Friday, September 30, 2011

:: FRIENDSHIP FOREVER : kalau yang datang itu pergi.. mana 'forever'nya? ::

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


"friendship forever"
-
kita selalu dengar those two words being repeated, over and over again..


secara amnya kita semua mula mengenal term 'friendship' ni waktu kita sekolah dulu kan? ke ada yang lahir-lahir terus dah ber'friendship' dengan baby-baby lain kat katil sebelah korang? 
ade? kalau ada.. cool~


hmm..
semakin lama kita menempuh kehidupan.. sebenarnya semakin banyak kisah-kisah persahabatan yang kita lalui.. semakin ramai jugak orang yang bergelar 'kawan' yang masuk dan keluar dari kehidupan kita..


tapi.. kalau yang datang itu pergi.. di mana 'forever'nya?


berapa banyak air mata yang tumpah oleh sebab retaknya sebuah persahabatan? apa? korang ingat relationship yang buat orang menangis itu hanya percintaan ke? nehi nehi kabbi nehi.. 
ramai jugak yang menangis kerana persahabatan..


hari ini.. kali ini.. saya nak ajak semua yang baca entry ni untuk bersama-sama menyemai dan menjaga sebuah ikatan persahabatan supaya kekal selamanya..


supaya tercapai erti 'friendship forever' tu..

"dari mula kenal sampai ke daerah abadi.."



"UKHWAH FILLAH"


bagi yang tak tahu.. ukhwah ini sama la macam friendship yang selalu disebut-sebut kita tu.. cumanya yang ni 'up' sikit sebab.. segalanya hanya kerana Allah..


dalam ukhwah.. segalanya manis.. segalanya indah.. paling best.. SEGALANYA BERHIKMAH..


SALAH kita tak membuah apa pun selain dari kata NASIHAT..
JATUH kita tak akan sendiri kerana akan ada yang MENYOKONG..
KHILAF kita tak akan sia-sia kerana akan sentiasa menjadi IKTIBAR..
SEDIH kita tidak akan sendiri kerana akan selalu ada yang MEMUJUK..


itulah UKHWAH.. kita bukan hanya bersama saat SUKA, GEMBIRA dan dalam TAWA..


semuanya bukan tentang hanya perasaan dan pandangan kita.. tapi segalanya atas pandangan dan nilaian ALLAH pada kita..


kerana itu.. dalam ukhwah tiada tangisan kerana sakit hati.. (^_^)




Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


jom ubah 'friendship' kita kepada 'ukhwah'..


kalau kita boleh selalu happy sama-sama.. melagho sama-sama.. 
rasanya lagi bagus kalau kita boleh mengejar syurga bersama-sama..


yosh!

~~~


awak.. awak.. awak.. andai pernah kita berkawan.. tapi diri ini terlalu sering melukai dirimu.. maafkan saya.. saya hanya manusia biasa.. dan saat itu saya masih belum kenal erti persahabatan sebenar..


dan lagu ni.. untuk awak, awak yang pernah datang dan pergi dari hidup saya..




moga.. persahabatan yang pernah singgah antara kita tergolong dalam apa yang dikatakan ukhwah fillah..
insyaAllah, andai syurga itu milik kita.. moga persahabatan yang terbina kekal sampai ke daerah sana..


(^_^)




2 comments:

vampire and his lady said...

i have my bestfriend. sangat rindu dia.

nur Muhammad said...

salam ukhwah fillah,,..