....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
gadis-gadis manis di luar sana.. ini.. untuk anda.. ikhlas dari hati seorang gadis kurang gula
(cik nurussalwa).
saudariku,
korang mesti pernah membaca atau came across blogs yang menegur cara bertudung and menutup aurat.. kan? saya selalu sangat terjumpa blog dengan entri-entri teguran ni.. dan.. hampir semuanya ditulis oleh wakil dari golongan Adam.
sisters,
secara jujurnyalah.. apa perasaan korang dengan teguran-teguran ni? berdasarkan komen yang saya baca dari blog-blog terlibat, ada yang menerima..tapi tak kurang jugak yang melenting dan marah.. kenapa?
sayang-sayang sekalian,
mereka menegur kerana mereka SAYANG.. mereka juga saudara kita.. mereka risau, mereka ambil berat.. hukum Allah itu bukan mainan kan? sama seperti menyelamatkan orang yang lemas, mahupun menolong orang yang kehausan, itulah yang sedang mereka cuba lakukan.. tak salah.. maka jangan marah.. tapi, cuba tengok diri kita.. dan fikirkan soalan ni..
:: SwEeT GiRLs, KeNaPa KiTa BeRTuDuNg? ::
kenapa?
kerana mak suruh? ayah suruh? ustazah suruh? ikut majoriti? mengikut fesyen semasa? atau..
kerana MENJALANKAN SURUHAN AGAMA? dan KERANA ALLAH?
my girls,
korang mesti pernah dengar hikmahnya ALLAH suruh kita bertudung dan melabuhkannya kan?
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).
dulu masa kat sekolah, ustad saya pernah bertanya kepada para pelajar lelaki sewaktu dalam kuliah maghrib.
ustad : yang mana satu akan korang ganggu, perempuan yang bertudung sempurna, atau yang menunjukkan aurat mereka?
korang mesti tau jawapannya kan? yep.. true.. those without proper hijab are prone to be disturbed by them.
adakah untuk mendapatkan perhatian kaum mereka maka ramai gadis-gadis manis mengetepikan hukum yang satu ini? tanya diri masing-masing saudari-saudariku..
gadis cantik sekalian,
lelaki mempunyai hanya 1 nafsu.. korang pasti tahu apa yang saya maksudkan.. setiap apa yang ada pada perempuan, tak kira rupa, badan, suara mahupun tingkah laku kita, mampu menjadikan nafsu yang satu itu tak tentu hala.. korang faham maksudnya?
mereka tersiksa diasak dengan apa yang wanita lakukan.. lelaki yang baik berperang dengan nafsu masing-masing.. NAMUN!! ada juga yang kecundang.. makanya berlakulah perbuatan keji yang dibenci setiap wanita.. malah dibenci oleh setiap manusia normal yang lain..saya tak sanggup untuk menyebut apa.. saya yakin anda memahaminya..
lalu, siapa yang salah?
wahai puteri-puteri Islam,
saya juga gadis biasa yang pernah lalai tentang isu ini. yang pernah tolak tepi kepentingan syariat ini. tapi. akan sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri.. betul kan?
hari ini, masih ramai yang tak tahu dan buat-buat tak tahu tentang pemakaian dan penjagaan aurat yang sempurna..
saya sendiri masih bertatih mencari ruang kesempurnaan dalam mengerjakan syariat ini.. setiap hari mengingatkan diri..
"betul dah ke pakai macam ni nurussalwa?"
sisters,
kalau ketika ini kita masih tidak menyempurnakan syariat ini, tolonglah ambil masa untuk berfikir sejenak.. KENAPA SEBENARNYA KITA BERTUDUNG..
saya juga menegur kerana saya SAYANG anda dan diri saya sendiri..
saya tak mahu lagi ada teguran kasar dari sanubari lelaki untuk gadis-gadis macam saya..
kasar..tetapi benar..
maka, mari kita buang rasa sakit mereka, agar hilang kekasaran itu..
kita yang salah..maka kita betulkan..
bolehkan saudari-saudariku?
(^_^)
wallahualam~
p/s : maaf jika ada tulisan ini yang mengguris mana-mana pihak..
KHAS BUAT GADIS-GADIS CANTIK, PUTERI-PUTERI ISLAM dari gadis kurang gula.
-cik nurussalwa-
out~
22 comments:
yg pakai bju longgar2,tudung labuh semua ni kadang2 nk tegur mereka pon segan, jauh sekali nak kacau.. :)
terima kasih wawa untuk teguran tu.best sgt bila disayangi kerana Allah.teguran diberi bagi mendekatkan diri kita kepada Allah.Insyaallah...
=) sy kenal awk..
sifat manusia slalu salah tafsir bila diajak kepada kebaikan... tapi yang tak eeelok tu slalu nampak indah
Tulisan yang telus dan jujur .. Akak suka ... ;)
Zaman sekarang ni majoriti perempuan bertudung cuma nak nampak cantik semata ... Bukannye KERANA ALLAH ... Tu yang payah tu ... Hmmmm ...
gadis pakai tudung labuh memang nampak comel n sejuk mata.
nice entry dear
InsyaALLAH.dr masa ke masa, Suya nk cuba betulkan diri suya.. Mungkin tidak mendadak tapi insyaALLAH, akan terus mencuba mencari hidayah yang Satu
bagus entri ni.. penuh dengan nasihat kat sini.. yang paling bagus, entri ni adil.. x salahkan lelaki semata mata.. =)
setuju dgn k r.. entry ni iklas.. dan buat yang berkenaaan.. sama renungkan.. terima kasih dear..
JOM KE: ALL IN ONE
agree this post..suka...
suak entry ni... :)
yang bertudung labuh, berbaju longgar manis aje...
nak pggil wawa boleh?
hehehe Suya suka blog ni..
blog ilmu kan.. hehehe blog suya tu blog suka suki.. ngeh3.. ilmu yang menjurus ke arah yang baik.. Mana tahu terlekat untuk dipraktikkan.. Tidak hari ni, mugkin esok.. jadi, lekat gak pahala kat tuan blog.. :)
kenapa ramai golongan adam macam aku yang menegur?
betul, sebab kitorang care...
tempat aku study nih, semua pompuan bertudung, tapi yang takleh tahan tuh ialah?
bermacam2 pesen. Ade yang transparent, ikat sana, ikata sini, nampak leher, nampak dada, nampak rambut, nampak sanggul, macam2 lah!
setuju ngan saudari, kitorang tegur sebab kitorang care.
salam kenal...
selalu fikir pompuan tudung labuh ni jenis skema, tapi ada gak yang kepala gila2...
nice entry dear...amani suka snagat
Assalamu'alaikum cik nurussalwa
Saya jadi teringat ustaz ada mengatakan bahawa di hadapan kita banyak takdir. Kitalah yang disuruh Allah membuat pilihan, bila kita dah pilih Allah mempermudahkan.
Dalam ayat 4 hingga 10 surah al-Lail Allah berfirman:Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. (4) Jelasnya: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya); (5) Serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, (6) Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga). (7) Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya; (8) Serta dia mendustakan perkara yang baik, (9) Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan; (10) Surah al-Lail [92] ayat 4 hingga 10, maksudnya bila kita pilih yang baik atau yang tak baik semuanya Allah mempermudahkan."Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu! (As-Saffaat [37] : 96)
Jadi hendaknya kita ikut apa yang Allah suruh yang pastinya untuk kebaikan kita juga.
mesti ada sebab kenapa mengapa perlu bertudung :) bagi saya ibu bapa yang main peranan sejak anak2 kecil
tu sbb sy wonder knapa yg menegur tu byk nye dr kaum adam.. takkan kaum hawa xsedar bnda ni.. tp entri ni cukup baik utk menyedarkan kaum hawa sendiri.. hehe
entri yang bagus. teguran yang sebaik2 teguran.
dulu di tempat saya belajar, ada beberapa wanita yang tak bertudung,berpakaian ketat. then ada sekumpulan lelaki tegur dari jauh. diorang cakap, "kakak2,pakailah tudung. tak malu ke tunjuk semua tu?"..itu menunjukkan lelaki tu ambil berat
yup..
sy ske entry ni..
sedang berusaha untuk berubah kepada yang lebey baik.
;)
entry yang bagus..blog yg plu di jenguk jengah sentiasa..penuh sgn ilmu...=).. pelbagai teguran di beri oleh kaum adam...mmg benar apa di kata... tapi bagai yg ttulis... wanita ini ibarat tulang rusuk..yg rapuh.. jadi teguran perlu diberi secara halus..=).. tguran yg kasar...yg mhina2...yg cuba mpermainkan.. anak kecil pun xdpt mnerima..inikan plu yg sudah tinggi egonya...=)..
salam..jenguk jengah di sni..=)
wanita hari ni perlu berhati-hati dengan Feminisme...
perlu.. perlu.. perlu... dan PERLU!!
hukum Allah jangan pertikaikan.. Jangan sekali-kali....
Post a Comment