....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
kata orang, tetamu itu datang bawak rezeki.. ye kan?
ni kenapa tajuk tulis bawak malang pulak ni?
ajaran sesatkah?
aduh. jangan jump to conclusion teruih aih..
baca dulu k :)
~
betul tetamu datang memang bawak rahmat. tapi tetamu ni lain.
dia bawak malang. tak diundang. dan selalu bertandang. in fact duk tekan 'loceng rumah' and 'ketuk pintu' tanpa henti pulak.. aigoo~
=.=" haru2.
sabar jelah.
siapa la agaknya tetamu tak diundang ni ye?
boleh teka?
tak?
mai la saya story.
tetamu yang datang membawa bala ini adalah inche syaitan yang datang membawa buah tangan berupa 'hasutan' dan juga pemanis rasa iaitu 'dosa'.. aduh2.. manis pulak kot dosa tu..
(kalau tak ada iman dalam hati, manis la aii jawabnya sayang oi..)
pedih2. dah pulak tu, datang bawak 'propaganda' terbaik punya, tengah recruit pengikut2 kerajaan 'neraka' katanya.. aduh! aduh! dengan moto "di jamin hidup penuh riang gembira tahap syurga". punyalah gembira kan.. ni memang heaven on earth habis la.. memang!! betul la tu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
Imam an-Nawawi rahimahullahu ta’ala berkata, “Maksudnya, setiap mukmin itu terpenjara di dunia, karena dia dilarang mengikuti hawa nafsunya dan mengerjakan yang haram dan makruh, bahkan diwajibkan menaati perintah Allah jalla wa ‘ala yang merupakan perkara berat bagi dirinya, tetapi apabila dia telah meninggal dunia, hatinya tenang karena akan memperoleh imbalan dari Allah subhanahu wa ta’ala.” (Syarah Muslim 18/93)
~
kita ni, eh, saya ni jenis senang lupa, lalai sikit habislah, termakan jugak buah 'hasutan' terasa jugak manisan 'dosa' inche syaitan and the geng ni.
aduh! tak suka! tak suka!
malu dengan Allah. asyik buat salah ja. takut. takut Allah tak pilih saya untuk jumpa DIA nanti. hmm.. nak jumpa DIA..
so,
rasanya macam kena buat sesuatu ni..
kena tulis kat pintu 'hati' ni besar2 perkataan 'NO ENTRY INCHE SYAITAN!'.. tulis dengan ayat2 'al-Quran' yang bukan hanya terpampang pada dinding2 'hati', malah di pamerkan juga melalui setiap gerak urat nadi..
insyaAllah. ini satu perang ye inche syaitan. ANDA TAK DIUNDANG!
i'll fight for the heaven in the hereafter, the only place that i could meet HIM. you could enjoy the heaven of the dunya. i just don't want it!
jom mujahadah!
sekian.
1 comment:
jom mujahadah!!! barakillahufik !!
<3
Post a Comment