....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
ya akhwat pencinta Allah,
kita sama dalam perjuangan untuk menuju pencinta agung para syuhada',
kita sama mahu menjadi yang istimewa di pandangannya DIA,
kita sama merindukan pertemuan dengan-NYA yang maha Esa..
ingat lagi satu masa dahulu saat kita tak mengenal apa itu tarbiyyah?
saat dimana kita lena dibuai alunan fana dunia nan 'indah'?
saat jiwa memberontak dahagakan sentuhan kasih dari Allah?
rakaman memori tersemat kemas dalam relung hati,
tika bertemu petunjuk dari illahi,
tika terbuai dek alunan kasih-NYA yang maha mengasihani..
dulu pernah kita punya hati yang kotor saling merasa iri,
pernah kita berpaling muka bila berselisih tiap kali,
pernah berkata buruk malah benci membenci..

namun dengan rahmat-NYA bernafas kita kini atas tali ukhuwah penuh kasih,
jatuh bangun di jalan ini kita sama redah tidak kira betapa susah mahupun lelah,
kerana cinta pada-NYA kerana-NYA benar dipenuhi mehnah dan payah..
ya akhwat pendukung risalah dakwah Rasulullah,
jatuh bangun di jalan ini kita sama redah tidak kira betapa susah mahupun lelah,
kerana cinta pada-NYA kerana-NYA benar dipenuhi mehnah dan payah..
ya akhwat pendukung risalah dakwah Rasulullah,
sayu diri ini melihat ada antara kita yang mula menjauhkan diri,
mula mencari ruang berlari dan menyepikan diri,
mula kembali berpaling wajah membiar virus ukhuwah menjalar dalam diri..
lupakah kita yang ukhuwah adalah kekuatan kita yang utama selepas iman?
ukhuwah adalah mutiara indah dari cengkerang iman seorang insan,
ukhuwah adalah cinta kerana-NYA yang bisa menjadi bekalan sepanjang perjalanan..
jangan biar buahan iman dimakan virus-virus ini akhwat!
ayuh perbaiki diri dan segala amal soleh wajib dan sunat,
ayuh perbaiki kualiti iman demi ukhuwah kita hai sahabat.
ayuh. ayuh. ayuh.
demi Allah dan Rasul-NYA, lawanlah bisikan syaitan,
ayuh bersama kita kembali merapatkan saff meneguhkan keimanan..
ukhuwah fillah abadan abada.
❤
No comments:
Post a Comment