Saturday, May 8, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ HaKiKaT bAhAgiA Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

....بسم الله الرحمن الرحيم 

-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

Hakikat Bahagia

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia
itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia
itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia
itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah

Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya
bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti

Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki 
 
 .......................˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙.......................
 
Hati, 
sesungguhnya hanya Allah yang patut kau ingati..
lakukanlah segalanya ikhlas kerana-NYA.. DIA yang maha Pengasih.. maha Penyayang..
mencari bahagia itu bermula dari ketenangan mu wahai hati..
ya Allah ya Tuhanku..
ku pohon agar Kau pelihara hati2 kami.. bantulah pemilik2 hati ini mencapai bahagia yang hakiki.. hanya pada-MU kami sandarkan harapan..
Amin~


2 comments:

محمد فردوس سعد said...

pelihara hati inshaAllah terpelihara diri..

syukron atas award yg diberi tu..nnt ade masa ana amek =)

cemomoi said...

ala bizikrillahi tatmainnal qulub