Tuesday, September 11, 2012

dia tu memang...


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

syukur.

sejauh mana kita telah bersyukur dengan nikmat kefahaman islam yang Allah kurniakan kepada kita?

tengoklah orang sekeliling kita? hanyut, hanyut dengan dunia. hanyut dengan keseronokan. alpa. lupa pada pencipta. dan mereka itu, tidak tahu.

sejauh mana kita menzahirkan rasa syukur kita saat melihat mereka yang lupa asal mereka lahirnya adalah sebagai hamba?

sejauh mana syukur kita memandu penilaian kita pada mereka?

marah? keji? umpat?

"dia tu memang dah jahat sangat"

"dia tu memang layak dah nak dikatakan tak islam, buat kemungkaran sana sini. ih!"

"dia tu memang dah rupa tak ada harapan."

"dia tu memang dah tak ingat Tuhan, memang patut kalau Allah turunkan bala kat dia."

eheh.

heh! bukankah kita juga pernah lupa?

"Allah hadirkan mereka untuk menguji sejauh mana syukur kita; bukan untuk memberi 'kuasa' pada kita untuk menghina mereka."

belum pun sebut tentang mengajak mereka kearah kebaikan, baru sebut tentang refleksi diri tentang kesyukuran.

kita terlalu mudah nak melatah. terlalu mudah nak menilai. terlalu mudah nak menghukum. 

hai.. mereka tu tak tahu.

kalaulah mereka tahu, mereka faham, dan mereka yakin yang apa yang mereka buat itu bakal membawa mereka ke lembah neraka. percayalah, pasti, mereka tak akan begitu. 

tak akan merempit, tak akan berzina, tak akan buang anak, tak akan asyik dengan hiburan melampau, tak akan rela pun diri dipalit jahiliyyah.. 
macam kitalah kan? 
tu pun kalau betullah kita menjauhi jahiliyyah. err.. -.-"

senang analoginya macam ni lah, kita semua tahu, faham, dan yakin kalau terjun dari puncak KLCC kita boleh menemui ajal, so kita tak adalah nak terjun kan? kalau nak terjun jugak tu memang salah sendiri menempah nahas.

setuju?



so, kalau diri sendiri yang tahu, faham dan yakin dengan neraka, sengaja nak ke sana, itu memang salah sendiri, Allah dah warning. 

so, kalau memang dah itu nature mereka yang hanyut itu, biarlah jangan hina, nanti kita yang berdosa. itu antara meraka dengan Allah yang maha kuasa.

untuk kita yang faham dan mengaku faham, jangan pandang orang lain berdosa, itu bukan hak kita.

sebab, mungkin sahaja mereka yang sering kita salah nilai itu tak pernah tahu, tak pernah faham dan belum lagi yakin.

jangan nanti di akhirat mereka tanya kita:
"mana hak aku untuk faham yang kau sembunyikan?! hanya tahu menghukum namun salah membuat penilaian!"

jangan hanya menghukum, kerana tugas kitalah mengingatkan mereka, tugas kitalah membawa mereka keluar dari lembah kejahilan, kerana kita faham dah dianugerahkan risalah dan kefahaman.

TT__TT

jom berubah dan melakukan perubahan.

ayuh bersyukur atas sebuah anugerah kefahaman.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..Syukran diatas perkongsian..
Manusia itu sentiasa melakukan kesilapan..nasihati mereka dengan penuh hikmah..insya'Allah mereka jua inginkan kembali ke jalan yang benar jika cara dakwah yang kita smpaikan itu dengan tenang..:) usahlah kita menghukum mereka..takut diri kita sendiri akan terhukum...moga kita semua mendapat rahmat dari-NYA..

shameel Iskandar said...

Teringat kata-kata As-syahid Imam Hassan al-Banna " kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum."

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...