....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
rasa macam dah lama tak menegur kaum adam ni..
boleh tak kalau nak cucuk sikit?
sila baca ni wahai lelaki-lelaki kacak-macho-hensem-cool segala..
p/s : jangan emo ok?
~~~
:: LELAKI TAK COOL KALAU.. ::
1. sanggup berjaga 2, 3 pagi demi football match bermacam piala and liga, tapi kalau untuk qiam itu setahun sekali pun tak ada gaya..
2. main game bersungguh tak kira masa, tapi kalau suruh bekerja untuk agama (berdakwah, berjihad) jadi malas habis semua..
3. melabur kat rokok hangus terbakar, akhirnya asap je yang merasa.. tapi kalau mintak sedekah membantu saudara yang merana, seringgit nak keluarkan pun rasa tersiksa..
4. suka kalau tengok perempuan cantik comel sexy segala, bukan ada usaha nak tegur pun kalau nampak sangat dah salah.. yang untuk buat calon isteri nak yang bertudung litup la pulak?
eh!
jangan melenting jangan melatah..
awak-awak yang hensem semua,
nak tanya..
pemuda harapan agamakah anda?
~~~
Impian Umar Al-khattab
Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”
Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”
‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”
Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”
jadi?
renung-renungkan ok?
p/s : yang perempuan pun sama, pemudi islam sebenarkah kita?
fikir-fikirkan ok? (^_^)
out~
11 comments:
w0w. sangat2 best~speechless terus
dah agak dah... kui3
susah woh nak cari lelaki yg betul2 dlm hati dia cinta Allah, cinta RA, cinta agama.. nak terus judge dari luaran yg tampak alim pon xbole juga..
tp perempuan laaaaagi trouble rasanya. ops. terasa kat diri sendiri sudaa~
nice entry.. semoga dapat jadi pemudi islam sebenar...
yang no 4 tu ade kasanova kat sekolah dulu penah ngaku gitu.
yang seksi meksi utk suka-suka jjek.
cari isteri nak yang tutup segala..adeh...
yes ! ur rite ! tapi kalau lelaki yg merokok , tapi bersedekah , haa . cane pulak .
aZua : baguslah kalau macam tu.. tapi.. yang saya nak ketengahkan juga tu, janganlah merokok yang dapatnya asap je.. dan asap tu makanan jin bukannya manusia. kita ni jin ke manusia ea? erk~
fikir2kanlah.
p/s : pemuda pemudi islam tu kena orangnya baik luar dan dalam, mengamalkan benar2 apa yang disuruh islam, dan meninggalkan larangannya..
membazir islam tak ajar, buang masa tak, mengikut nafsu pun tak..
plus, tau kan rokok tu haram? ehyeke haram?
think about that. ^_^
suka entry ni~
masing3 kena banyak muhasabah. jangan nak demand tinggi sangat kalau diri kita pon ada banyak lagi kena perbetul kan.
inshaALLAH sentiasa cuba memperbaiki diri..sama2 kita ingat-memperingati..satu entri dh buat sy untk follow anda..tq..
oo.. renung-renungkan..insaalah kita smua sling ingat mengingati :)
nice entry. pang. rasa terkena. tapi takpe la. :) entry yang bagus! thanks nasihat
hak3,,memang terkena la kat batang idung..
Post a Comment