Thursday, September 30, 2010

:: tEraNiaYa ::

....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

erm.. baru je tadi dapat SMS dari kak saya.. dia teraniya.. kes berkaitan dengan duit.. tak dapat saya nak cerita lebih lanjut, sebab rasanya terlalu peribadi.. 
cuma.. saya nak kongsi tentang DOA ORANG TERANIAYA..

Dari Abdullah bin Abbas ra. memberitakan Rasulullah saw. pernah bersabda:
"Takutlah doa orang yang teraniaya; kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan ALLAH"  
-Hadis Riwayat Al-Bukhari-

Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh. Lagipun, Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Al-Insyirah " Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca "Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita "Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini."
ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.

ni, saya nak memohon jasa baik sesiapa yang membaca entri ni untuk mendoakan segala urusan kakak saya dipermudahkan ALLAH.. mungkin memang bukan rezeki dia yang dia teraniaya, tapi, kami mohon agar beban berkurangan.. 
syukran..

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih , wa.kebetulan post ni sesuai bebenor dgn saye yang teraniaya. tapi kalau keluarga sendiri yg teraniaya pun boleh jugak guna doa inikan? tq. smoga kakak wa dpt balik wang die

terokai seni said...

semoga Allah berikan kesabaran kepadanya dalam menempuh dugaan tu dan selamat daripada sebarang fitnah