Monday, April 22, 2013

Perubahan: Betul ke dah lain?


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

"kenapa sekarang wa diam? dulu time wa kecik wa banyak cakap"-quoted
itu soalan retorik saya rasa. seseorang tanya saya tadi. time p beli makan malam kat depan IPG tercinta ni.walaupun saya rasa, 2, 3 tahun lepas, saya takdelah 'kecik' sangat. huhuk. dan soalan itu membuatkan saya berfikir. 

benarkah lain saya yang sekarang dan saya yang dulu (tak termasuk appearance yang of course dah lain).

and I guess, it because people change. tak ada benda yang statik, mayat yang didalam kubur juga mereput. itu kehidupan.

dan apa yang kita harapkan dari perubahan, adalah pembaikan.

dari yang comot kepada comel.

dari yang nakal kepada baik.

dari yang jahil kepada celik.

dari yang yang salah kepada yang betul.

dari bawah, menuju ke puncak.

dari lembah neraka, ke taman syurga.

perjalanan kita dalam kehidupan. jangan berhenti walau ujian menimpa bagaikan hujan. percayalah, mentari kan muncul, mendung kan berlalu.

dan perubahan juga pembaikan adalah satu proses yang berterusan dan memerlukan sokongan dalaman dan luaran.

cekalkan hati. Allah ada.
kuatkan tekad. teman juga ada.


chayo!

doakan saya :) 
mereka, dan diri anda juga.

moga Allah redha dengan kita.

amin.

:)


4 comments:

Nana Liena said...

hehe..biasalah..dari tahun ke tahun memang kita berubah..sikit sikit..kita kadang2 tak perasan sampai seseorang yang rapat tu tegur..hehe

MarnieyZ said...

saya pun mengalami perubahan kut, tak pasti jgk. =,=

Mizz Aiza said...

perlu berubah jadi lebih baik.. :D

anakMommy said...

perubahan ke arah kebaikan..