, 2011

:: NI BARU POPULAR SEJATI! ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

macam mana dengan hamasah (semangat) Ramadhan korang? harap makin meningkat.. kita dah menuju ke 10 malam terakhir.. jom berusaha kejar lailatulqadar.. (^_^)
chayok!

neway, orang tu popular? orang ni popular?
artis? pemain bola sepak? pemain rugby? (NZ kan..haruslah rugby)

popular ke jadi diorang ni?

meh nak tunjuk apakah itu popular yang sejati. popular yang sebenar-benarnya popular.

~~~

Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba,

maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata:
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" 

Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: 
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." 

Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini. 

(Hadis Riwayat Bukhari)


ini barulah popular sejati.. di cintai Allah, segenap penduduk langit dan juga penduduk bumi.. tak perlu buat benda pelik-pelik.. pakai pelik-pelik macam lady gaga ke.. terkinja-kinja menari & menyanyi ke.. 

kunci populariti sejati ini adalah DICINTAI oleh ALLAH.. 

macam mana nak dapat? ikutlah suruhanNYA dan tinggalkanlah laranganNYA.. jadilah hambaNYA yang bertaqwa. sesungguhnya TAQWA adalah bekalan terbaik untuk dibawa berjumpa denganNYA..

kejarlah TAQWA di bulan Ramadhan ni.. itulah hadiah yang ALLah kurniakan buat hamba-hambaNYA yang DIA cintai..

jom jadi popular!
di LANGIT dan di BUMI!

ayuh!

(^_^)

~~~

p/s : biar tak dikenali dikalangan penduduk bumi a.k.a manusia, asalkan disebut dan dicintai penduduk langit..

=)

out~!

7 comments:

PeRmAtA bIrU said...

betul tu.. sesungguhnya apa yang ada dibumi nih hanya sementara..:)

Kucing Serius. said...

Nice one! :DD

You should spread this a little bit more. Let those so called popular-wannabes realize this :D

Fz27 said...

jom!!!

Aida Omar said...

CINTA ALLAH adalah sebaik2 CINTA..setuju!! :)

farhan said...

ye btul..insaf rase

qurratul qalb said...

btul! thnx 4 reminding, wa~ ^^

FasiHaH SupiaN said...

^_____________^


like 199% ;)