Saturday, April 28, 2012

:: poligami tu kan sunnah! ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



sunnah.


bila saja kita sebut tentang sunnah Rasulullah, yang terlintas dalam fikiran kebanyakan orang *especially lelaki* mesti berkaitan dengan poligami. kan? kan? kan?


ye kan je lah ea..


saya sebenarnya malas nak sentuh bab poligami ni, saya kawen pun tak lagi. so saya nak cerita benda lain la.
*seperti biasa, tajuk lain, isi lain*


tapi jap!


baca la sampai habis.. ;)





~


korang tahu apa sunnah terbesar yang Rasulullah wariskan kepada kita tak?


tak? tak sure? tahu?


haa.. yang tahu tu bagus. yang tak tahu tu.. mai saya nak habaq mai..


:)


bila sebut tentang sunnah, kita sering kaitkan dengan cara hidup seharian, cara makan, cara tidur, cara bergaul dengan orang sekeliling dan sebagainya. ye itu betul. tapi kita lupa, sunnah terbesar baginda adalah dakwah dan jihad fisabilillah..


baginda tidak pernah meninggalkan kerja-kerja dakwah baginda walaupun sedetik.. bermula dengan wahyu pertama yang baginda terima sehinggalah hembusan nafasnya yang terakhir. segalanya adalah demi dakwah islam.


kerana dakwah dan jihad baginda jua lah islam sampai kepada kita pada hari ini.. ye benar Allah yang mengatur segalanya, tapi perit pahit baginda berdakwah dan berjihad tidak dapat kita sangkal..


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”.
[Al-Ahzab : 21]


kalau kita kata kita ni berpegang dengan sunnah Rasulullah, DAKWAH BUKANLAH SATU PILIHAN, TAPI SATU KEWAJIPAN.


dan ingatlah juga,
“Dan siapakah yang lebih baik  perkataannya  daripada  orang yang  menyeru  kepada  Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; Sesungguhnya aku dari kalangan orang muslim (yang berserah diri)?” 
[Al-Fussilat : 33]


~


ingatan buat diri saya juga. selagi islam tak berada di puncak dunia, selagi itulah dakwah itu satu kewajipan.


~


sekian.








3 comments:

Miss Amateur Cook said...

hehe memang lari dari tajuk isinya! hehe. ^_^

Fatin Aliyya said...

jom kta sama2 berdakwah dan berbulatan gembira.Allah dh kurnia pelbagai nikmat tp kita msh x balas segala kurniaan Allah dgn sebaiknya.

peringtn utk dri ya juga.

sama2 kita slg berpesan n mengingatkan.

jzkk wawa syg :D

-apis- said...

terima kasih sebab mengingatkan :)