Friday, April 19, 2013

Cantik. Cantik. Si Manis.


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

saya adalah seorang yang sangat sukakan kecomelan. dan kecantikan. dan yang sewaktu dengannyalah.

standardlah kalau orang perempuan suka benda cantik kan?

[ kredit gambar : sumber ]

in term of nak ber'cantik2'. saya rasa islam tak pernah pun larang. in fact, Allah pun suka akan kecantikan.

Daripada Abdullah Ibnu Masud, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun seberat zarah. Maka berkata seorang lelaki kepada Baginda: Sesungguhnya seseorang individu itu suka jika pakaiannya baik dan kasutnya juga baik. Balas Baginda SAW: Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Sifat sombong melenyapkan kebenaran dan kehinaan kepada manusia.” (Riwayat Imam Muslim)

"Innallaha jamilun , wa yuhibbul jamal"
(Sesungguhnya ALLAH itu cantik , dan suka akan kecantikan..)

cuma adalah aspek-aspek yang perlu dijaga :)

for example, aurat, tabaruj dan sifat angkuh dan sombong seperti yang ternukil dalam hadis di atas.

Rasulullah tak sebut pun yang memakai pakaian dan kasut yang baik itu dilarang, cuma yang dilarang dalam hadis di atas adalah sifat sombong yang boleh membawa kepada terhapusnya kebenaran dan menjadikan seorang manusia itu hina.

dan sebenarnya sifat sombong itu sangat halus. kita boleh kata orang itu sombong, orang ini sombong, tetapi kadangkala kita tak perasan pun yang kita pun sombong. eh. *batuk*

sebab tu orang kata, akhlak cantik, rupa kurang pun, itulah cantik sejati. 

saya harap saya mampu nak cantikkan akhlak saya. 
rupa comel, perangai comot. comot la jawabnya. huhuk. (T_T)

kalau bab aurat dan tabaruj, saya rasa, sebagai seorang muslim, kita patut sedar batas kita. kalau nak tahu lebih bab hukum hakam fiqh ni boleh tanya kat ustaz azhar idrus ye. huhuk.

renung-renungkan dan selamat beramal.~

:)



3 comments:

Nies alhaQ said...

Salam. Moga Allah kasih =)

Aida.Ohno said...

dengan tutup aurat pun kita boleh nampak cantik kan? :)

Hana isa said...

Kita semua cantik di mata Allah....jd sentiasa amalkan suruhannya.....muhasabah untuk diri sendiri juga