Friday, July 15, 2011

:: SUCI KE CINTA KITA NI AWAK? ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

KALAU TAJUK ADA PERKATAAN 'CINTA' MESTI KORANG SUKA KAN?

jangan nak berdalih lagi.. :P

ok, jom la baca pasal cinta-cinta ni..

~~~

:: SUCI KE CINTA KITA NI AWAK? ::

awak,
suci ke cinta kita ni awak? 
saya kata saya sayang awak, tapi kenapa saya sanggup jadi punca fitnah bagi awak?
saya kata saya cinta awak, tapi kenapa saya sanggup jadi punca kelalaian awak?

awak,
suci ke cinta kita ni awak?
semalam saya menangis sebab saya sesal ade mengguris hati awak, tapi saya tak pernah menangis mengenang dosa saya padaNYA..
haritu, saya sungguh-sungguh mintak maaf kat awak sebab saya lambat jawab mesej awak, tapi.. saya tak pernah rasa bersalah terlewat tunaikan solat lima waktu saya..
and, and, ade sekali tu.. awak bagi saya surat.. sweet sangat, tak puas saya baca.. tapi.. Al-Quran yang penuh dengan surat-surat cinta dariNYA?? jarang saya baca..
hmm~

awak,
suci ke cinta kita ni awak?
awak, cinta yang suci itu adalah cinta kerana ALLAH kan awak?
Allah suruh kita buat apa sebenarnya ye?
ada ke DIA suruh kita bersayang-sayang sebelum sah ikatan kita? ada ke DIA suruh kita sms-sms sampai lewat malam awak? ade ke jugak, DIA suruh kita buang masa buat benda-benda lagho yang kita pernah buat sama-sama tu?
hmmmm~

awak,
tahu apa islam ajar tentang cinta?
rasa cinta itu fitrah, sure it is.. semua orang rasa.. and ofcuz la sebagai manusia biasa kita rasa jugak..
islam tak ajar kita 'membunuh' fitrah tu.. tapi islam ajar kita 'megawalnya'..

awak,
suci ke cinta kita ni awak?
berdasarkan apa yang saya buat.. saya rasa saya dah menentang arus dah ni..
saya nak patah balik la.. ikut flow yang betul.. awak nak ikut saya tak?


senang je awak, macam ni:
selagi saya tak sedia untuk menjadi suri bagi sebuah rumahtangga, dan selagi awak tak sedia untuk melafazkan akad yang menyatukan cinta, elok rasanya kita cuba memupuk and meningkatkan rasa CINTA kita pada PENCIPTA CINTA itu sendiri.. kalau panjang jodoh kita, insyaAllah ada la tu nanti kan?


orang kata.. kalau dah jodoh, terpisah beribu batu pun pasti akan disatukan kembali.. kalau dah tak jodoh? haa.. bercintalah 10 tahun pun tetap bukan jodoh kita..

sesungguhnya Allah yang maha mengetahui..

selagi belum tersingkap siapa jodoh kita yang sebenarnya, saya biarkan awak dalam jagaan ALLAH.. saya pasti DIA akan sentiasa jaga awak.. sama macam saya percaya DIA akan sentiasa jaga saya..

take care.

Assalamualaikum.

~~~

p/s : tadi nak tulis benda lain, lain yang jadi.. hehe~ anyway, jom sucikan cinta kita yuk!

till next time,
see you!

out~



6 comments:

senyumSOYA said...

yup..!! jom sucikan cinta.. insyaALLAH

Syaza said...

suka sangat. seriously suka.:'))

Fasihah Supian said...

love to read this entry ;)

till then..

pens off~

RuMaH TuA said...

bermakna.

cik marikh said...

ini yg sepatutnyaaa..luv this entry..

Faizal Ismail said...

habat !
syukran....