Thursday, April 21, 2011

:: TuRn OvEr A NeW LeAf ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


:: TuRn OvEr A NeW LeAf ::

korang biasa dengar English idiom ni kan? maksud idiom ni adalah 'BERUBAH'.. dan perubahan yang dimaksudkan mestilah daripada yang kurang baik kepada yang LEBIH BAIK.. 

nak berubah bukan mudah.. lagi-lagi kalau tanpa kerelaan diri.. tapi.. kalau hati dan diri kita tergerak untuk berubah.. itu adalah satu HIDAYAH yang Allah bagi kat kita.. beruntunglah bagi sesiapa yang mempunyai gerak hati untuk berubah ni.. bukan semua orang dapat rasa perasaan yang macam tu.. HIDAYAH tu kan milik Allah..

jadi, apa yang korang perlu buat sebenarnya? jagalah baik-baik perasaan yang dah Allah kurniaan kepada korang tu.. HIDAYAH ni.. datang dan pergi.. sayanglah kalau terlepas.. sebab belum tentu akan datang yang lain.. kuatkan hati dan berdoalah.. cari sokongan.. korang mesti boleh lakukan perubahan ni.. tak ada yang mustahil dalam hidup ni.. kan? bak kata orang, impossible is nothing..

kadang-kadang kita akan rasa "susahnya.." tak pun kita tiba-tiba terfikir.. "perlu ke aku berubah ni?" mungkin jugak kita rasa "nanti-nantilah aku berubah..".. korang tau tak.. itu semua adalah hasutan syaitan.. saje je dia nak buat korang rasa ragu dengan keputusan dan perasaan yang korang rasa tu.. jadi.. lawanlah.. korang mesti boleh punya..Allah kan ada bersama-sama kita..chaiyok!


firman Allah dalam surah al-an’am,ayat 125:
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

HIDAYAH tu memang milik Allah.. tapi.. kita still kena usaha untuk cari dan jaga HIDAYAH tu.. moga Allah kuatkan kita semua pada jalan menuju kepada-NYA.. insyaAllah.. Amin~


out~

13 comments:

al_hakim said...

nice awk..=)

azwa amani said...

amani suka entry ni....yups...kita kena usaha untuk berubah,..

lisa said...

suka part ' nanti-nantilah berubah sebab ada persamaan ^^

biha a.k.a PETOM said...

wahhh..very gud post la cik nurussalwa..smtimes kite leka sgt dgn dunia ni smpai lupe pintu hidayah tu sntiase terbuka utk kite, kite yg spatut nye kena kejar utk dpt kn hidayah Allah wlaupon hidayah tu milik Dia. :)

Bella Bell said...

nice! betul tu..hidayah mmg milik ALLAH..tapi kita kena berusaha untuk mencari dan mendapatkan hidayah tu..^__^v

deDetz said...

selamat pagi =)

ya, memang betul kan?
lapangkan hati, hindarkan hasutan syaitan..

Far8 budak baik said...

tq..hidayah ke jln yg lurus..
amin..doa kn ehhh

padlie said...

nak berubah ke arah yg baik lebih sukar dr nak berubah ke arah kejahatan.. semua sebab hasutan dia..

Miss Tira said...

Ye betul tu. Hidayah itu diberi oleh Allah tapi dalam pada yang sama kita kena berusaha mencarinya.

najihah sahami said...

nice sharing~thanx!!

IzREen :') said...

hi cik nurussalwa.. saya ade tag untuk anda.. :)

adan said...

still mencari hidayah ALLAH.. syaitan memang pandai menghasut..

ain fathihah said...

betul kan, hidayah milik allah. kita cuma boleh tegur je la. orang nk berubah atau tak, bukan dlm kuasa kita lagi dah