Wednesday, May 23, 2012

ADUH, INI SUNGGUH MENYAKITKAN.


....بسم الله الرحمن الرحيم

-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


salam mujahadah :)


tengok gaya tajuk entry macam penuh kesakitan je kan?


memang sakit bila mujahadah tak mencapai sasaran..


target nak jaga hati, tapi makin ligat hati ni berlari-lari sana sini..
terasa itu, terasa ini.. sakit hati itu, sakit hati ini.. marah sana.. marah sini..
adududu ni tandanya masih gagal dalam 'subjek' berlapang dada uii...


hehe.


akhirnya, menangis meraung mengalir air mata, jasmani dan rohani..
(TT______TT) <-- cry me a river.


itu tak termasuk pulak bila dah start teringat perkara-perkara tak sepatutnya.. 
*batuk kecil tapi bertalu-talu*
huhuhuk.


--> ketuk kepala sikit. *dush-dush*


bercampur baur perasaan ni..
adudududu..





"Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan." 
[6:120]

sebenarnya kan, bila kita nak berubah and nak buat benda baik, betullah ujian melanda bagai coklat yang mencurah ke ladang gandum, cumanya, tak enak macam coklat la.. 
apakah metafora ini. =.="

tapi, itulah yang saya nak maksudkan, ujian datang dengan banyaknya, dan setiap satu tu butuh sepenuh perhatian, sepenuh tenaga, dalam sedar yang tiada lalainya..

betul. susah. tapi siapa kata mujahadah itu mudah kan?
ada indahnya, ada osem nya, lagi-lagi bila rasa dekat sangat dengan DIA.. rasa hati berbunga-bunga.. kan?
cumanya, untuk membungakan hati itulah yang sakit.. bisikan inche syaitan pun datang bertubi-tubi, lagi kuat kita nak mujahadah, lagi giatlah inche syaitan beserta bala tenteranya mencucuk-cucuk.. itu lumrah.

*diam.reflect*
                                   
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
[29:69]

nah, Allah dah bagi jawapan pun, 
PERBAIKI AMALAN.

kalau kita sendiri tak mahu usaha untuk memperbaiki amalan kita, yang sunat malas nak buat, yang wajib tak terjaga, memang bertambah-tambah beratlah langkah kita nak mendaki tangga iman itu..

so, kena start usaha lebih untuk jaga amalan wajib and tambah banyak-banyak amalan sunat. insyaAllah, Allah akan bantu kita dengan mujahadah kita tu..

(.^___^.) <--- muka bahagia.

jangan risau-risau tapi tak ada usaha pun tau.

chayo!

jom mujahadah!

:)

sekian.




3 comments:

Mish eika :) said...

setiap dugaan mesti ada hikmah . btw chayok2 ! haha

Puteri Iqa Izyan said...

perbanyakkan usaha dan istiqamah.. InsyaAllah :)

milah said...

Your entry....I'M TOUCHED . :D

Saya ingt sya sorang je rasa mcam ni, but your entry somehow suits my situation, secara x lansung dpt peringatan . Thanks :)