....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
dari mana datangnya madu ye?
'MADU' dalam soalan di atas tidak ada kena mengena dengan poligami ye.. so jawapan seperti suruh suami kawen lagi satu adalah tidak diterima sama sekali.
nampak tak lebah tu? kecik je kan? agaknyalah.. senang ke nak kumpul madu sampai cukup sebalang macam...
ni :
obviously susah.. kan?
~~~
macam tulah jugak dengan kita dan kehidupan kita.. untuk mendapatkan 'kemanisan' dalam hidup ini bukanlah sesuatu yang mudah.. nak senang pun tak mudah juga.. kalau hendakkan syurga? for sure juga tidak mudah..
jalannya pasti penuh dengan liku-liku duka.. dugaan dan juga ujian..
tapi.. bagi sekeping hati yang yakin pada janji manisnya balasan dari Allah.. yang jerih dan pedih itu tak terasa menyiksa tapi terasa nikmat dicurah rahmat..
mujahadah itukan pahit.. pahitnya adalah kerana syurga itu manis..
#mujahadah : jihad melawan hawa nafsu
(^_^)
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud :
Allah berfirman : “ Aku telah mempersiapakan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga yang belum mendengar dan tidak terdetik di dalam hati manusia.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
kalau nak rasa indah dan manisnya syurga, bersedialah serta redhalah menempuh pahit dan peritnya perjuangan menjadi seorang khalifah dan juga ahli ibadah..
jangan ingat nak seronok and enjoy kat dunia je ye.. renung-renungkan~
ingatan ini lebih kepada untuk diri sendiri yang selalu je leka dan lupa..
jom berusaha bermujahadah sama-sama yuk!
ingatan ini lebih kepada untuk diri sendiri yang selalu je leka dan lupa..
jom berusaha bermujahadah sama-sama yuk!
out~
3 comments:
madu mmg manis x terkata .
kalah smue kemanisan .
tpi manis2 hidup pown mesti ade kepahitan kan :)
Manis tak kurma ini? :P
terkesan :)
Post a Comment