Friday, September 30, 2011

:: FRIENDSHIP FOREVER : kalau yang datang itu pergi.. mana 'forever'nya? ::

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


"friendship forever"
-
kita selalu dengar those two words being repeated, over and over again..


secara amnya kita semua mula mengenal term 'friendship' ni waktu kita sekolah dulu kan? ke ada yang lahir-lahir terus dah ber'friendship' dengan baby-baby lain kat katil sebelah korang? 
ade? kalau ada.. cool~


hmm..
semakin lama kita menempuh kehidupan.. sebenarnya semakin banyak kisah-kisah persahabatan yang kita lalui.. semakin ramai jugak orang yang bergelar 'kawan' yang masuk dan keluar dari kehidupan kita..


tapi.. kalau yang datang itu pergi.. di mana 'forever'nya?


berapa banyak air mata yang tumpah oleh sebab retaknya sebuah persahabatan? apa? korang ingat relationship yang buat orang menangis itu hanya percintaan ke? nehi nehi kabbi nehi.. 
ramai jugak yang menangis kerana persahabatan..


hari ini.. kali ini.. saya nak ajak semua yang baca entry ni untuk bersama-sama menyemai dan menjaga sebuah ikatan persahabatan supaya kekal selamanya..


supaya tercapai erti 'friendship forever' tu..

"dari mula kenal sampai ke daerah abadi.."



"UKHWAH FILLAH"


bagi yang tak tahu.. ukhwah ini sama la macam friendship yang selalu disebut-sebut kita tu.. cumanya yang ni 'up' sikit sebab.. segalanya hanya kerana Allah..


dalam ukhwah.. segalanya manis.. segalanya indah.. paling best.. SEGALANYA BERHIKMAH..


SALAH kita tak membuah apa pun selain dari kata NASIHAT..
JATUH kita tak akan sendiri kerana akan ada yang MENYOKONG..
KHILAF kita tak akan sia-sia kerana akan sentiasa menjadi IKTIBAR..
SEDIH kita tidak akan sendiri kerana akan selalu ada yang MEMUJUK..


itulah UKHWAH.. kita bukan hanya bersama saat SUKA, GEMBIRA dan dalam TAWA..


semuanya bukan tentang hanya perasaan dan pandangan kita.. tapi segalanya atas pandangan dan nilaian ALLAH pada kita..


kerana itu.. dalam ukhwah tiada tangisan kerana sakit hati.. (^_^)




Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


jom ubah 'friendship' kita kepada 'ukhwah'..


kalau kita boleh selalu happy sama-sama.. melagho sama-sama.. 
rasanya lagi bagus kalau kita boleh mengejar syurga bersama-sama..


yosh!

~~~


awak.. awak.. awak.. andai pernah kita berkawan.. tapi diri ini terlalu sering melukai dirimu.. maafkan saya.. saya hanya manusia biasa.. dan saat itu saya masih belum kenal erti persahabatan sebenar..


dan lagu ni.. untuk awak, awak yang pernah datang dan pergi dari hidup saya..




moga.. persahabatan yang pernah singgah antara kita tergolong dalam apa yang dikatakan ukhwah fillah..
insyaAllah, andai syurga itu milik kita.. moga persahabatan yang terbina kekal sampai ke daerah sana..


(^_^)




Thursday, September 29, 2011

:: first impression ::


 ....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


~~~


“You never get a second chance to make a first impression” – Anonymous

~~~

btw, just be yourself.

out~



Monday, September 26, 2011

:: sadness VS happiness ::

 ....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



"seringkali kesedihan meninggalkan kesan yang lebih mendalam berbanding kegembiraan.. maybe that's why people shed more tears for sadness compared to happiness.." (nh, 2011)

~~~

out~





Sunday, September 25, 2011

:: penuh dengan kasih sayang.. ::

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


mood :

*jiwang abes*

~~~

hey kamu,
i want u to know that I LOVE U..
*shy..*

and..

HAPPY BIRTHDAY DEAR..

yuthashini a.k.a mak tiri..

may GOD bless u..

hadiah tak ada ok?

kek je la..

ketahuilah olehmu..
bahawasanya..
kek ini..

"PENUH DENGAN KASIH SAYANG"

LOL..

~~~

LOVE U yutha!


Friday, September 23, 2011

:: saya terlalu sayangkan dia.. ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

 

saya terlalu sayangkan dia..

~~~

kuatnya saya kerana saya lihat dia kuat..
riangnya saya sebab saya tengok dia riang..
dia..
insan yang sangat saya sayang..
jatuh dia, rebahlah saya..

ada satu hari tu..
dia call saya..
dia menangis..
beban yang memberat bahunya sudah tak tertanggung lagi..
pada masa itu.. saya berlagak kuat.. tak mahu menambah sedihnya dia..
walhal.. letak sahaja panggilan tu.. menangis tak terkata..
sehari semalam berlarutan tangis ini..
bersambung pula keesokan hari..
menangis dan menangis..

maaf.. hanya itu yang diri ini  mampu tika itu..
kita jauh.. dan saya bukanlah sesiapa.. dan tidak punya apa..

maaf.

masa terus berlalu.. penuh dengan episod duka tapi ada juga cerianya..

semalam saya tak sedap hati sangat..
menguntum senyum juga tak mampu..

rupanya dia di sana sedang bergelut dengan sesuatu..
sekali lagi.. saya tak mampu untuk berbuat apa..
kali ini jarak yang memisahkan itu sudah semakin jauh..

maaf..

cuma yang mampu..
kuuntaikan doa buatmu..
moga sentiasa tabah..
dan sabar dengan ujian yang datang bertamu..

sungguh.. ujian itu tandanya Allah sayang padamu..

dan padaku.. dirimu adalah lilin..
yang terbakar sendiri tika cuba menerangi yang lain..

jasamu hanya Allah yang bisa membalasi..

terus kuat!

terus tabah kakak..

dekwa sayang kakna..



~~~

out (T__T)


Tuesday, September 20, 2011

:: WORDLESS WEDNESDAY #7 ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•




:: aku juga punya kenangan ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


aku juga punya kenangan..
yang kadang menguntum senyuman..
kadangnya pula membuah tangisan..

tapi..
kenangan memang tak semestinya indah..
kerna yang pahit itulah yang megajar kita..
menikmati yang manis saat ia tiba..

seiring kaki melangkah..

(^_^)



kasut ni.. (^_^)

~~~

out~

Monday, September 19, 2011

:: PROGRAM AWESOME (the promo) ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



Assalamualaikum...congrats n Kia Ora to you guys whose gonna fly to New Zealand or Australia next years!!!if you have any question in your mind regarding what do you need to bring there, how to survive,or need extra advice n etc...Then, Southern Gathering will be such an awesome event for you..n it's FREE!! 



ANWAR HADI pun pernah mai program ni woo..

erk~

segala maklumat lanjut akan diberitahu kemudian..
so keep in touch with me..

any question regarding this you may PM me here ---> FB CIK NURUSSALWA

Trust me, it's gonna be fun!! see you there..♥


and, please..
spread the words.. tQ!

(^_^)~

Sunday, September 18, 2011

:: SAKIT UNTUK TERUS BEGINI SELALU.. ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


:: in hurt ::
~~~

"ada beberapa ketika..
kita rasa kita bahagia..
tapi..
perasan tak..?
rasa tu tak kekal lama..
kenapa?
entah..

hati ini selalu rindu..
tapi..
sering juga resah bertamu..
sakit untuk terus begini selalu.."

(nh, 19th sept 2011)

~~~


~~~

out~

:: HMM.. DIA MARAH SAYA.. ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


"aku bukan gadis manja yang patuh tunduk pada kata-kata manis.. sekali sekala.. haruslah dimarah"

~~~

harini kene tegur sayang dengan si Dia..
malu! sentap pun ada..

teguran itu berbunyi begini :

"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." [4:17]

Alhamdulillah kena tegur.. 
itu.. tandanya Dia sayang saya..

kalau tidak.. terleka je lah sepanjang masa.. tau salah pun buat lagi.. haiggooo~

ni dah tahu ni.. so, mau atau tidak.. kena patuh..

tak mahu la taubat tak diterima.. takutzzzz~

Allah.. Alhamdulillah atas teguran buat hambaMU yang leka ini..



(^_^)

~~~

out~


yosh!

Thursday, September 15, 2011

:: SAAT JAUH.. ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


(oriental bay, Wellington,16th September 2011)

~~~

"saat jauh, tenggelam dalam lautan perasaan.. jangan sampai hanyut.. takut lemas tak berkesudahan.."

~~~

out~

Wednesday, September 14, 2011

:: MEMORI ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



"kadangkala rindu datang bertandang.."

~~~

out~


Thursday, September 8, 2011

:: LELAKI TAK COOL KALAU.. ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

rasa macam dah lama tak menegur kaum adam ni..

boleh tak kalau nak cucuk sikit?

sila baca ni wahai lelaki-lelaki kacak-macho-hensem-cool segala..

p/s : jangan emo ok?

~~~

:: LELAKI TAK COOL KALAU.. ::

1. sanggup berjaga 2, 3 pagi demi football match bermacam piala and liga, tapi kalau untuk qiam itu setahun sekali pun tak ada gaya..

2. main game bersungguh tak kira masa, tapi kalau suruh bekerja untuk agama (berdakwah, berjihad) jadi malas habis semua..

3. melabur kat rokok hangus terbakar, akhirnya asap je yang merasa.. tapi kalau mintak sedekah membantu saudara yang merana, seringgit nak keluarkan pun rasa tersiksa..

4. suka kalau tengok perempuan cantik comel sexy segala, bukan ada usaha nak tegur pun kalau nampak sangat dah salah.. yang untuk buat calon isteri nak yang bertudung litup la pulak? 

eh!

jangan melenting jangan melatah..

awak-awak yang hensem semua,

nak tanya..

pemuda harapan agamakah anda?

~~~



Impian Umar Al-khattab

Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”

Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”

‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”

Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!

~~~

jadi?

renung-renungkan ok?

p/s : yang perempuan pun sama, pemudi islam sebenarkah kita?

fikir-fikirkan ok? (^_^)

out~

Tuesday, September 6, 2011

:: HATIKU SAYANG.. CEPAT SEMBUH YE? ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-



people are still doing the wordless thingy? i am so not into it now.. huhuk~ maybe later..

~~~



Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

~~~

terkadang hati ni rasa macam perlu dihantar ke ICU.. 
sakit, kosong rasa..

~~~

tapi, hati ni ada ubatnya, yang tak payah pergi hospital pun boleh dapat..

yang best..

free of charge..

~~~

hatiku sayang, cepat sembuh ye?

~~~

out~



:: ENTRI NI, BUKAN SAYA YANG TULIS ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

*my words :
istighfar dulu tiga kali before teruskan bacaan ni ye..
dan, reflect diri baik-baik..
insyaAllah..

~~~
“When you start counting the number of people who reblog/like your status more than counting your istighfar(repentance), when you start competing with others to get more followers, when you start feeling sad or jealous if no one or little people respond to what you’re sharing, when you care more what people may think about you more than Allah, I’m afraid dear brothers & sisters you are about to make amal for this dunya, for the sake of others than Allah. Well that is a major thing you need to take care of.”

 

~~~

renung-renungkan.. 

sumber )
 

Monday, September 5, 2011

:: GARANG EH? ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

saya tengah buat assignment, tapi nak off task sekejap.. 

harini kan.. saya saja la nak nak membuktikan satu sangkaan..

orang kata saya garang..

eh~ ye ke?


hoo my..

banyaknya like, tak pernah dapat like sebanyak ni..

adakah saya ni benar-benar garang orangnya?


aha.. kalau tegas tu saya setuju~
huhuk.. sikit la..


aha.. yang ni memang memahami.. 
eh, orang pendiam ni memang selalu kena macam ni ke?


opss~ sorry kawanku.. ter je tu.. wa perasan pun tak..

hehe~ ampun-ampun..

~~~

anyway, most likes tu adalah dari orang yang tak kenal saya secara rapat..
mungkin betul la kata orang, tak kenal makanya tak cinta..

saya tak garang mana lah.. sedikit pendiam dan tegas itu mungkin..

tapi kalau kena masa dan cara, sayalah orang paling ramah sekali..

after all.. 
don't judge a book by its cover ye semua..

(^_^)

out dulu.. nak sambung kelija~

ops, before tu.. nak kongsi satu ayat :

Allah berfirman dalam surah Asy-Syura ayat 43,"tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."

*slow2 undur diri..tata~