Sunday, April 22, 2012

:: Autumn in My Heart : F.A.L.L.S ::



....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•



F.A.L.L.S part I (CAPE REINGA)

~~~

cuti easter yang dah berlalu dihabiskan dengan mentadabbur* alam di bumi indah new zealand.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan buat diri ini..

terlalu banyak juga yang ingin diri ini kongsikan dengan semua.. satu entri tak akan cukup untuk menceritakan semuanya..

mungkin kali ini saya hanya akan mulakan dengan tema F.A.L.L.S ini sendiri..

kalau ikut bahasa maksud falls sama la dengan autumn, iaitu musim luruh.. tapi kami terjemahkan setiap huruf dalam FALLS menjadi;

For Allah's Love Let's Strive

untuk menggapai sebuah cinta yang maha agung ini memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh.

~~~

salah satu tempat yang kami lawati adalah cape reinga. di sini berlakunya pertembungan 2 lautan iaitu lautan tasman dan juga lautan pasifik.

sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah Ar-Rahman ayat 19 yang bermaksud:

"Dia biarkan dua lautan bertemu,di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembusi."

sungguh! 2 lautan ini bertembung.
setiap satunya seperti bertemu pantai ditengah lautan, sedang mereka sebenarnya bertembung antara satu sama lain, bertembungnya 2 lautan dengan ketumpatan yang berbeza.. Allah.. Subhanallah..




pada pukul 4:30AM kami bergerak dari auckland, dan pada pukul 1:00PM kami tiba di cape reinga.. hampir 8jam perjalanan.. 

dengan lautan yang luas di di depan mata, hilang penat lelah sepanjang perjalanan..

sama seperti tema yang keagungan itu memerlukan sebuah usaha yang bersungguh-sungguh, begitulah juga perjalanan kami untuk sampai ke cape reinga ini..
penuh dengan pendakian yang berliku, jauh, berbukit, berjurang, tapi apa yang Allah sediakan dipenghujung jalan itu terlalu indah.. hilang penat, terhapus lelah..

Alhamdulillah..

~~~

lalu, tiadalah hujah lagi wahai diri untuk menyangkal sebuah perjuangan dalam kehidupan.. kerana yang kita kejarkan adalah sangat tinggi nilaiannya di hadapan Allah.. kita kejarkan redhaNYA.. kita kejarkan sebuah pertemuan denganNYA.. pasti harganya lebih tinggi dari sekadar pendakian dan perjalanan 8jam tanpa henti..

Allahuakbar!

Allah menjanjikan sebuah syurga buat para pencintaNYA.. buat para hambaNYA yang berusaha untuk menggapai cintaNYA..

tidakkah kita mahu mendapatkan pengakhiran yang maha indah ini?

jalannya cuma satu; dengan berusaha untuk menggapai cintaNYA..

maka, ayuhlah semua kita berjuang untuk kembali kepadaNYA dengan sebaik-baik keadaan kembali.. sebagai para syuhadaNYA insyaAllah.. 

~~~

mujahadah itu perit dan pahit, kerana syurga itu penuh nikmat dan manis..



sekian.

*tadabbur : melihat, memandang, berfikir dan mengambil pengajaran.