Thursday, December 26, 2013

Biarlah Rahsia

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

entahlah ini entry ke berapa untuk tahun ni, tapi yang hampir pasti, ini bakal jadi entry terakhir untuk tahun ni..

berakhir sudah 5 1/2 tahun pengajian ni peringkat ijazah..
alhamdulillah..

secara kasarnya, kalau nak di muhasabahkan tahun 2013 ini, terlalu banyak yang terjadi, terlalu banyak juga yang perlu diperbaiki.. namun, saya sangat pasti dan yakin bahawasanya segala sesuatu yang telah terjadi itu adalah berada kemas dalam perancangan Allah swt.. dan pasti adalah yang terbaik, dan ada hikmahnya..

apabila mengintai masa hadapan, yang masih belum pasti akan menjadi milik diri, timbul satu pengharapan mega dalam diri..

buat masa ini.. apa azamku..

biarlah rahsia..


:)



Saturday, September 28, 2013

Langkah PERTAMA yang Kedua

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

its been a while since the last time I shared something in this blog kan?
bukan senang sebenarnya nak menulis, lagi-lagi bila kita nak sampaikan sesuatu dari hati.
blog ni, blog melankolik, blog jiwang karat, sentimental, jadi, of course la menghadirkan hati itu sesuatu yang penting setiap kali nak menaip. tapi entahlah ke mana dah menghilang 'hati' itu.

telah tiba masanya untuk duduk sebentar dan beriman sejenak.
telah tiba masanya untuk lebih kerap ijlis bina nu'min sa'ah.
untuk selalu merenung diri, dan bermuhasabah.
untuk lebih mengingatkan hati tentang hakikat diri.

kita 2:30, kita 51:56.

(2:30 = khalifah; 51:56 = abid)

namun kehidupan dunia seringkali membuatkan kita lupa siapa sebenarnya kita.

merenung kembali saat mula diri disapa manisnya tarbiyyah; manis.. namun kemanisan bukanlah satu-satunya rasa yang ditawarkan oleh tarbiyyah, kadangkala rasanya akan menjadi sedikit pahit, kadangkala juga boleh menjadi terlalu pahit, dan ada masanya ia tawar tanpa rasa. memang..

tetapi, kenapakah kita berada atas jalan ini pada mulanya? adakah kerana manisnya tarbiyyah? atau kerana Allah semata? reflek pada diri. mungkin titik permulaan kita sudah salah sejak dari mula lagi. namun..

namun, tiada salahnya untuk kita refresh kembali niat, dan tak salah juga untuk kita memulakan kembali langkah pertama itu, all over again. kerana, yang lebih dasyat dari bermula kembali adalah mencair hilang dari perjuangan ini. 


coretan ini hasil muhasabah bersama akhwat fillah yang dicintai. kerana D&T di oversea hanya fantasi. kerana D&T di oversea hanya medan tamhidi. kerana itu, kita perlu memulakan segalanya kembali. sendiri. kerana tarbiyah dzatiyah itu yang bisa mengerakkan diri, membasahkan hati.

pilihan ditangan kita, untuk mujahadah, atau untuk tertapis rebah.

pilih.

Allah berfirman (maksudnya):"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (As-Syam 91:8-10)

wahai diri, 

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." (Al-Hadid : 16)

T__T

tolong ingatkan aku, doakan aku, kerana aku hanya manusia biasa yang sering terlupa.
Jazakumullahu khairan katheera.

sekian.


Saturday, August 17, 2013

Bermusim la sangat~

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


Sekarang ni musim petai ke?

Petai?

Entah, tapi balik kampong raya lepas, memang berlaukkan petai sokmo.

Eh.

Salam wbt dunia. After a while tak aktif dalam alam maya ini, cik nurussalwa kembali.
Cerita tentang musim. Sebenarnya tak ada niat pun nak cerita pasal petai mahupun durian. 

Saya nak ajak kita semua berfikir dan mungkin boleh kita bincangkan tentang isu ‘boikot bermusim’.

Boikot?

“lagi lagi boikot. Lagi, lagi boikot. Blergh.~! sekarang ni musim orang kena tembakla~”

Well hello. Yang Palestin, Syria, Mesir tu ‘lagi-lagi dibom, lagi-lagi diseksa, lagi-lagi ditindas, lagi-lagi mati, lagi-lagi dan lagi.’ Takmo di blergh kan?

Krik.krik.krik

Kita je rasa boikot ni bermusim sebab kita tak cakna isu ummat.
Kita je yang jadi pemboikot bermusim sebab kita ni tak berperikemanusiaan. Ops. Ok itu over.

Nisli – takde produk lain sebaiknya!
Mekdi – kalau tak makan ni, taktaulah nak makan apa lagi~ wuuu
Pi&Gee – syampoo dia je yang terbaik. Ter? Ok ter.
Kuka-kula – inilah sumber kebahagiaan sejati.  *open happiness*

Dan lain-lainnya. Kita ada je alasan kan?

Krik.krik.krik.

Saya just nak bagitahulah, boikot tu tak bermusim. Kita ni je yang lemau. Semangat tak tahan lama. Tak berprinsip. Ceroii. (kalau tak tahu maksud, sila abaikan).

Btw, ni ada video saya nak share. Khas untuk kita semua. Agak-agak lemau nanti, boleh view again and again ye ;)

*disclaimer: kalau tak faham sarcasm jangan tengok. buat gaduh je nanti.



*special thanks to encik Bamus, for sharing this video with me (he used to be a regular costumer of mekdi. tapi dah tak! if my very-konon-cool-la-tu-makan-mekdi-brother can do it, you can also do it.. insyaAllah :)

Gtg!

p/s : ampunkan dosaku wahai ummah, terminum nescafe tadi~~~ *nangis laju-laju*



Sunday, August 11, 2013

UKHWAH TU BUKAN YANG MANIS GULA JE TAHU?


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

bila sebut perkataan ukhwah apa yang terlintas dalam kepala kita?


"makanan enak?"

"berbulatan gembira bersama?"

"bermain bersama?"

"jaulah (trip)?"

"sekumpulan kakak-kakak bertudung labuh yang baik?"

err..

krik..krik..krik..

~

Ukhuwah Islamiyah ialah suatu ikatan yang mempunyai ciri-ciri berikut :


PERTAMA : Ia  adalah nikmat Allah swt
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."(QS Ali Imran : 103)


KEDUA : Umpama tali tasbih yang hanya diikat dengan taqwa
"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (QS Az Zukhruf : 67)


KETIGA : Merupakan kehendak Rabbani
"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (QS Al-Anfal : 63)
KEEMPAT : Merupakan cermin kekuatan iman
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (QS Al Hujuraat : 10)

sumber ]

~

ukhwah tu bukanlah benda yang sweet-sweet je.. bila pahit je semua lari dah tak ada ukhwah.. alahai.. sedihnya.. itu bukan ukhwah.. 


Tuesday, April 30, 2013

Langit


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


padaNya aku memohon,
dengan lirih doa seorang pendosa,
aku pingin jadi insan yang terjaga,
yang kukuh dengan apa yang aku percaya.

saat ini jatuhnya aku menyembah bumi,
sedang aku ingin sekali berada di langit,
ingin sekali aku terbang tinggi,
menyentuh awan menggapai impian.

aku hanya ingin kembali.
dunia, lepaskanlah aku pergi.


-nh-
30 April 2013
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah.


Thursday, April 25, 2013

Masalah Orang Perempuan (saya)


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

ada satu masalah kita orang perempuan ni yang menyebabkan kadang-kadang hidup kita ni miserable.

benda simple jadi compleks.

perkara kecik jadi besar.

yang tak patut terasa jadi terasa.

eh. ops.

ye. masalah ini berkait rapat dengan emosi dan perasaan.

kita ni (or kalau korang tidak begitu, hanya saya lah kan), suka assume things.

salah satu assumption yang sangat bahaya adalah,

kita (saya) assume orang faham kita (saya).

ini serius fatal. huhuk.


tak kiralah dalam apa-apa spesis hubungan sekali pun. 
dengan kawan-kawan, adik-beradik, mak ayah, cikgu-cikgi, mahupun pasangan hidup *ehem*.

dalam entry ni saya just nak kita lihat permasalahan ni dari sudut persahabatan or ukhuwah bagi yang biasa dengan term itu.

kadang-kadang kita mengharap apa yang kita beri berbalas setimpalnya.
kadang-kadang pula, kita 'buat perangai *comel*' mengharap kawan faham apa dalam kepala kita.
kadang-kadang tu lagi, kejap kita diam, kejap bising, kejap nangis, kejap happy, mengharap orang boleh faham kita.

assuming that people can understand us.

sebenarnya sayang, selagi kita tak cakap betul-betul apa yang kita nak, apa yang kita rasa, apa yang kita perlu, selagi itulah akan timbul benda-benda fatal berikut:

terasa hati *ouch*

makan hati *ngap*

sakit hati *aduh*

menangis sendiri *wuuuu~*

dan itu melibatkan hati kita.

sebenarnya, curhat (curahan hati) itu penting. bila ada masalah, kita nak orang tolong, nak orang faham, ceritalah. takmolah assume2 orang boleh teka because most of the time people just can't do it. kalau pakar kaunseling mungkinlah, itupun tak 100% betul. 

sebab tu jugak, kalau mak usrah / naqibah / akhawat kita ajak sharing, baiklah share. nanti diorang tersalah interpret apa kita rasa, kita pulak terasa. eh, tiba2 pulak masuk perkataan usrah. ops. huhu.

dan.

jangan assume jugak kita faham orang. tak tahu tanya. tak faham jangan judge.
lecturer saya pernah pesan, she said "don't assume, ask question."

short tapi tepat.

dapat?

ayuhlah ubati 'sakit' kita ni no. huhu.
tak mudah, tapi tak mustahil.
kot.

I hope to improve on this.

doakan saya. mereka. dan diri anda juga ye :)

tata.


Monday, April 22, 2013

Perubahan: Betul ke dah lain?


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

"kenapa sekarang wa diam? dulu time wa kecik wa banyak cakap"-quoted
itu soalan retorik saya rasa. seseorang tanya saya tadi. time p beli makan malam kat depan IPG tercinta ni.walaupun saya rasa, 2, 3 tahun lepas, saya takdelah 'kecik' sangat. huhuk. dan soalan itu membuatkan saya berfikir. 

benarkah lain saya yang sekarang dan saya yang dulu (tak termasuk appearance yang of course dah lain).

and I guess, it because people change. tak ada benda yang statik, mayat yang didalam kubur juga mereput. itu kehidupan.

dan apa yang kita harapkan dari perubahan, adalah pembaikan.

dari yang comot kepada comel.

dari yang nakal kepada baik.

dari yang jahil kepada celik.

dari yang yang salah kepada yang betul.

dari bawah, menuju ke puncak.

dari lembah neraka, ke taman syurga.

perjalanan kita dalam kehidupan. jangan berhenti walau ujian menimpa bagaikan hujan. percayalah, mentari kan muncul, mendung kan berlalu.

dan perubahan juga pembaikan adalah satu proses yang berterusan dan memerlukan sokongan dalaman dan luaran.

cekalkan hati. Allah ada.
kuatkan tekad. teman juga ada.


chayo!

doakan saya :) 
mereka, dan diri anda juga.

moga Allah redha dengan kita.

amin.

:)


Friday, April 19, 2013

Cantik. Cantik. Si Manis.


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

saya adalah seorang yang sangat sukakan kecomelan. dan kecantikan. dan yang sewaktu dengannyalah.

standardlah kalau orang perempuan suka benda cantik kan?

[ kredit gambar : sumber ]

in term of nak ber'cantik2'. saya rasa islam tak pernah pun larang. in fact, Allah pun suka akan kecantikan.

Daripada Abdullah Ibnu Masud, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun seberat zarah. Maka berkata seorang lelaki kepada Baginda: Sesungguhnya seseorang individu itu suka jika pakaiannya baik dan kasutnya juga baik. Balas Baginda SAW: Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Sifat sombong melenyapkan kebenaran dan kehinaan kepada manusia.” (Riwayat Imam Muslim)

"Innallaha jamilun , wa yuhibbul jamal"
(Sesungguhnya ALLAH itu cantik , dan suka akan kecantikan..)

cuma adalah aspek-aspek yang perlu dijaga :)

for example, aurat, tabaruj dan sifat angkuh dan sombong seperti yang ternukil dalam hadis di atas.

Rasulullah tak sebut pun yang memakai pakaian dan kasut yang baik itu dilarang, cuma yang dilarang dalam hadis di atas adalah sifat sombong yang boleh membawa kepada terhapusnya kebenaran dan menjadikan seorang manusia itu hina.

dan sebenarnya sifat sombong itu sangat halus. kita boleh kata orang itu sombong, orang ini sombong, tetapi kadangkala kita tak perasan pun yang kita pun sombong. eh. *batuk*

sebab tu orang kata, akhlak cantik, rupa kurang pun, itulah cantik sejati. 

saya harap saya mampu nak cantikkan akhlak saya. 
rupa comel, perangai comot. comot la jawabnya. huhuk. (T_T)

kalau bab aurat dan tabaruj, saya rasa, sebagai seorang muslim, kita patut sedar batas kita. kalau nak tahu lebih bab hukum hakam fiqh ni boleh tanya kat ustaz azhar idrus ye. huhuk.

renung-renungkan dan selamat beramal.~

:)



Thursday, April 18, 2013

What life is.


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


life is a constant struggle.

secara fitrahnya, kehidupan ini memang penuh dengan cubaan dan ujian. takkan pernah berhenti. selagi kita tidak dijemput illahi.

kadang-kadang kita merasa penat, lelah dengan dugaan. lalu kita menjadi seorang penyoal tanpa henti. "kenapa, kenapa dan kenapa"

saya faham betapa kadang-kadang ujian dalam kehidupan ini bisa menghimpit rasa. sesak dada. terasa hilang punca.

tetapi, subhanallah. alhamdulillah. sejak mengenali apa itu tarbiyyah. saya mula melihat ujian dari satu sudut yang berbeza.



saya mula belajar untuk bersangka baik dengan Pemberi ujian itu sendiri yakni Allah swt.

Allah tak akan uji sia-sia. Allah uji sebab Allah nak kita meningkatkan diri kita. dari seorang yang lemah kepada seorang yang kuat, dari seorang yang hina kepada seorang yang mulia, dari seorang yang tidak tahu kepada seorang yang tahu.

kata bijakpandai "hikmah ujian itu tersembunyi dibalik masa". benar. dengan ujian Allah ajar kita untuk bersabar. dengan ujian, Allah ajar kita untuk selalu muhasabah. dengan ujianlah kita belajar tentang kehidupan.

yang paling menyentuh hati sekali adalah kenapa Allah hantarkan ujian itu at the first place:

Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman; "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."[Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah]
"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
[Hadis riwayat Ibnu Majah]

manis. :)

nature insan, kita akan rasa down, rasa sedih, rasa kecewa, dan rasa-rasa yang lainnya. tapi janganlah berlama-lamaan dengan rasa, kembalilah kepadaNya. mengadu denganNya. cerita denganNya. DIA yang hantarkan ujian, DIA jugalah yang mempunyai penyelesaian. have faith in HIM okies? :)

renung-renungkan dan selamat beramal :)

:)

Tuesday, April 16, 2013

Aktifkan Dirimu.

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


its been quite sometime since I stopped posting and updating my Blog regularly, but I think, the time has comes for me to hit back on track.

I will still be posting about life, beliefs, faith and my experiences.

jangan jemu ye! (:

jazakallu khairan katheera & thank you very much.

"So when thou art free, strive hard, And to thy Lord do thou attend whole-heartedly." 
[AQ 94:8-9]

may Allah bless insyaAllah.

:)


NIKAH: bersediakah kita?

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


pernikahan.


bersediakah?

apa yang menjadi ukuran dalam sedia dan tidak sedianya kita dalam hal ini?

ada orang kata, 

"selagi tak habis belajar, selagi itu tak sedia."

yang lainnya pula,

"selagi tak punya kereta dan rumah, selagi itu tak sedia."

lebih jauh lagi,

"rasanya sampai bila-bila pun takkan sedia."

benar, kalau nak difikir logik dan berani dan tak beraninya seseorang itu. mungkin sebenarnya sampai bila pun takkan pernah bersedia.

samalah macam nak bergerak dari alam belajar ke alam pekerjaan. serius, rasanya macam tak bersedia, ehem saya ni final year student, trust me perasaan tak sedia tu memang ada.

lagi-lagi tadi ada orang siap wish "selamat menempuh alam baru". wah. macam esok je nak kena p bekerja. I am so not ready yet. huhuk.

but still. it depends on how people look at the issue.

jap.

kenapa cik wa bercerita tentang ini? 

saya saje nak share dan nak kita berfikir tentang ini:

"bila rasa cinta, perkara pertama yang harus difikirkan oleh akal adalah bernikah"-quoted


ehem.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."
[3:14]

Allah dah state dalam ayat ni yang Dia sendiri yang menjadikan rasa cinta dan kesukaan (hub). dan dalam konteks enrty ni pada wanita (juga lelaki bagi wanita).

kakak usrah saya kata, rasa cinta dan kesukaan itu tak salah tapi, ALLAH should be on top of them la.
faham?

Allah tak larang cinta, cuma untuk bercinta Allah suruh bernikah. kalau betul on top of everything kita letak Allah, pasti yang satu ni pun kita akan patuh. :)

tapi, saya faham, nak merialisasikannya bukan mudah. susah ngat. huhuk.

berdasarkan pengalaman saya yang tak berpengalaman mana ni, there are many things that we need to take into consideration before we proceed into marriage.

and, kali ni saya nak share la apa preparation and consideration yang perlu kita buat dan fikirkan before nak berbaitul muslim :)


berdasarkan daurah baitul muslim yang pernah saya hadiri, ada 5 jenis persiapan yang seseorang wanita atau lelaki itu perlu bina sebelum (juga perlu diteruskan) selepas bernikah.

1) Ruhi (hubungan dengan Allah)
2) Ilmi (tentang rumahtangga, dan psycology wanita & lelaki)
3) Jasadi (pastikan tubuh badan sihat)
4) Financially (jangan sampai terbeban dengan hutang)
5) Ijtimaiyah / socially (bagaimana nak 'masuk' dalam family pasangan)

persiapan menuju pernikahan itu perlu menyeluruh barulah insyaAllah perkahwinan yang dibina tidak hanya bertahan di dunia, tapi kekal ke syurgaNya.

oh ya, saya bukanlah expert in the field. cuma saya nak share apa yang pernah di share kepada saya. al maklumlah, lately, dengar desas-desus kawan-kawan nak melangkah masuk ke alam perkahwinan ni makin menjadi-jadi. even my best friend is getting married soon :) alhamdulillah. 

moga kita berjaya dalam usaha mencapai mampu. :)

amin.

and for consideration.

ramai yang berkira-kira tentang pilihan. betul atau tidak. tapi pada saya, andai sudahpun memilih untuk berkenal, dan dah pun kenal (walaupun tak 100%), takkan masih punya rasa nak cari pilihan lain? tapi, kalau betul2 rasa tak serasi, saya no komen.

lain dari itu hal keluarga. pada saya, kalau keluarga tak setuju, dah bincang baik-baik ada yang tak kena, mungkin perlu dipertimbangkan untuk mengikut kehendak keluarga. tapi kalau keluarga ok. ok la kan?

kes lain adalah duit. ye, faham je nak kawin zaman sekarang ni mahal. ada orang kata kena sedia puluhan ribu. amboi. banyaknya. yang ni no komen. 

ada yang masih belajar. risau tentang pelajaran.

ada yang dah kerja, fikir tentang kereta & rumah takda.

ada yang dah ada kereta rumah, fikir tentang kerjaya tak sudah-sudah. tak pun, ada yang fikir, tak puas enjoy lagi membujang. eh. -.-"

banyak sebenarnya nak kena fikir. kan? 

sebenarnya nak cakap, toksah risau pelik-pelik sangatlah. cubalah mencapai mampu. bersedialah dengan segala persediaan.

bila masanya tiba, ianya pasti terjadi, ketika itu, Allah yang decidekan: "inilah masa sedia mu."

after all, kan jodoh tu Allah dah tentukan saat usia kita 4 bulan dalam kanduangan ibu?
[refer Hadis no.4 dari hadis 40]

renung-renungkan, dan selamat beramal.

:)

salam.


Wednesday, April 3, 2013

Impian; Jangan Sampai Berubah



....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


berdebar..
saat ia menyapa..
indah..
hidayah..

berlalu masa..
naik turun dirasa..
tangisan..
pengorbanan..

mujahadah tak mudah..
pendakian tak ternafi payah..
terduduk..
tunduk..

jalan ini kehidupan..
jauh dari permainan..
realiti..
hati..

jauh lagi destinasi..
siapa kita di jalanan ini?
batuan?
bungaan?

kaki terpaku dibumi..
sedang impian menembusi langit..
hamba..
pencinta..

gentar rasa bisa ternoda..
menadah tangan memohon cinta..
ampunkan..
kabulkan..

aku ingin kembali..
mengecapi debar indah hidayah..
amin..
insyaAllah..

-nh
3 April 2013
Ipgm Kampus Sultan Abdul Halim.


Tuesday, January 15, 2013

Tazkirah Kesakitan


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


melihat kepada lebam yang sudah 3 minggu tak surut, membiru. membatu. hati jadi terusik. benda yang kita rasa buruk, kita terlalu ingin nak buang dari diri kita. terlalu berharap ia pergi. hilang. sembuh.

pengharapan itu adalah pada suatu kuasa yang maha hebat, yakni, kuasa yang ada hanya ada pada Allah swt.

terusik hati. terpukul rasa. yang kelihatan itu kita terlalu menjaga, sedang yang tersembunyi itu, adanya kita zahirkan tiada.

lahirnya indah terjaga, namun hakikatnya hati bersarang dosa.

apakah ini nilaian insan yang dikatakan umat terbaik dalam al-quran?

pukulan semalam masih terasa. tangisan kelmarin masih bersisa. ketenangan yang hilang dek sesak noda dalam dada. menekan diri memakan rasa.

masa lalu itu, sungguh aku sudah tidak mahu. namun, cita-citaku masih rendah di dunia, tidak cukup tinggi untuk menggapai syurga. 



diri, ingatlah. Allah sayang hamba2Nya, hanya hamba2Nya yang sering alpa dari mengingatiNya.

"Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya, akan tetapi, hamba-hambaNya yang selalu menzalimi diri mereka sendiri." [Surah Yunus: 44]

sekian.