....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
PERHATIAN!
ini bukan tipu-tipu..
ini benar.. tiada yang benar melainkan hanya yang benar!
paling penting! dijamin halal dan mustajab..
nak tahu?
jom baca sampai habis~
~~~
ingin menjadi muda sentiasa? sihat? kaya? dan yang paling best hidup selamanya?
taipkan on errrrrrr~ opss~ ini bukan iklan!
eh..
kalau bukan iklan produk kecantikan dan kesihatan ataupun promosi MLM, apakah ini?
sebenarnya..
saya nak perkenalkan satu perniagaan yang best untuk anda semua..
apa dia?
tinggalkan keseronokan dunia, dan kejarlah akhirat sana.
kenapa?
sebab orang yang tinggal di syurga itu hidupnya kaya raya, tinggal dalam mahligai indah permata, awet muda dan cantik serta kacak sentiasa.. dan kehidupan dunia ini bukanlah apa-apa melainan hanya permainan dan senda gurau..
Firman Allah swt :
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. Berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan daripada Rab (Tuhan) kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan para rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." [Al-Hadid : 20 & 21]
sekarang, saya nak ajak kita semua reflect diri sendiri (termasuk yang sedang bizi menaip entri ini);
renungkanlah soalan ini "layakkah kita menempah diri di tempat istimewa para syuhada ni?"
"sudah cukupkah amal yang kita buat selama ni?"
"berapa ramaikah orang yang kita bantu selama hidup ni?"
"baikkah kita pada ibu bapa dan orang-orang disekeliling kita?"
"berapa banyak kuntuman senyuman yang pernah kita mekarkan? diwajah kita, dan diwajah mereka orang-orang disekitar kita?"
"berapa ramaikah pula orang yang tertarik pada islam bila melihat kita?"
"tertegakkah sudah kalimah أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ di atas titik peluh usaha dakwah seorang khalifah iaitu diri kita?"
err~ berat-berat~
memang la berat.. ingat nak masuk syurga tu senang ke? ni haa.. nak dapat mai study oversea ni pun sikit punya sakit laaa aii study.. padahal study oversea je pun, bukannya duduk bahagia macam dalam syurga nuh..
so, done reflecting girls and guys?
now, lets us start to be a better person ok?
esok belum tentu ada untuk kita..
jadi bila lagi nak menjadi hambaNYA yang benar-benar menjalankan tugas seorang hamba? kerna kelak kembalinya kita adalah kepadaNYA..
persoalannya adakah kita akan kaya, awet muda dan bahagia dalam abadi disana? atau menderita pedih dalam siksa?
renung-renungkan dan selamat beramal!
(^_^)
~~~
p/s : meniggalkan keseronokan dunia itu bukannya apa-apa andai akhirat yang menjadi matlamat kita.. pujangga berkata "kejarlah akhirat dan dunia akan melutut dikakimu".. in short, akhirat insyaAllah dapat, dunia insyaAllah settle.
out!
5 comments:
THANKS mengingatkan sy..
ye betul2.tazkirah yang bermanfaat pepagi hari ni :) sy doakan keberkatan sentiasa mengiringi awak insyaAllah :)
Assalamu'alaikum...silaturahmi sahabat dan mengucap Selamat Hari Raya Idul Fitri 1432 H.Mohon Maaf Lahir dan Batin
sempoi cara penulisan, good job..pendekatan lain dlm berdakwah untuk memudahkan pembaca mehamaminya lbih mendalam..teruskan usaha anda..semoga dirahmati..
entri yg sgt berilmu..thanx ;)
salam perkenalan
Post a Comment