Assalamualaikum wbt.
Kita bukan Tuhan, so jangan assume kita tahu semua benda sebab hakikat sebenarnya kita hanya tahu apa yang kita tahu.
Bila sesuatu terjadi, dan kita rasa macam nak menghukum pasangan kita, cepat-cepatlah ingatkan diri sendiri-->
"Aku cuma tahu dan judge dari sudut pandang aku sendiri, aku tak tahu sebab musabab dia buat macam tu, so tak adillah aku nak marah."
Sebab beratus kali rasa nak marah diri sendiri sebab emo tak kena tempat.
Bila husband explain, baru tahu malu sendiri.
Disebabkan benda ni dah beratus kali jadi, saya tak mahu jadi dah. Syaitan memang jahat, suka nak hasut benda tak bijak macam tu, tapi nak salahkan syaitan pun tak bijak, sebab kita yang tak bijak pergi ikut dia.
Faham?
Orang perempuan, masalah utama dia memang emosi dia yang tak stabil tu, sebagai seorang perempuan, saya mengakuinya.
Ketahuilah wahai para suami, kami cuba sedaya upaya sebenarnya melawan emosi, jadi sebagai suami, kurang-kuranglah menduga emosi kami.
Memang kita dah lama hidup sendiri, bujang, buat apa pun fikir rasional sendiri, simpan dalam kepala sendiri je. Jadi memang la para bini tak faham pun whats going on on your mind.
Dah tiba masa untuk saling berkongsi, membuat keputusan bersama, berbincang dan bersepakat.
Okay.
Bini emo, laki pulak ego.
Kurang-kurangkanlah ye masing-masing.
Love,
Puan Nurussalwa
No comments:
Post a Comment