Wednesday, July 27, 2011

:: WORDLESS WEDNESDAY #6 ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

:: THE GARDEN OF LOVE ::


~~~

dah join segmen?

~~~

out!


Sunday, July 24, 2011

:: INGIN LARI ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-
 
i just wanna share with u all a picture.
walaupun harini bukan hari wordless..

~~~


tak mahu hidup dalam angan-angan,
kalau bisa,
aku INGIN LARI..

~~~

maafkan entri emo ini..

huhuk~

dah jenguk and join segmen?


klik banner untuk maklumat lanjut.

~~~

out!


Saturday, July 23, 2011

:: RACUN YANG MANIS.. KORANG NAK? ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-


jap, racun rasa dia manis ke? erk~ sorry saya pun tak tahu sebab tak pernah try rasa lagi..
huhuk~



bottle of poison


~~~


:: RACUN YANG MANIS ::


manis sebuah dosa..
membunuh sejuta rasa..

fantasi palsu dunia..
indahnya hanya sementara..

jangan diminum racun noda..
kelak terhina dalam siksa..

~~~

p/s : ada kelapangan waktu? muhasabah diri bersama yuk? jom jenguk and join 
:: SEGMEN ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU ::

klik banner for more info 



tq~


Friday, July 22, 2011

:: SEGMEN : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

Blog The Garden of Love, Pilihan Hati dan juga Wardah Humairah ingin menganjurkan satu segmen sempena datangnya Ramadhan..

~~~

SEGMEN : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU







SYARAT:
1. . buat satu entri tentang perancangan anda untuk mengisi Ramadhan yang akan datang ini andai ia adalah RAMADHAN terakhir anda. sertakan juga bersama perubahan yang ingin anda capai di penghujung bulan Ramadhan sebagai penutup entri anda.
(format bebas)

2. publish dan letakkan link anda di entri ini
.


3. jangan lupa sertakan banner segmen di dalam entri anda.

4. Segmen ini bermula dari malam ini, iaitu 22 Julai 2011 bersamaan dengan 20 Sya’ban 1432H sehingga 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H.


Diharap setiap perancangan dalam entri anda akan dapat dilaksanakan dalam Ramadhan yang mendatang juga memberi manfaat kepada pembaca-pembaca yang lain.
Insya Allah.

pada penutup segmen ini, setiap link dari blog yang membuat penyertaan akan diterbitkan di ketiga-tiga blog penganjur iaitu PILIHAN HATI, WARDAH HUMAIRA, dan juga di THE GARDEN OF LOVE.

Manakala, entri terbaik, akan dipublishkan di ketiga-tiga blog penganjur..

bersegmen sambil muhasabah diri.

join yuk!

~~~

tq.






Tuesday, July 19, 2011

:: WORDLESS WEDNESDAY #5 ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-





:: WHAT TO WEAR TODAY?? ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

pergi kelas harini nak pakai baju ape ye..?
nak keluarlah jap lagi, pakai apa lawa ek?


~~~

apa yang korang fikirkan setiap kali memilih baju untuk dipakai ye?

kalau tanya saya..

cukuplah kemas.. dan menutup aurat..

berdirilah depan almari tu and fikir..

which baju will fit the dressing code in islam.. bukan baju apa yang 'fit' my tubuh badan ye..

~~~

sebenarnya, nak cantik tu tak salah.. tapi apa definisi cantik kita tu yang menentukan salah atau tak cara kita..

sesungguhnya pakaian yang islam anjurkan cukup cantik dan indah.. hanya kita yang paranoid takut dikata kolot..

kalau Allah murka tak takut ke?

~~~

tak ada siapa suruh kita sampai berpurdah berniqab ape semua.. 
cukuplah dengan berpakaian longgar menutup seluruh tubuh kecuali tapak tangan, dan bertudung menutup dada..

susah sangat ke?

kalau susah..

tunggu jelah orang tolong coverkan aurat kita ye..

bila?

ni teka-teki.. so jawablah sendiri..


:P

~~~


fikir-fikirkanlah..

out~




:: THE PEARL ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

pesanan before pergi lebih jauh : entri ni tiada kena mengena dengan novel BI form 5 tu ye..

so.. kalau bukan nak cerita pasal coyotito kene tembak apa yang cik nurussalwa nak cerita ni??

nak tahu?
baca jom!

~~~

saya sangat sukakan mutiara..

bukan nak kata saya ni materialistik, bukan in term of perhiasan yang saya maksudkan..

saya suka nature mutiara..
cantik..indah..berkilau..tapi..
terselindung dalam cengkerang tiram..nun jauh di dasar lautan yang dalam..

nak dapatkan sebutir mutiara tu, tak mudah macam nak dapatkan sebutir pasir pantai..
kene menyelam dalam-dalam dan itu pun belum tentu jugak akan dapat mutiara yang terbaik..

personally saya nak jadi macam tu jugak..
cantik and mahal tapi terselindung dan tersimpan.. dijaga rapi..

and guess what? islam makes me feel like a true pearl..

kenapa?

easy,
sebagaimana Allah memelihara sebutir mutiara di dasar lautan.. sebegitu jugalah Allah memelihara seorang muslimah..

Allah suruh kita tutup aurat.. jaga and pelihara baik-baik maruah kita.. 
sebab apa ye?
sebab kita semuanya Allah jadikan cantik.. dan juga mahal..

dan bukan mudah untuk melihat dan memiliki seorang muslimah.. hanya yang terbaik, yakni yang benar-benar berani untuk melafaz akad ikrar untuk menjaganya dengan baik dapat memilikinya..

itulah bagaimana Allah pelihara seorang muslimah..

Allah suruh tutup aurat bukan sebab Allah nak siksa kita.. tapi sebab Allah sangat sayangkan kita..

sama macam Allah pelihara mutiara di dasar lautan tu, makin lama ianya tersimpan, maka makin indahlah ia..

~~~

a sister once said :"buku yang kite sayang, kita balut cantik-cantik.... hadiah special nak bagi kat orang, kite balut lawa-lawa.. barang kemas yang mahal-mahal, kite simpan dalam kotak yang kukuh dan selamat... tapi, diri kite ni..? tak sayang ke?? tak special ke?? tak mahal ke??"

~~~

fikir-fikirkanlah..

jom kembali ke fitrah asal seorang wanita.. mahal dan terjaga rapi..

out~


Monday, July 18, 2011

:: AFTER A COLD WINTER ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

memandangkan dekat new zealand tengah winter.. saja la nak menulis tentang musim ni..

baca jom!

~~~

after a cold winter, spring will come with blooming flowers~

(^_^)

hari ini kita menangis.. ada yang kurang dalam kehidupan kita.. susah.. sukar.. pahit nak ditelan.. sakit untuk diluahkan.. 

sama macam musim sejuk yang dingin.. pokok-pokok semuanya layu.. haiwan dan unggas menghilang mencari hangat mentari.. kosong.. dingin penuh sayu..

tapi esok?

the cycle of life..

tak akan selamanya kita berada dalam musim dingin penuh pilu.. tak akan selamanya kita berada dalam pedih kesusahan diri.. pasti akan datang musim bunga yang ceria.. pasti akan menyusul hari-hari yang penuh bahagia..

itulah aturan sebuah kehidupan..

jadi,
kesedihan hari ini tidak bermakna keperitan hari esok..
insyaAllah, pasti akan datang juga kebahagiaan..

hidup ini.. ranjaunya penuh liku..
tangis dan tawa..

itu lumrah. tanpanya tak lengkaplah sebuah kehidupan INSAN BIASA..

tanpa melalui musim dingin.. tidak mungkin kita dapat merasa indahnya musim bunga..

tanpa kesedihan, kita tak mungkin menghargai manisnya sebuah kebahagiaan..


Allah knows best.

(^_^)


:: KENAPA YE SENYUMAN ITU SEDEKAH? ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-


Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : 
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" 
(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

(^_^)

:: KENAPA YE SENYUMAN ITU SEDEKAH? ::

cuba tengok muka orang yang senyum.. 
rasa apa ye?
ada rasa nak senyum jugak tak?
seronok kan tengok rupa orang yang senyum?

macam tulah jugak bila kita memberi sedekah kepada orang yang memerlukan.. pasti orang yang menerimanya akan merasa gembira dan senang hati.. 

sebab itulah 'senyuman itu satu sedekah'..

jadi..
muka tu jangan asyik nak masam mencuka je ye..

orang tengok pun rasa tension.. silap hari bulan orang tengah happy pun boleh rosak mood tengok muka korang..
hihi~

so, senyum sokmo la noo..

(^_^)

out with a smile on my face.
see ya!



Sunday, July 17, 2011

:: WHO'S IN THAT MIRROR? ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

korang mesti suka tengok cermin kan?
paling tak pun sehari sekali la korang mengadap cermin tu..

cube pergi tengok cermin tu sat.. pastu mai sambung baca balik ok..

macam mana?
cantik ke orang dalam cermin tu?
lawa? comel?
hensem and kacak tak?

ehem! cukup-cukup dengan riak tu ye..
hihi..

ok, lets get to business.


:: WHO'S IN THAT MIRROR? ::

siapa?

mestilah diri kita masing-masing kan?

tapi,

kita kenal tak orang dalam cermin tu dengan sebenar-benar kenal?

"saya kenal la, nama dia nurussalwa binti mohd hilmi"
etc.

erk~

haa.. betul la tu cik wa oi..

tapi!

ingatkah wahai diri.. yang engkau punya tuan?
punya Tuhan?

kenapa engkau diciptakan wahai diri?

firman Allah :
"Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku"
(Adz Dzariyat : 56)

jelas.. 

setiap hari kita pandang cermin.. tapi kita lupa siapa kita dan tujuan kita diciptakan..

so, mulai dari saat ini, sama-samalah kita beringat siapa kita.. setiap kali tengok cermin, ingatkanlah diri..

"nurussalwa @ (nama korang), engkau hanyalah hamba-NYA.. jadilah hamba yang patuh..beribadahlah kepada-NYA, itulah tujuannya engkau diciptakan.."

boleh kan?

ingat~

so, till the next entri.

out~