....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
Bila hati membuat tafsiran,
yang didorong minda yang khilaf,
terciptalah makna palsu,
dalam menilai segala sesuatu,
tika takdir menghalangi kehendak,
yang terucap bukanlah kata yang sahih,
yang termuntah hanya kata yang pincang,
yang berbuar pelbagai rasa dibakar nafsu amarah..
hai insan bernama manusia!
takdir itu ketentuan-NYA yang Esa,
mempersoalkan bukan hak engkau,
menyalahkan ketetapan-NYA apatah lagi.
pernah kau dengar tentang sang hati?
hati yang pandai melihat?
yang bijak menilai?
punya siapa hati yang demikian?
ada insan yang mengenal Redha,
hatinya tulus menerima takdirnya,
melihat segala dari hati,
yang faham akan keindahan hikmah Allah,
hati itu ikhlas,
merasa tenang pada setiap denyut nadi,
meyerah seluruhnya pada-NYA,
yang maha mengetahui,
sehalus ketentuan-NYA,
DIA menetapkan yang sebaik-baiknya buatmu,
DIA tahu.
kita?
nilailah sendiri..
7 comments:
Bismillah..
AsSalamu'alaykum..
ukhty, menarik!
teruskn menulis...karya yang dpt melukis gurat suntikan kesedaran di sudut qalbu~ (=
dalam diri manusia ada seketul daging yang kalau ia baik maka baik le seluruhnya kalau jahat jahat le seluruhnya, ketahuilah itulah hati
zahrah : w'salam.. terima kasih, Alhamdulillah.. insyaAllah selagi mampu sy akan teruskan..=)
cemomoi : true.. =)
salam
terima kasih atas perkongsian ingatan ini. semoga Allah merahmatimu. Teruskan berdakwah.
Salam Ramadhan
aniza : salam kembali.. sama2.. InsyaAllah.. semoga Allah merahmatimu jgk.. =)
salam ramadhan.
awk..
sgt menarik!
t boleh deklamasikan k..
al_hakim : masyeh ye.. =) nanti dah pandai mendeklamasi sjk, sy cube k..
Post a Comment