Saturday, April 30, 2011

:: NZ episodes (Ep.10) : RoToRuA TriP -part3-::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


ROTORUA TRIP PART 3 : DISEBALIK KEINDAHAN ALAM


 "Dia-lah Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, korma, anggur, dan segala macam buah-buahan. 
Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami-(nya), dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. 
Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran. Dan Dia-lah Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan darinya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karuniaNya, dan supaya kamu bersyukur. 
Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu,(dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk, dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.
Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? 
(An-Nahl, 16: 10-17)

haiwan ternakan

titisan hujan

sungai yang mengalir

 lautan

gunung-ganang

disebalik keindahan alam ini terdapat tanda-tanda penciptaan dan kebesaran Allah SWT..mana mungkin alam yang sebegini indah tiada penciptanya kan?
fikirlah..

"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami-(nya)"



insyaAllah nanti kita sambung lagi ye.






out~

Friday, April 29, 2011

:: NZ episodes (Ep.9) : RoToRuA TriP -part2-::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


 buat muke comel dulu.. baru sambung baca okie.. alolo.. comelnye..

ROTORUA TRIP PART 2 : DISEBALIK SETIAP KESUSAHAN ADA KESENANGAN

Allah telah berfirman dalam surah al-Insyirah, ayat 6, bahawa, 
"sesungguhnya di sebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan."

destinasi pertama kami adalah Wind Farm.. ataupun 'Kebun Angin' kot.. huhuk~ dengan GPRS yang buat-buat manja.. cari 'wind farm' tak ada.. kami meneruskan jugak usaha kami.. kakak-kakak akhawat memang sangat sabar.. dan jugak sangat berani.. jalan yang bengkang bengkok dengan tanah yang penuh dengan batu-batu kecil, berdebu.. kakak-kakak tetap mendaki dan menuruni bukit..


tinggi~

jalan yang kami lalui memang penuh liku.. 2 bukit kami daki.. Alhamdulillah.. Allah sediakan satu pemandangan yang sangat indah di hujung pendakian kami..
Subhanallah.. cantik sangat..


kan janji Allah itu pasti.. pada setiap kesulitan itu akan ada kesenangan.. kita hanya perlu bertawakal dan yakin denganNYA.. insyaAllah..

sebenarnya, Wind Farm yang kami tuju berlainan dari yang ini.. tapi, inilah perancangan yang Allah sediakan untuk kami.. satu pemandangan yang lebih indah.. walaupun jalan yang kami lalui penuh dengan liku..

"Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang" Ali Imran(54) 


Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” 
(surah al-Baqarah, ayat 153) 

masih baru dipermulaan perjalanan yang penuh tarbiyah~

insyaAllah.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

nanti kita sambung lagi ye 


out~

Wednesday, April 27, 2011

:: NZ episodes (Ep.8) : RoToRuA TriP -part1-::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


 kita start dengan senyuman.. (seperti biasa la ye..baru manis)

Allah berfirman dalam Quran Surah Al Hujuraat ayat 10:
"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara..”

ROTORUA TRIP PART 1 : PENGENALAN UKHWAH

ukhwah? apa tu? ehem-ehem.. mai dekat sikit.. rapat-rapatkan saf.. cik nurussalwa nak bercerita..

ada orang describe ukhwah itu sebagai friendship..
pada dasarnya memang ianya sama seperti friendship.. namun kedudukan ukhwah adalah lebih tinggi kerana ianya adalah persahabatan semata-mata kerana Allah..


ukhwah itu sangat indah sehingga tiada kata-kata atau perkataan yang tepat yang dapat digunakan untuk menceritakan tentang keindahan ukhwah.. ukhwah itu perlu dirasai sendiri oleh kita baru kita tahu bagaimana rasanya berada dalam ukhwah.

sepanjang berada dalam trip ke ROTORUA saya merasai sendiri indahnya ukhwah.. dari tak kenal kepada kenal seterusnya diperkukuhkan dengan kasih sayang.. indah.. seriously ianya sangat indah.. rasanya pengalaman ini baru sedikit.. masih banyak lagi kemanisan lain yang bakal saya rasai jika saya terus berada dalam lingkungan ukhwah ini.. ukhwah yang bersatu dalam dua kalimah syahadah..dalam aqidah yang sama.. serta diikat dengan kasih sayang hanya kerana Allah..

-autumn ni Massy University New Zealand-

"sedingin embun, sesejuk salju, seharum bunga mekar ditaman, sebersih pasir pantai yang memutih..indahnya ibarat ukhwah kita.."
(manis ukhwah-Zulfan)

UKHWAH ITU INDAH APABILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH SWT.

ini baru pengenalan.. insyaAllah there are more things and stories that I will share about this trip.. 1 perjalanan yang mengajar dan memberi saya berbagai pengalaman dan ilmu-ilmu baru..

jazakillah khairon kepada semua akhawat yang terlibat.. jasa sisters semua hanya Allah yang dapat balas..

insyaAllah.. (^_^)

out for rest..
(baru sampai dari Rotorua)

Saturday, April 23, 2011

:: SaKiTnYe BeRCiNtA.. SeMuA BeNdA NaK TeRaSa.. ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


kalau ikut waktu Malaysia, ini update kedua untuk hari ini.. tapi kalau ikut waktu New Zealand.. hari dah bertukar.. saje nak update.. lepas ni empat hari la korang tak nampak blog saya ni.. i'm going for a trip to Rotorua.. nanti-nanti saya pos pasal trip ni okie.. (^_^) cukup-cukuplah dengan intro.. moh le kite ke destinasi entri kali ni..

:: SaKiTnYe BeRCiNtA.. SeMuA BeNdA NaK TeRaSa.. ::
(baru ingat nak berhenti cerita pasal cinta-cinta ni..aih -___-" )

korang pernah bercinta? or korang tengah bercinta? tak rasa sakit ke bercinta ni?

saya saje je tanya.. nak tau jugak perasaan korang ni..

bagi saya yang kuat 'touching' ni... bercinta itu sangatlah menyakitkan..

*emo..emo..*

kenapa saya kata bercinta tu menyakitkan?

bercinta tak sahlah kalau takde terasa-terasa ni.. aman benor kalau takde terasa ni semua.. kalau ada yang macam ni.. kalau tak kawin lagi tu.. segerakanlah berkahwin ye (^_^) and jangan lupe jemput saya pergi kenduri korang okie~~ huhuk~ sorry, termelalut..

:: SaKiTnYe BeRCiNtA.. SeMuA BeNdA NaK TeRaSa.. ::

dia busy kita terasa.. dia free sangat pun kita terasa..

dia diam kita terasa.. dia bising pun kita terasa..

dia tegur kita terasa.. dia buat dunno pun kita terasa

dia kurang baik kita terasa.. dia baik semacam pun kita terasa..
(yang ni saya tak faham..awatlah orang buat baik pun nak terasa tah..ih3)


bercinta ni.. kenalah pandai jaga hati.. bukan je hati orang yang lagi satu tu.. ingatlah.. kita pun ada hati kita sendiri.. so, jagalah hati kita yang satu ni jugak.. jangan dok layan sangat perasaan tu.. setan dok menghasut je.. saje nak porak perandakan rumahtangga kita..saje nak bagi kita jiwa kacau.. saje nak bagi kita stress.. there is more to life than to feel depressed over small thing like 'he's/she's busy'.. live life to the fullest okie.. nak tension-tension pun pilih la bende yang sesuai untuk di tensionkan.. contohnya EXAM or ASSIGNMENT.. opss.. hehe~

kekasih atau peneman itu adalah untuk menyenangkan hati yang lagi satu tu.. kalau dah rasa tak tenang..and gagal untuk menenangkan tu.. carilah penyelesaian ok.. jangan biar sakit hati tu bertambah parah.. seksa nanti..

itu jelah.. pape komen sangatlah dihargai..

tata, jumpe lagi dalam masa 4 hari.. take care all~

out~

:: KaDaNG-KaDaNG DiaM iTu LeBiH BaiK ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


"if you have nothing nice to say about someone, you better don't say anything"

kita bukan hidup seorang kita je dalam dunia ni.. ada orang sekeliliang kita yang kita kena jaga perasaan diorang.. kalau dah rasa tak reti sangat tu.. lebih baik kita berdiam diri dari menyakiti mereka.. tapi.. jangan diam yang buat orang sakit hati pulak.. kalau orang tanya kite jawab la baik-baik.. jangan orang cop kite kurang beradab pulak nanti.. betul tak?


nak buat diam pun kena betul cara jugak.. ni kalau diam dengan muka yang stress and muncung macam itik tu.. orang pun menyampah dengan kita.. so, dah diam tu.. MANISkanlah muka tu ye.. senyum.. macam ni  .. haa.. kan comel tu.. hehe~

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



ni saya nak kongsikan sedikit tentang hikmah 'Lidah' yang diam :

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup aib diri



owh.. banyak hikmahnya kalau kita dok diam ni.. so.. dari bercakap-cakap benda-beda tak berfaedah.. mengata orang tu, mengata orang ni.. lebih baiklah kita DIAM.. shuuuu~ 
jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.. 

sekian~

Thursday, April 21, 2011

:: TuRn OvEr A NeW LeAf ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


:: TuRn OvEr A NeW LeAf ::

korang biasa dengar English idiom ni kan? maksud idiom ni adalah 'BERUBAH'.. dan perubahan yang dimaksudkan mestilah daripada yang kurang baik kepada yang LEBIH BAIK.. 

nak berubah bukan mudah.. lagi-lagi kalau tanpa kerelaan diri.. tapi.. kalau hati dan diri kita tergerak untuk berubah.. itu adalah satu HIDAYAH yang Allah bagi kat kita.. beruntunglah bagi sesiapa yang mempunyai gerak hati untuk berubah ni.. bukan semua orang dapat rasa perasaan yang macam tu.. HIDAYAH tu kan milik Allah..

jadi, apa yang korang perlu buat sebenarnya? jagalah baik-baik perasaan yang dah Allah kurniaan kepada korang tu.. HIDAYAH ni.. datang dan pergi.. sayanglah kalau terlepas.. sebab belum tentu akan datang yang lain.. kuatkan hati dan berdoalah.. cari sokongan.. korang mesti boleh lakukan perubahan ni.. tak ada yang mustahil dalam hidup ni.. kan? bak kata orang, impossible is nothing..

kadang-kadang kita akan rasa "susahnya.." tak pun kita tiba-tiba terfikir.. "perlu ke aku berubah ni?" mungkin jugak kita rasa "nanti-nantilah aku berubah..".. korang tau tak.. itu semua adalah hasutan syaitan.. saje je dia nak buat korang rasa ragu dengan keputusan dan perasaan yang korang rasa tu.. jadi.. lawanlah.. korang mesti boleh punya..Allah kan ada bersama-sama kita..chaiyok!


firman Allah dalam surah al-an’am,ayat 125:
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

HIDAYAH tu memang milik Allah.. tapi.. kita still kena usaha untuk cari dan jaga HIDAYAH tu.. moga Allah kuatkan kita semua pada jalan menuju kepada-NYA.. insyaAllah.. Amin~


out~

Tuesday, April 19, 2011

:: BiLa CiNTa ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


seperti biasa, mulakan bacaan anda dengan senyuman yang lebar okie..baru nampak manis.. 
New Baby Big Smile PINK
sehat semua? kali ni saya still nak bercerita tentang cinta.. biasalah, korang memang suke bab cinta-cinta ni kan? huhuk~


:: BiLa CiNTa ::
cinta.. apa yang korang faham tentang cinta? bagi adik-adik yang still berbaju putih berkain biru @ hitam tu cinta tu 'couple' ek?? errrrr~ salah tu adik-adik.. cinta dengan couple tu adalah dua situasi yang sangat-sangatlah berbeza.. lain sangat..

cinta tu kan.. macam yang saya cakap dululah.. membuahkan kebaikan dalam diri seseorang..

kalau couple tu belum tentu lagi.. kan?

ada antara kita yang rasa "hmmm~ kenapalah orang lain semua ada couple, ade boyfie girlfie.. aku takde pun.."

macam ni lah ye, pernah tengok tak kawan-kawan yang menangis sebab clash? kesian kan? haa.. itulah yang perlu dibayar bila cinta dipandang serendah harga 'couple'..

jangan risau jika tak ada 'couple'..tapi risaulah bila tak ada cinta.. macam rumit je nak faham kan? =)

senang je sebenarnya nak kenal cinta.. 
1. dengar kata hati (ikhlaslah dalam mencintai seseorang, kalau tak cinta jangan beri ruang dan juga harapan..janganlah couple.. pasti ada yang sakit nanti..)

2. kenal dulu baru tahu (cinta pandang pertama tu bukannye mustahil..tapi selalunya tak membuahkan hasil.. makanya jangan terus approach and couple kalau belum betul-betul kenal..nanti bukan jadi cinta..tapi jadi derita..)

3. tengok akhlak bukan rupa semata (yang ni..pahamkan semua? akhlak yang baik itu mengindahkan rupa.. tapi rupa yang baik belum tentu dapat mengindahkan akhlak yang buruk..)

4. belajar dulu bagi habis (haa..yang ni parents pun selalu pesan kan? belajarlah bagi tinggi sikit ilmu tu.. barulah kita mampu nak mengenal mana satu cinta yang betul..mana satu yang palsu..)

5. CINTAILAH YANG MAHA MENCINTAI..(senang sangat nak faham kan? kalau kita cintakan Allah..Allah pasti akan sediakan CINTA yang terbaik untuk kita..)

bila cinta tak mampu dinilai dengan harganya yang sebenarnya, maka lahirlah anak-anak tak beribu tak berbapa.. 
bila cinta gagal dinilai dengan harga sebenarnya, maka makin ramailah yang mencabut nyawa sendiri sebelum waktunya..
bila cinta dinilai dengan harga yang salah, maka cinta bukan lagi indah tapi penuh noda..

wallahualam~

out dulu..

(^_^)

:: PrEsEnTiNg My TwO bLoGgEr MaTEs HeRe iN NeW ZeALaNd ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


heyya again..
entri kali ni just nak kenalkan kawan-kawan je.. sebab ade request kot.. 


presenting :

Fatin Aliyya and Addy Fitri


sebelum pape, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk encik Addy.. semoga panjang umur dan dimurahkaN rezeki ye (^_^) may Allah bless you always.


NOW.. MEMPERKENALKAN




NUR FATIN ALIYYA BINTI AZIZAN
saya panggil dia yaya.. kami mula kenal masa mula-mula masuk IPGM dulu.. almost 3 tahun dah.. she is a blogger since Febuary 2009.. kire dia senior sayalah dalam blogging ni.. senpai yaya~ blog dia sempoi je.. nak tau lebih lanjut just klik header kat atas ni ye.. (^_^)


next,


MUHAMAD FITRI BIN AHMAD
yang ni lagi senior.. a blogger since June 2008.. wah~ lame dah.. baru ceq tau.. anyway, fitri / addy ni pun saya start kenal masa dekat IPGM.. kalau tak kenal dia mesti orang kata dia sombong + kerek + tah pape tah.. tapi, trust me.. dia baik orangnya.. kena kenal dulu baru tahulah ye.. so, seperti juga yaya, just klik header addy untuk terus ke blog beliau.


P/S : diorang ni nampak sesuai kan bersama? huhu~
(^_^)
itu jelah ye, lepas ni, hampa kena review cik nurussalwa pulak okie =) hehe~


have a nice day all


peace & out~

Monday, April 18, 2011

:: AnUGeRaH KeCeMeRLaNgAn : KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


hyepp (^_^)
seperti yang dijanjikan..
ini adalah pengumuman pemenang bagi :: KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH ::
secara jujurnya, persaingan sangatlah sengit.. masing-masing ada cerita yang tersendiri.. rasa macam nak bagi semua menang.. tapi, nak bagi hadiah kat semua memang saya tak berkemampuan.. maaf ye..

pape pun, ini senarai pemenang kontest ni :




penerima poskad :







~~

kepada para pemenang, sila e-mail saya untuk memberi detail kalian..

nurussalwa.hilmi@gmail.com

~~

terima kasih di atas penyertaan semua, saya rasa amat terharu.. maaf tak dapat provides hadiah untuk semua.. tapi, untuk setiap penyertaan saya ade sediakan 
::SIJIL PENGHARGAAN::
sudi-sudilah ambik ye..
terima kasih sekali lagi..

award untuk semua

~~

sekian~