Sunday, September 4, 2011

:: HIDUP NI MEMANG LA SIA-SIA.. ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-



hidup ini memanglah sia-sia~~




~~~


hidup ini adalah sia-sia.. andai kita rasa hidup hanyalah untuk bersenang lenang dan bersuka suka..


kita bukan hidup dalam dunia riang kanak-kanak.. kita bukannya robot yang hidup tanpa arah tujuan.. kita ada arah tuju..


tahu ke apa arah tuju hidup masing-masing ni?

graduate? jadi doktor? jadi jutawan? ye ea?

ce check balik.. betul ke itu tujuan hidup? kalau ye la.. tak rasa sia-sia ke?
lepas dapat semua tu? mati? then? habis la ea?

hidup ni hanya akan jadi bermakna dan tidak sia-sia bila..

kita tahu apa tujuan kita yang sebenar..
korang nak tahu?

mai saya tunjukkan k..

Allah berfirman (maksudnya): "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (Adz-Dzariyat : 56)

and. the other one.


Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.
“Sesungguhnya Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi….”
(Al- Baqarah : 30)

see..
kat sini saya highlightkan 2 tujuan hidup manusia.. 
1. sebagai ahli ibadah or abid.
2. sebagai khalifah.

(^_^)

bermaknanya hidup ini adalah bila kita mengerjakan 2 tugas ni dengan sebaik-baiknya.. balasannya?

luar dari fikiran kita..

Allah sebut : 
“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu pintu-pintunya telah sedia terbuka dan para penjaganya pun berkata kepada mereka: “Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! Maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” Dan mereka mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menduduki tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.” (Surah az-Zumar, 39: 73-74)






~~~


bila kita tahu tujuan hidup kita.. hidup tak akan jadi sia-sia..


takkan kita hanya hendak bahagia hidup senang lenang di dunia.. happy.. gelak ketawa.. bersuka ria hanya di dunia??


sedang hidup yang kekal abadi adalah di akhirat sana..


fikir-fikirkanlah..


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."
(QS Ali 'Imran, 3:14)


~~~


out~

2 comments:

Shorim Kasih said...

manusia leka apabila berada dipuncak dan apabila jatuh, keluh resah dan putus asa menjadi luahan hati, menganggap diri sudah hidup tiada tujuan.sdgkn itu hnya dugaan dr Maha Esa...

sarzli said...

betul la ape yg awak tulis,..kadang2 kite rase sunyi walaupon ade kwn2,harte kt keliling kite..sbb tu kite perlukan-NYA