Wednesday, July 13, 2011

:: APA YANG ADA DALAM BEG TU? ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

:: APA YANG ADA DALAM BEG TU? ::


kalau saya cakap dalam beg ni hanya ada sampah, dan beg ini dibawa untuk berkelah di sebuah taman yang sangat indah, korang rasa sesuai tak?

sesuai?

oh my, langsung tak sesuai ok!

if sampah, rasanya elok kita bawak ke tempat pembakaran sampah.

jadi, apa yang sesuai? 

i will say, some good foods and drinks atau lebih mudah bekalan.

~~~

begitulah juga kita dan 'beg' AMALAN kita.. 'taman' yang kita tuju adalah sebuah taman indah bernama SYURGA.. bukannya 'tempat pembakaran' yang orang sebut sebagai NERAKA. 
jadi, apa yang kita nak bawak dalam beg tu?

'sampah' DOSA dan NODA?

atau

'bekalan' PAHALA dan REDHA ALLAH?

~~~


Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud :
“ Allah berfirman : “ Aku telah mempersiapakan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga yang belum mendengar dan tidak terdetik di dalam hati manusia.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

"Dunia ini hanya persinggahan,
mengapa tidak kita banyakkan bekalan meneruskan perjalanan?
kerana kita cuma hanya ada satu persinggahan,
sebelum kembali ke alam akhirat yang kekal abadi.."

fikir-fikirkanlah ye..

~~~

out~



1 comment:

hananotgojes said...

subhanallah. banyaknya dosa kitaaa selama kita hidup ni :(