....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
18 Oktober 2012; sebulan lagi; selamat tinggal welly, selamat kembali ke alam realiti.
rasa macam baru semalam 15 Februari 2011; tarikh, drama airmata berlaku di KLIA.
soon, drama lagi, this time tempatnya bakal berbeza.
~
kalau boleh, nak mintak tinggal lama lagi kat wellington ni, bukan sebab sini sejuk, ada salji, bunga canti-cantik, kambing banyak, udara nyaman, ramai orang putih cecantik hehensem, bukan. bukan. dan bukan.
hanya kerana, merasakan diri belum cukup sedia untuk berdepan dengan realiti. realiti kehidupan, realiti ummat, realiti kekelabuan tentang apa yang namanya islam dan apa yang namanya jahiliyyah. realiti kefuturan, dan realiti sukarnya untuk tsabat pada amal dakwah dan tarbiyyah di malaysia.
kalau tanya saya sekarang, saat hamasah tengah berada dalam kondisi sihat dan sedang membesar dengan tumbesaran yang stabil lagi memberansangkan ini, yep, saya sangat rasa teringin untuk terjun ke dalam realiti itu, tapi saya sedar, sedar dengan sangat-sangat sedar, jauh di lubuk hati saya, tersembunyi satu kemahuan untuk meneruskan selaman dalam dakwah dan tarbiyyah di bumi kiwi ini. at least sehingga saya berjaya mengumpulkan mutiara-mutiara yang cukup untuk dijadikan bekalan yang boleh saya infakkan di tanah air nanti.
lalu, jawapan ini singgah dalam kotak fikiran saya:
"Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu"
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [2:216]
dan saya mula untuk memberitahu diri saya bait-bait berikut:
"wawa, kalau Allah kata 2 tahun tarbiyyah di NZ cukup, insyaAllah cukup. wawa, kalau Allah kata ada baki lagi 30 hari je, insyaAllah baki 30 harini cukup. wawa, Allah lebih tahu. wawa, perancangannyalah yang terbaik, wawa, chayo!"
risau, risau jugak, tapi risau tanpa berbuat apa itu kosong tak ada makna.
sebulan lagi.
ada lompong-lompong yang perlu ditambung.
ada kekurangan yang perlu ditambah.
ada kelemahan yang perlu diperkuat.
ada keburukan yang perlu diperbaiki.
I want to mend some broken hearts too (that I broke), I really have this in mind, yet still, I'm starting with my own one. moga apa yang datang dari saya selepas ini, datang dari hati, dan moga ianya juga menyentuh hati. dan moga dengan itu, hati yang terlukai bisa untuk terubati.
saya tahu, saya bukanlah yang terbaik. tapi saya sedang berusaha untuk menjadi baik. walaupun saya tahu, kadang-kadang saya tunggang terbalik.
seems strong yet still fragile. I'm trying my best.
titik.
coming soon : mutiara tarbiyyah oversea.
till then, may Allah bless.
p/s : please make du'a for me, and for our other brothers and sisters, moga tsabat bersama kita hingga kita bertemu denganNya. Amin.
wassalam.
3 comments:
His clock is never early nor late. It always strikes on time. Kan sister? Inshaallah, May ALLAH bless us whenever we are.
Allahumma amin, insyaALLAH. akak mesti kuat punya. dan pasti mampu.moga terus mujahadah. may Allah bless. (=
(= . insyaALLAH. innallahamaana. selamat kembali ke alam realiti. pasti mampu kuat .
Post a Comment