....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
"kenapa aku rasa jauh amat dariMU ya Allah"
~
tersentak sebentar dari lamunan saat di tegur olehNYA :
"kenapakah engkau sangka aku jauh darimu? sedangkan AKU sentiasa bersama2mu, menemani engkau menjalani kehidupan ini.."
Dalam surah Al Qaaf ayat 16, Allah berfirman :
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ ﴿١٦﴾
"Dan
demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat
kepadanya daripada urat lehernya,"
(Al Qaaf [50] : 16)
Allah!
tersentak aku. sedangkan rasa kering dari iman itu jua adalah anugerah dariNYA, teguran dariNYA agar aku terus2 berusaha membasahkan lagi hati ini dengan iman..
Allah.. Alhamdulillah ya Allah..
saat hampir aku rasa ingin berputus asa, saat itulah jua teguranMU datang menyapa.. indah.. perasaan ini cukup indah.. terasa bagai sentuhan pertama saat mula ditarbiyyah dulu.. perasaan yang semalam aku luahkan yang aku rindu..
sesungguhnya KASIH dan SAYANG-MU itu benar amat tinggi..
Ampunkan hambaMU yang leka ini yang Allah..
yang malas untuk mujahadah sendiri..
yang tak mahu memulakan langkahnya mencari..
hinggalah saat ini..
bagai jatuh keriba segala manis iman yang dirasai..
Allah..
suburkan rasa kerinduan ku padaMU,
basahkan hatiku dengan cinta untukMU..
sungguh, aku takut andai aku benar2 terkeluar dari rahmatMU.
bantu aku, aku ingin mulakan mujahadah ini.
mujahadah dalam menggapai cintaMU ya Allah.
2 comments:
thankssss for this sharing~~~
yup, rahmat kasih Allah itu luas ya amat kan...
:: My Blog::
semoga terus kuat dalam bermuhajadah kan diri :)
Insya-Allah.. moga Allah permudah ..
Post a Comment