Saturday, August 17, 2013

Bermusim la sangat~

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


Sekarang ni musim petai ke?

Petai?

Entah, tapi balik kampong raya lepas, memang berlaukkan petai sokmo.

Eh.

Salam wbt dunia. After a while tak aktif dalam alam maya ini, cik nurussalwa kembali.
Cerita tentang musim. Sebenarnya tak ada niat pun nak cerita pasal petai mahupun durian. 

Saya nak ajak kita semua berfikir dan mungkin boleh kita bincangkan tentang isu ‘boikot bermusim’.

Boikot?

“lagi lagi boikot. Lagi, lagi boikot. Blergh.~! sekarang ni musim orang kena tembakla~”

Well hello. Yang Palestin, Syria, Mesir tu ‘lagi-lagi dibom, lagi-lagi diseksa, lagi-lagi ditindas, lagi-lagi mati, lagi-lagi dan lagi.’ Takmo di blergh kan?

Krik.krik.krik

Kita je rasa boikot ni bermusim sebab kita tak cakna isu ummat.
Kita je yang jadi pemboikot bermusim sebab kita ni tak berperikemanusiaan. Ops. Ok itu over.

Nisli – takde produk lain sebaiknya!
Mekdi – kalau tak makan ni, taktaulah nak makan apa lagi~ wuuu
Pi&Gee – syampoo dia je yang terbaik. Ter? Ok ter.
Kuka-kula – inilah sumber kebahagiaan sejati.  *open happiness*

Dan lain-lainnya. Kita ada je alasan kan?

Krik.krik.krik.

Saya just nak bagitahulah, boikot tu tak bermusim. Kita ni je yang lemau. Semangat tak tahan lama. Tak berprinsip. Ceroii. (kalau tak tahu maksud, sila abaikan).

Btw, ni ada video saya nak share. Khas untuk kita semua. Agak-agak lemau nanti, boleh view again and again ye ;)

*disclaimer: kalau tak faham sarcasm jangan tengok. buat gaduh je nanti.



*special thanks to encik Bamus, for sharing this video with me (he used to be a regular costumer of mekdi. tapi dah tak! if my very-konon-cool-la-tu-makan-mekdi-brother can do it, you can also do it.. insyaAllah :)

Gtg!

p/s : ampunkan dosaku wahai ummah, terminum nescafe tadi~~~ *nangis laju-laju*



Sunday, August 11, 2013

UKHWAH TU BUKAN YANG MANIS GULA JE TAHU?


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

bila sebut perkataan ukhwah apa yang terlintas dalam kepala kita?


"makanan enak?"

"berbulatan gembira bersama?"

"bermain bersama?"

"jaulah (trip)?"

"sekumpulan kakak-kakak bertudung labuh yang baik?"

err..

krik..krik..krik..

~

Ukhuwah Islamiyah ialah suatu ikatan yang mempunyai ciri-ciri berikut :


PERTAMA : Ia  adalah nikmat Allah swt
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."(QS Ali Imran : 103)


KEDUA : Umpama tali tasbih yang hanya diikat dengan taqwa
"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (QS Az Zukhruf : 67)


KETIGA : Merupakan kehendak Rabbani
"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (QS Al-Anfal : 63)
KEEMPAT : Merupakan cermin kekuatan iman
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (QS Al Hujuraat : 10)

sumber ]

~

ukhwah tu bukanlah benda yang sweet-sweet je.. bila pahit je semua lari dah tak ada ukhwah.. alahai.. sedihnya.. itu bukan ukhwah..