Wednesday, May 19, 2010

::CriEs,MeNanGiS::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

ting, tong..(◕‿◕✿)
hehe~ ape kabo sume? hm~ perasan x gaya nulih sy ni dh berubah sikit? makin selesa dgn blogging n korg ni.. hm..nak cite ape ye harini.. jom bercerita pasal..pasal..erm.. *uit cik kotak hati, eh salah seru, uit cik kotak fikiran.. bg idea meh.. xde idea ni..* wah~ entri apakah yg penuh dgn merapu ni cik nurussalwa??
haha~ ye la.. bnyk sgt dh tu..cukup2.. entri ni berkisar tentang menangis..
sape suke nanges sini? sila angkat tangan.. *mmg mcm cikgu ni*.. huhu~
okei dokei.. jom la ke tajuk kite pade hari ini.. iaitu ape anak2??? ye betul tu.. MENANGIS..
jap2.. sebelum ke isi utama..sy nak cite dulu la.. hehe~ sy ni seorang yg suke sgt nanges.. hu~hu~hu~
nanges mmg menenangkan bg sy.. bg korg cmne? nanges ni ade bnyk jenis.. ade jgk bnyk sebab..and org perempuan dgn nanges ni mmg sinonim la.. xya cite pon ramai yg tau kan..kan..kan..

okies, ni la sebenarnye isi utama entri ni.. thanx tu saudara Afif yang menghanto msj ni kat FB sye pgi td.. syukran2.. so, nk la kongsi ngan u all kat cni.. jom bace jom.. (.◕‿◕.)

10 jenis tangisan Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangis:

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8 ) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : 
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:

◕ Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
◕ Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
◕ Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .
◕ Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
◕ Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda :
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan 
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi) 

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

 
                                                                                                     
so, itulah sikit dri sy.. (panjang ke? hehe~ xpon kan..) ase mesti ade yg pernah bace..tp, sharing is caring kan.. sy post ni sbb sy care kat korg la ni.. (◕‿◕✿) hehe~ so, jom simpan tangis kite ni untuk yg d tuntut je.. kurang2kan nanges2 x bermakne ye.. hu~ okies.. cukup la tu.. panjang semacam jek.. (◕‿◕✿)
*peace, out*

7 comments:

cemomoi said...

uwaaa nak nangis nih... baru tau dah beberapa kali aku nangis sesia dan beberapa kali jugak nangis yang berharga... uwaaa

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
betul2, gaya penulisan sis makin mantap sekarang..c0ngratz! ;)
syukran atas perk0ngsian yer..banyak juga perkara baru dapat tahu, seperti 10 jenis tangis seperti disebut Ibnu Qayyim.. patut la selalu jg lelaki menangis kan, banyak sebab rupenya..hehe

p/s: sis tak bercadang nak buat p0pup wind0w ke utk ruangan k0men nie? lebih mesra pGguna rasanya..huhu

manna_salwa said...

cemomoi :
ye..nanges la.. uu~

senpai azrai:
salam kembali.. time kaseh2.. :)
sesame.. selalu nanges jgk? bley join sy nanges eh.. uuu~

thanx utk idea popup window ni.. :)
sy pon tatau sbnrnye..hehe~
xie xie.. masyeh.. tQ..

محمد فردوس سعد said...

salam..

masih mencari2 air mata untuk keinsafan dan kehinaan diri..

peringatan ni macam terkena kt diri ana je..huhu, menangis sebab sia2, sbb tgk citer..tp bukan hindustan la..kehkehkeh..

trimas sbb share entri ni :)

p/s : cikgu salwa dh abis exam? moga natijahnya sukses ya..tp opsyen ape ni ye? sem brp?

manna_salwa said...

ustadz firdaus :
same2 kite try nanges bermakne, n kurangkan nanges sia2.. sy ni lg nanges xkire situasi..huu~

same2.. :)

Amin~ insyaAllah.. tQ.. :)
sy TESOL.. tahun pertama sem 1.. :)

mengenaldiri said...

salam..
wah, sudah mantap penulisan tuan rumah ni..
alhamdulillah, teruskan perjuangan..
bagus entri ni..
sebelum ni tak tahu pun..
syukran ye..
=)

manna_salwa said...

natasha :
salam kembali, Alhamdulillah terima kasih.. :)
same2 la kite ye.. :)

same2, mari la kite ingt-mengingt ye.. :)