Monday, August 29, 2011

:: ALMOND LONDON (NEW ZEALAND) PENUH CINTA ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

nak tunjuk jugak almond london made in new zealand ni,
walaupun sayu-sayu beraya di perantauan..
nak jugak buat-buat happy..



uhuk~

nanti.. nak buat kek.. nak masak rendang.. nak masak nasi impit..
biar ada la suasana tu kan..

anyway, nak mintak doa semua..
kakak saya nak bertunang syawal ke3 ni..
mohon doakan semua urusan dipermudahkanNYA..

insyaAllah..

thanks all..

(^_^)

out~


:: BERAYA DI PERANTAUAN..::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

hye all,

raya di perantauan tahun ni..
and New Zealand raya 31hb.. sambut raya + hari merdeka berduet..


huhuk~

tapi takpe.. in 2 months time insyaAllah akan balik jugak Malaysia.. yeay!

(^_^)




anyway,
nak mengambil peluang ni untuk mengucapkan:
salam selamat menyambut Aidilfitri buat semua, kenalan.. teman.. sahabat.. family members.. and tak lupa to the readers of THE GARDEN OF LOVE..

maafkan salah silap saya noh..

mengundur diri~.

Sunday, August 28, 2011

:: SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

nak jiwang jugak!

p/s : sila baca sampai habis okie~
lol~

♥  

sayang,
hari ni hari lahir awak..
tapi saya jauh dari awak..
kita terpisah benua~
awak kat Malaysia, saya kat New Zealand..

sayang,
saya rindu awak sangat-sangat!
SELAMAT HARI LAHIR tau awak..
esok raya ea?
jangan lupa saya di perantauan ni tau..

pagi tadi saya mesej awak..
setakat 9sen NZ ni apa la sangat kan?
awak mintak hadiah..
nanti k awak..
saya balik Malaysia nanti saya bawak hadiah untuk awak k..
awak tunggu saya balik tau..
kalau boleh awak kena mai jemput saya kat airport..~

sayang,
usia dah lanjut tu! t kalau kawen jangan lupe jemput tau.
erk~

haha~

NELA PUTRI WARNI BINTI AZIZI,
aku sayang kau!

jaga diri jaga hati jaga iman k..
may Allah bless you always.

i love you and i miss you.

take care there.

(^_^)

till we meet again, insyaAllah.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG.




out~


:: KHILAF DIRI INI SEMATA ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

"semuanya datang dari kelemahan diri saya sendiri.."


mengundur diri~


:: CALLING ALL READERS ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

hye all, 

nak share something.. ni update dari page Facebook THE GARDEN OF LOVE.
i would love to get some feedback from you all.. tolong klik pic kat bawah ni, and feel free untuk menconteng di wall page saya tu ye (^_^)


excited to here from you all.
may Allah bless. tc!

out~

Saturday, August 27, 2011

:: INDAH KE? ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

tak ada benda yang terjadi sia-sia dalam hidup ni..

hidup ni indah.. cantik.. seriusly it really is beautiful..

~~~


tapi..

kadang-kadang hati ini bertanya betul ke indah ni?
sebab.. macam tak je..

kadang-kadang dalam hidup ni.. ada benda yang kita nak selalu je tak dapat.. ada benda @ orang yang kita sayang selalu je di bawa pergi.. hilang.. meninggal.. kalau cinta cintun tu, terputus pulak di tengah jalan.. hoo my.. sadisnya!

eh! jap.. tadi kat mukadimah bukan saya kata hidup ni indah ke?

oh ea? 

ni la nak cerita mana indahnya hidup ni..

kalau kita adalah orang yang percaya dengan janji ALLAH.. kita mesti akan berasa aman dan indahnya hidup ni.. kalau Allah bagi kita benda yang kita suka, kita happy, kalau ALlah bagi benda yang kita tak suka? kita redha..

indah hidup ni.. yang buat hidup ni rasa penuh siksa itu hanyalah diri kita sendiri.. sebab kita gagal memahamkan hati.. jadi..

jom kita sama-sama fahamkan hati kita.. yang setiap yang terjadi itu.. terjadi indah atas aturanNYA.. 

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(^_^)

Allah bagi apa-apa pun sah adalah yang terbaik untuk kita.. tak kira kita rasa benda tu kita suka ke tak..
 
so, tabahkan hati tak kira apa yang berlaku..

once kita faham yang ni.. trust me.. hidup terasa indah.. dapat ujian pun jadi happy.. sebab hati yakin yang ujian itu adalah hadiah.. 

so, fikir-fikirkan noo..

out~




:: JANGAN LEMAH! ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-


hye semua, sehat? 
lately saya rasa lemah sangat.. ade la jugak terasa senget-senget sikit.. 
maybe sebab raya dah nak dekat, and Ramadhan dah nak pergi tinggalkan saya.. tinggalkan kita..
sehubungan dengan itu (formal la pulak) tajuk sharing kita pada kali ni adalah : :: JANGAN LEMAH! ::


~~~

Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) 


nak katanya kat sini, kita tak boleh la menjadi seorang yang lemah. sikit-sikit nak sedih.. sikit-sikit nak mengeluh.. sikit-sikit rasa nak mengalah.. hoo my.. mana boleh! 


so, cik hati, sila la kuat! please la kuat! kuat! kuat!


tak ada siapa kata mujahadah tu senang.. tak memakan semangat dalam diri.. tak menghakis sabar di dada.. mujahadah memanglah pahit.. kerna balasan syurgaNYA itu sangat manis..


so, be strong self!
and to the others pun, be strong!





yosh!



Friday, August 26, 2011

:: HADIAH YANG SANGAT BERNILAI.. ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-


hows life people? been busy with the preparation for eid mubarak? 
=)
nak katanya, Ramdhan tinggal berapa hari je lagi.. jangan bazirkan okie? belum tentu akan jumpa lagi dengan Ramadhan yang seterusnya..


neway, nak hadiah tak? baca dulu~

~~~

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian.
Dalam hadits qudsi Allah berfirman.
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya karna Aku ingin mendengar rintihannya."

(HR Thabrani dari Abu Umamah)






sweet kan Allah ni? bila DIA hantarkan ujian, itu maknanya DIA hantarkan hadiah buat kita.. DIA rindu kat kita.. sedangkan kita ni? mengeluh bila ditimpa ujian.. sepatutnya orang dapat hadiah ni kena happy.. senyum, sabar dan redha..  


dah lah ujian itu sendiri satu hadiah.. kalau kita redha dan sabar, kita dapat pulak hadiah yang lain.. bestnya. asyik dapat hadiah je.. hehe~


korang takmo?


saya mo je.. (^_^)


~~~

tQ Allah for the gift of Emaan that enable me to smile during bad days, and to feel the beauty of the obstacles in life..



Allah sweet (^_^)

Alhamdulillah.



out~



Saturday, August 20, 2011

:: I DON'T WANT TO LET THESE WORDS BE UNSAID.. ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

oh, ini penting.. sila baca bagi yang berkenaan..


~~~

saya gagal memahami erti siapa diri ini.. dan saya sedang berusaha untuk mendapatkan kefahaman itu..

saya sangat rasakan.. yang tika ini, adalah tika waktu terakhir untuk saya meluahkan apa yang terbuku dihati, buat awak di sana..

andai ini adalah kesempatan terakhir saya, bersisakan sekeping hati yang masih pedih menanggung perasaan, saya nak awak tahu..

saya mintak maaf atas segalanya..

dan, saya juga berterima kasih atas segalanya..

saya nak awak ingat, saat ini, sekeping hati ini masih terlalu prihatin tentang awak.. 

so, do take care..

maafkan saya jika saya bukan lagi saya yang dulu..

maafkan saya dengan apa yang saya lakukan, semalam, hari ini, dan juga esok..

moga Allah tunjukkan jalanNYA buat kita..

Selamat tinggal.

Assalamualaikum.

~~~

(T__T)

out~

:: DIA.. ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

pesanan penulis : ini bukan entri jiwang makwe-pakwe.


~~~

dia bukanlah sesiapa pada diri ini 2 tahun yang lalu..
malah tak pernah aku kenal..
tak pernah bersua muka..
tak pernah berkongsi cerita..

dia..

hadir di tengah-tengah kisah sebuah perhubungan..
kasih-sayangnya.. tertaut dihati..
perhatiannya.. mengharukan diri..

dia..

kini insan yang amat aku nantikan..
menanti untuk dipertemukan..
untuk bisa aku kembalikan setiap budi yang telah dia taburkan..
setiap untai kata nasihat yang dia berikan..
tersemat..
kemas dalam lipatan jiwa seorang anak..

iya. jiwa seorang anak..


(^_^)~

terima kasih banyak-banyak buat insan mulia.. seorang ibu.. 

~~~

out~

:: DARI DAPUR THE GARDEN OF LOVE ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

antara benda best yang selalu saya buat kat New Zealand di waktu lapang saya adalah baking..

dan saya sengaja je nak buat entri pasal makanan harini..

saya tahu sekarang ni bulan puasa, ampun dan maaf la ye kalau gambar-gambar yang saya share ni agak menggugat puasa korang semua..lol~

(^_^)

~~~
ni butter cupcake.. topping je coklat.. menarik tak?

 
yang ni cocholate cupcake.. sedap.. serius~


butter cookies..


yogurt cake..

~~~

itu je la yang ada dalam koleksi gambar.. lain-lain hilang p mana tah..

cukup la kot..

anyway, ada kawan saya ni buat GA.. and dia larang saya join.. ~
al-kisah.. nak tahu apa kontest tu?

just klik link ni : NEW ZEALAND EID CARD GIVE AWAY

out~


Friday, August 19, 2011

:: JOM KEJAR! ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

sebelum pape, saya bukan nak menganjurkan permainan police & thief ye..
saya nak ajak korang kejar banda lain.. bukan main kejar-kejar tu..

yosh!



بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ* وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ* لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ *
 تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Terjemahan:
[97: 1] Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr
[97: 2] Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu?
[97 : 3] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan
[97 : 4] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah)
[97: 5] sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing.

~~~

kejar jangan tak jear..

selamat beramal!

(^_^)

Thursday, August 18, 2011

:: RANDOM OLD THOUGHT ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

dah lama tak flash back masa lampau..
ini hanyalah random entri..
kalu sudi baca..
silakan..

~~

there was once a person told me this :

"kita sama, cari jawapan untuk soalan yang kita sendiri pun tak tahu"

and i replied back :

"kita tahu, tapi kita gagal mengerti semuanya..."

p/s : sampai sekarang pun things were left unsaid, and to be frank, apa maksud kata-kata ni pun saya tak faham.. cumenye saya saja kongsi sebab macam misteri and menarik je.. huhuk..

out~


:: BUNGA-BUNGA CINTA ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

laju je korang ni kalau bab cinta kan?

tak nak tulis banyak..
nak tulis sikit je..
faham-faham sendiri la ye?

~~~

"It is from planting LOVE that LOVE is harvested"



~~~

out!


Wednesday, August 17, 2011

:: SONATA MUSIM SALJU DI WELLINGTON ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

saya sangatlah seronok tengok putik-putik bunga kat reranting pokok, tanda SPRING akan tiba..

tak disangka-sangka pulak 2nd wave winter nak melanda.. salji turun kat sini.. selama ni tak pulak.. almost 50 years without snow..

akhirnya turun jugak..

ayah : "ayah rasa sebab dekwa p sana la salji turun, kalau tak tak turun lagi la tu.. NI APA YANG AYAH RASA LA.."


haha.. ayah buat lawak lagi..


okie.. maybe i miss home so much..


tetibe~
kata musim salju.. mahunya tak sayu-sayu.. tak lengkaplah!


nah video salji belakang rumah saya, abaikan batuk tu.. simptom musim salju la tu~.






~~~


‎"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengerak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikan bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya butiran ais kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan dari sesiapa yang dikehendaki-Nya." 
[24 : 43]


rasa terpilih sangat oleh Allah untuk merasai nikmatNYA yang satu ni..


seorang teman pernah berkongsi rasa saat kami pertama kali melihat salji.. 
katanya :
"Allah dah tunjukkan pada kita salji yang bukan semua orang dapat lihat, dapat pegang, dapat rasa, so, its up to us la macam mana nak balas balik nikmat Allah ni.."


kena pulangkan balik nikmat ni padaNYA dengan berkerja untuk menegakkan syariatNYA..


insyaAllah.


go wawa!


~~~


out!