....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
"beratus kali dah ana cuba, tapi tak mampu jugak nak tinggalkan dia!!"
hmm..
ya ukhtiku sayang,
ana tahu bukan mudah nak menanggung mujahadah hati.. ana tahu peri peritnya, sakitnya, pedihnya.. ana tahu.. sebab ana juga pernah melaluinya.. ana pernah menangis sampai bengkak mata ana, sampai muka ana dah rupa macam zombi bila masuk kelas.. ye.. ana pernah melaluinya.
tapi ukhtiku,
siapa yang kata mujahadah itu mudah?
kalau betul kita faham dan kita mahukan yang terbaik untuk diri kita dan dirinya, kita pasti akan terus mencuba untuk menjadi mujahidah yang tegar melalui segala perit ini..
ana juga pernah mencuba berkali-kali untuk membebaskan diri dari lumpur jahiliyyah ini.. mungkinlah tak sampai beratus kali.. tapi masa yang ana ambil untuk betul-betul berasa mampu melakukannya itu bukanlah sehari ataupun seminggu, mahupun sebulan.. tidak.. hampir setahun.. lebih setahun..
ana tak nak menyalahkan saudari yang masih belum menemui jalannya untuk terus utuh bermujahadah menentang kehendak diri.. ana tahu susah..
tapi ukhtiku,
janganlah biarkan kejahilan itu menguasai dirimu.. lawanlah walaupun dengan sekecil-kecil usaha.. lawanlah!
dulu ana pernah rasa ingin mengalah kerana merasakan usaha mujahadah ini sia-sia..
"Allah, sudahku kosongkan relung hati ini, namun kenapa cinta untukMU tak datang mengganti?"
sakitnya!!!!!!!
mungkin salahnya pada ana sendiri, gagal untuk mengerti yang untuk merasakan cinta padaNYA itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikecapi..
harganya adalah kesabaran dan pengharapan yang tinggi..
sabar. sabarlah. Allah nak uji sekejap je hatimu itu, untuk Allah nilai, layakkah hati itu memiliki cinta padaNYA keranaNYA.. lalu, sabarlah wahai hati.. sabarlah wahai diri.. sabarlah ya ukhti..
mengimbau kembali saat sakitnya terasa hati ini, ana mula mengerti.. salahnya adalah pada diri ana sendiri.. salahnya adalah ana letakkan pengharapan pada usaha ana sendiri..ana jadi lupa, lupa yang kalau Allah nak beri.. Allah akan beri.. ana lupa untuk minta sungguh-sungguh padanya untuk memenuhkan ruang hati ini dengan cinta padaNYA keranaNYA yang maha tinggi.. cinta sejati..
uhktiku sayang,
sabarlah dalam bermujahadah.. panjatkanlah setinggi-tinggi doa.. mohonlah kekuatan dari-NYA..
Allah tak akan biarkan kita sendiri melalui mujahadah yang pahit ini.. Allah ada dekat denganmu.. sedang memandangmu dengan penuh kasih.. dan.. Allah hantarkan pula akhowat untuk bersama-sama disisi.. kuatlah! oh kuatlah!
ingatlah ukhtiku sayang,
jahiliyyah kalau dibiar akan membunuh tarbiyyahmu..
sedang tarbiyyah membawa kita ke syurga dan jahiliyyah menghumban kita ke neraka.. nauzubillah..
pilihan ada ditanganmu sayang..
redhaNYA atau murkaNYA?
redhaNYA atau murkaNYA?
ana tahu mungkin ada sekelumit rasa, "ana sudah terlalu menyakiti dia, ana rasa ana jahat."
ingatlah, kalau kita menarik dia ke neraka, itu lebih jahat lagi.. kejam.. zalim..
"kalau kita sayangkan seseorang, kita akan fikirkan jalan ke syurga buatnya.." -quoted
cukup sayangkah dirimu pada dirinya? atau itu hanyalah hasutan nafsu dan syaitan yang meraja? fikir-fikirkanlah.. timbang-timbangkanlah.. jangan dimenangkan syaitan.. nanti yang kalah diri kita sendiri..
kerana ana sayangkan Allah dan Rasulullah.. kerana ana sayangkan jalan Dakwah dan Tarbiyyah.. dan kerana ana sayangkanmu ukhtiku.. ana mahukan apa yang ana inginkan buat diri ana untuk dirimu; syurgaNYA..
ana tegur, kerana ana sayang..
percayalah..
tolonglah kuat dalam mujahadah! tolonglah!
2 comments:
sesungguhnya... hati kita haruslah tabah.. iman kita harus kukuh... doa tidak haruslah ditingglkan.. baru lah hidup akn tenang.. :)
inspiring..jazakillah :')
Post a Comment