Saturday, March 5, 2011

NZ episodes (Ep.4 : SoLaT iTu WaJiB diTuNaIKaN)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
السلام عليكم
❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♥☼♥ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤

sejuk betul cuaca harini.. pasang heater pun mcm tak membantu..
(-__-")
hopefully my body will get used to this coldness before winter datang menjenguk..
adoi~


~~~~

Dari Anas r.a katanya: Nabi Muhammad SAW telah bersabda : 
"(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja)"
maka Allah SWT berfirman: 
"Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti..."

(^_^)

NZ episodes (Ep.4 : SoLaT iTu WaJiB diTuNaIKaN)

New Zealand atau lebih specific, Wellington bukan macam Malaysia yang senang sangat nak carik tempat beribadah, maksud saya SURAU ataupun MASJID. kalau church tu banyak la jugak..walau apa pun, solat tetap wajib untuk didirikan..

di kapiti coast
*mereka sedang menunaikan solat Zohor*

itulah situasinya kalau kami berjalan-jalan.. solat saja dimana-mana yang boleh.. ambil wuduk, bentangkan kain, shawl, atau apa-apa yang sesuai dan tunaikanlah kewajipan masing-masing.

pada mulanya mungkin agak kekok, tapi, yang WAJIB tetap WAJIB.

(^_^)

p/s : sudahkah anda menunaikan kewajipan anda??

out~

4 comments:

Cik Sha said...

betul tu cik..
kecuali bg yg uzur..
:)

Unknown said...

Assalamualaikum...nice entry..
solat juga dapat menhindarkan kita dari membuat perkara keji dan mungkar...yang wajib tetap wajib, dari dulu kini dan selamanya..
:)

terokai seni said...

moga jadi syiar dan dakwah bil hal untuk orang kat sana

Aida Tamrim said...

Pilihan ditangan masing2 kan...Kalau nak seribu daya... ;)