....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
sabar adalah salah satu bekalan terpenting dalam perjalanan tarbiyyah seseorang..
kenapa sabar?
kerana sifat tarbiyyah itu sendiri memang diwarnai dengan ujian.. ujian pada hati, ujian pada personaliti diri, ujian pada keluarga, ujian dari sesama sahabat, ujian exam, ujian masa, ujian duit, hatta ujian tersepak batu sekalipun..
dan untuk melalui setiap satu ujian ini, butuh kesabaran..
bila kita dah lepas satu ujian, ujian lain pulak yang akan datang menguji diri.. one after another, tak akan pernah berhenti.. tak akan berhenti selagi mana kita berada dalam apa yang namanya tarbiyyah.. tak akan berhenti selagi kita belum betul-betul suci untuk mengadap Allah yang Esa..
saya tahu untuk sabar itu bukanlah mudah.. sakitnya, hanya Allah yang tahu.. tapi.. Allah juga tahu tahap kemampuan kita.. kalau Allah pilih kita untuk melalui sesuatu ujian, sebenarnya dan sepatutnya kita akan mampu untuk melaluinya..
"kalau Allah pilih kita, kenapa kita nak tarik diri..?"
sabarlah.. sabarlah.. sabarlah menempuh ujian dan rintangan yang mendatang dalam jalan tarbiyyah ini..
saya sendiri mengaku untuk sabar itu bukan mudah..
pernah satu masa dulu saya hampir hilang sabar bila melihat perjalanan tarbiyyah diri.. hilang sabar kerana merasakan usaha untuk meraih kemanisan iman hanyalah sebuah angan-angan yang tak mungkin tercapai.. saya rasa saya dah usaha dengan sehabis usaha untuk raih rasa itu..tapi hampa.. dan.. HAMPIR sahaja saya menarik diri dari jalan ini.. kerana saat itu lelah sudah mula menapak dalam diri.. kecewa sudah mula menguasai hati..
dan..
tarikan pada dunia itu terlalu kuat..
hidup dalam dunia tanpa tarbiyyah memang nampak mudah.. tiada sakit untuk mujahadah, tiada masalah dengan ukhuwah, enjoy sepanjang masa..
TAPI! hati kosong tanpa hala.. dan jalan untuk ke syurga dan redha-NYA kabur tak ada depan mata..
bahagia dunia tak menjamin bahagia di akhirat, tahu?
lalu apa penawarnya?
SABAR.
sabarlah melalui liku-liku tarbiyyah. Allah tak akan sia-siakan kita. percayalah. saya sendiri pun tak tahu berapa lama lagi saya akan mampu untuk terus sabar, tapi harapan dan doa yang saya panjatkan pada-NYA adalah untuk saya terus sabar dan tsabat menempuh jalan penuh duri ini.. moga Allah kurniakan kesabaran itu untuk saya, untuk kita.. amin..
insyaAllah..
sabarlah di sepanjang perjalanan menuju-NYA.. insyaAllah, segalanya pasti akan terbayar saat redha-NYA dilimpahkan keatas kita..
ujian memang ujian, sakit memang sakit, letih memang letih.. tapi Allah kan ada.. bila Allah ada dalam hati kita, insyaAllah nothing else will matter..
kuatlah oh kuatlah. sabarlah oh sabarlah. yakinlah oh yakinlah!
"Mohon pertolonganlah kamu sekalian dengan sabar dan mengerjakan shalat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
[Surah Al Baqarah: 153]
kita insyaAllah mampu melakukannya..
yoshhh!
:)
3 comments:
Betul tu. Sabar itu penawar segala penyakit. =)
kita mampu.... :)
setuju. He always knows wat is the best for us.
Post a Comment