....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
mornink all..~ lame dah x mencurah rase ati kat cni.. neway, selamat pagi sume.. sy bru je pas minum vitagen ni.. huuhu~ =) Ramadhan dah semakin hampir..
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
so sume.. renung2kan..& selamat beramal..
Salam Selamat Meyambut Ramadhan
4 comments:
terima kasih memanjangkan nasihat dan info yang baik untuk dikongsikan bersama
salam,
maaf, lama x ziarah sini..ahlan ya ramadhan, moga ramadhan kitA kali ini lebih baik dr sebelumnya
Salam
Selamat menyambut Ramdahan al-mubarak..
cemomoi : same2.. =)
ustad firdaus : salam, ye..xpe.. sy pon dah kurang aktif sekarang.. bz PBS.. =)
werdah : salam, selamat menyambut RAmadhan al-mubarak jg.. =)
Post a Comment