Wednesday, October 3, 2012

Aduhai, susahnya nak buat baik!

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


kenapa bila nak jadi baik, susah sangat? ujian datang bertimpa-timpa, seriously bertimpa-timpa.. sudah jatuh ditimpa tangga, tergolek-golek, terluka, berdarah.. ok dah. sadis sangat tu.


 tapi, lumrahnya memang la macam tu, sakit tu tak boleh nak dielak, perit tu tak boleh nak kata tak nak. itu pakejlah dalam jalan menuju keredhaan Allah..

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
(Al Baqarah ayat 214)

orang dulu, sakitnya cubaan tu sampai disikat kepala dengan sikat besi, digergaji kepala, disula, dijemur ditengah padang pasir, dibaling batu, dilempar najis dll.

kita pernah kena semua tu?

rasanya tak kan?

jadi.. sabar.. sabar.. sabarlah!

wahai!

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" 
(Al-Baqarah 2:153)


personally, dan sejujurnya, kadang-kadang saya sendiri rasa sangat penat, sangat tak larat, sangat tension, sangat stress, sangat tak suka dengan hidup ni, sakitnya tu sangat banyak.. apatah lagi bila kita cuba untuk melawan arus dunia yang nampak sangat indah, peritnya tu alahai, siapa yang lalui dan  Allah je yang lebih tahu..


tapi..


saya selalu ingatkan diri saya, yang hidup di dunia ni, sekejap je, sakitnya pun sekejap je, peritnya pun sekejap je, siksanya pun sekejap je..


sekejap, kalau nak dibandingkan dengan hidup di akhirat yang abadi.. saya sangat tak nak hanya kerana tak sanggup tahan kesakitan di dunia, saya akan merana di akhirat sana.. kerana hakikatnya, siksaan Allah itu maha keras. kalaulah indahnya syurga itu sampai tak terbayang oleh kita, agaknya siksa neraka tu boleh ke kita bayang ea? oh my rabb, takutnya!


"maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-Rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-Rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka." [Al-Ahqaaf 46:35]


maka, wahai jiwa-jiwa yang merasai sakitnya untuk berubah, payahnya untuk istiqomah, sukarnya untuk melawan kehendak diri, peritnya meredah arus dunia, sabarlah.. sabarlah.. sekejap saja apa yang kita rasai ini.. nanti, akan Allah balas dengan balasan yang sangat indah.. yang abadi insyaAllah..


ayuh! ayuh! ayuh! ya akhi wa ukhti, ayuh kita cuba untuk tsabat, mengejar sebuah keredhaan.. keredhaanNya.. mardhotillah, insyaAllah!


[ sumber ]

sekian.

No comments: