Saturday, August 21, 2010

:: I am glaD tHat iT doEsN't hUrT mE bAdLy ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

sepatutnya sekarang ni masa mengerjakan asemen, tapi.. cik idea mai bertandang pulak.. tetamu kan, kene la layan bebaek..kang tak datang dah parah la pulak..huhu~ 

"there is unspoken voice inside my head telling me to stop. there are words strenghtening the claim. but still. there isn't courage to do so". (Nurussalwa, 2010)

aku tak mahu menjadi si buta dalam terang,
menjadi si tuli dipekakkan telinga,
menjadi si bisu sedangku bicara,
wahai diri,
terlakar jelas buat tatapanmu,
kaburkah? tidak.
suara itu halus berbisik di lubuk sanubari,
halus tetapi jelas menghembus hikmah kata,
samarkah kedengaran? tidak.
bicara terluah lemah sahaja,
hampir bisu.
bicaramu benar wahai diri,
tetapi rapuh tanpa tunjang sokongan.
mencari kekuatan?
alasan lidahmu!
helah minda mendusta hati!
beratkah? beratkah? beratkah?
cukuplah menipu diri,
kau mahu menjadi itu?
atau ini?
pilihannya jelas.
jalannya?
terbentang luas.
sang Pemilik dirimu ada bersama.
jadi,
pilihlah...
sakit itu pasti ada, 
namun tak terasa kerana DIA ada bersama..

nurussalwa hilmi
1:53 AM
 22 ogos 2010

6 comments:

adrinaqamarina said...

mendalamnye maksud akak

Puan Nurussalwa said...

rina : hehe~ adelah sikit..

Fatin Aliyya said...

menusuk kholbu nyer wawa....

tp i like.

keep up gud work.:)

Puan Nurussalwa said...

yaya : hehe~ masyeh.. aku tau BM komunikasi aku mmg teruk.. tp kalo satera ok kot kan? hihik~ ;P

al_hakim said...

nape la kan..
buat yg terbek ye..

Puan Nurussalwa said...

al_hakim : ye2.. bek.! =)